Pautan Suara Sukan

Tuesday, September 13, 2011

Kami Boleh Main Kalau Gaji Bayar, No Free Service


Tatkala skuad Kuala Lumpur pantas mencipta sensasi dengan menang 2 perlawanan awal saingan Piala Malaysia untuk merajai takhta Kumpulan D  hingga dilabel SURPRISE PACKAGE musim 2011, mungkin tidak ramai yang sedar betapa transformasi yang dijelmakan skuad Warga Kota itu hadir selepas selesainya isu tunggakan gaji hampir tiga bulan yang dilunaskan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Nyata, inisiatif diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang menyumbangkan sebahagian daripada geran tahunan mereka berjumlah RM350,000 berjaya menyuntik semula semangat dan motivasi pemain Kuala Lumpur yang rata-ratanya terdiri daripada tenaga muda untuk memberikan saingan bermakna dalam kancah Piala Malaysia kali ini, bukannya sekadar beraksi untuk melengkapkan jadual pertandingan.

“kita pun nak survive, siapa nak main kalau kudrat dan keringat yang kita curahkan tidak diberi penghargaan sewajarnya. Kita bukan tak boleh main, semangat dan azam kita tinggi, tapi dikerah beri servis percuma, mana boleh. Gaji kami bukan tinggi pun bro, bukan macam gaji player Kelantan, Terengganu, atau Selangor, kalau itupun tak bayar kami nak makan apa bro..terima kasih KLFA kerana memahami, dan mendengar keluhan kami, insyaAllah gaji dah dapat ni, kami akan berikan yang terbaik, dan cuba sedaya upaya maintain kedudukan sekarang ni..”. – ujar pemain K.Lumpur yang tidak mahu nama didedahkan.

“bermain atas sentimen kenegerian, kerana hormatkan bendera negeri, atas semangat sepasukan serta maruah pasukan tu semua zaman dulu bro. Dulu main bola kerana kepuasan, dapat duit, elaun, semua tu nombor dua, ada yang kerja bank, kerja kontraktor so gaji tetap masih ada. sekarang main bola untuk cari rezeki, sesuap nasi, tak berasap la dapur kalau gaji tak dapat..”. – Seorang lagi pemain Warga Kota.

Razip : Azam Atasi Badi Lebih Sedekad
6 mata hasil kemenangan ke atas PDRM (3-0), dan T-Team (2-1) Sabtu lalu, membantu anak buah Razip Ismail muncul pendahulu tidak diduga Kumpulan D yang seharusnya didominasi mudah oleh Selangor, namun aksi LAMBAT PANAS juara 32 kali itu dibantu aksi kurang konsisten T-Team membolehkan Kuala Lumpur berupaya tersenyum girang setidak-tidaknya sehingga malam ini – Kuala Lumpur akan melayan kunjungan Selangor malam ini, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, manakala T-Team bertemu PDRM.

Rekod pertemuan lalu, nyata tidak memihak kepada Kuala Lumpur dan mereka pastinya sedar perlu beraksi pada tahap terbaik jika ingin mengecewakan Selangor, yang turut terdesak memburu kemenangan bagi menyalakan ‘Misi 33’. 

Lebih perit, Kuala Lumpur tidak pernah melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia lebih sedekad lamanya dan mereka pastinya mengharapkan badi itu dapat diatasi kali ini, meskipun Razip sekadar mempunyai barisan pemain yang mentah pengalaman untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Nama-nama seperti Fahruzahar Ali, See Kok Luen, Norismaidham Ismail, Shahron Kalam, Nazrin Nawi serta bekas pertahanan kebangsaan, Azlan Ismail tetap menjadi taruhan Kuala Lumpur untuk mengintai kejutan dalam saingan musim ini, dan apa yang pasti mereka mampu melakukannya andai mengekalkan konsistensi permainan.

8 comments:

  1. plwanan dh pn tmat.seri sdah mmadai untk mghumban slngor ke tmpat ke3.dn t.team naik ke tpmat ke2 apabila mbelsah pdrm 4~0

    ReplyDelete
  2. hehhee..terbaik la KL....kawe leh sokong di KL sbb kije di KL.....

    apa la dBKL..lambat kasi geran tahunan utk pemain.....

    igt pemain ni nk sara family lagu mana?

    ReplyDelete
  3. nasib player di MSL masih di takuk lama..mcm mana na maju..FAM duit bnyk na bt apa hah !!!

    ReplyDelete
  4. Walapong ore Kelate...tapi kijo di KL...makanya team KL pong ambo sokong!

    ReplyDelete
  5. KAWE PON GITU, SOKONG KL, JERSI PON NAK SAMO DGN TRW.

    ReplyDelete
  6. semalam tgk ulangan kat astro KL vs sele-ngor (k debam pyer slang)..KL dinafikan 2 sepakan penalti oleh pengadil for the last 10mins..aku pun tak paham mmg terang2 bola tu fault 1st by asarudin putra n 2nd by sele-ngor GK..mmg referee kayu n mangkok hayun..kalau tak lagi parah team with 33 mission tuh..poorahhhh ptuihhh

    ReplyDelete
  7. pah klu duk selangor bkpo sokong selangor jgk...kuikuikui

    ReplyDelete