Kapten berpengaruh Selangor, Safiq Rahim, percaya pasukannya akan menampilkan perwatakan sang juara pada saingan Piala Malaysia musim ini, dan berada di landasan tepat untuk menoktahkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 5 tahun, selepas kali terakhir menjulang piala berprestij tanah air itu pada 2005.
Gambar : Suara Sukan |
“kalau asyik meratapi kegagalan lepas kita takkan ke mana. Kami belajar daripada kegagalan, itu yang mematangkan kami. Sejarah untuk dicipta, bukan dikenang, jadi kami mahu cipta sejarah demi sejarah. Memang persiapan pasukan sedikit berubah sebab Ramadan, pastu sepak mula pun hanya beberapa hari selepas Aidilfitri, tapi itu bukan satu masalah, kita memang dah biasa dengan situasi ni, kena jaga makan..”.
“Saya yakin rakan-rakan lain turut sama-sama berkobar menanti aksi Piala Malaysia, kami semua mahu tamatkan musim ini dengan gemilang, kita pun ada player baru (pinjaman), yang mana boleh memberi tenaga tambahan. walaupun saya sendiri banyak terlibat komitmen dengan pasukan kebangsaan, tapi ia tidak menganggu, insyaAllah saya akan kembali ke kem Selangor dengan lebih bersemangat dan bantu team untuk mara ke final..”. – Safiq Rahim, ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di kediaman Pengerusi Eksekutif YAKEB, Dato' Mumtaz Jaafar.
Sejak dua musim lalu, Selangor gagal melepasi peringkat suku akhir, lebih-lebih lagi apabila menentang lawan dari Pantai Timur - tewas kepada Terengganu pada 2009, dan Kelantan pada 2010, namun bagi Safiq istilah badi itu tiada dalam kamus pemikirannya, dan menegaskan betapa lawan yang mahu menyekat usaha Selangor untuk merangkul kejuaraan buat kali ke-33 harus mempamer aksi LEBIH DARIPADA BIASA.
insyallah..kelate lah pasukn yg akn brksi lebih drpd biasa tuh
ReplyDeletebereh2 sapik,nati kawe goyak ko puok2 kawe (kelate) surh main lbh drpda biasa,hahahaha
ReplyDeleteinsyallah ..piala malaysia akan lebih meriah nanti..
ReplyDeletehehehhe..........hebak2 sek2 pantai timor..hehehe...kuasa baru bola sepak negara..hehehe
ReplyDelete