Pautan Suara Sukan

Thursday, August 11, 2011

MSN Tak Bayar Gaji Jurulatih 8 Bulan, Harun Jadi Kambing Hitam?


Tidak cukup dengan isu elaun atlet dipotong, serta elaun atlet tidak dibayar, professionalisme Majlis Sukan Negara sekali lagi menjadi pertikaian, apabila Ketua Jurulatih Olahraga Negara, Harun Rashid mendedahkan dia berkhidmat untuk badan itu, secara ‘SUKARELA’ tanpa menerima gaji atau elaun, sejak Januari lalu tanpa sebarang alasan.

Selepas berdiam diri buat kesekian kalinya, Harun akhirnya tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa, dan hilang sabar dengan kerenah MSN yang seolah tidak langsung menghargai sumbangannya, malah seolah mempergunakan dirinya untuk memberikan KHIDMAT PERCUMA.

“saya dah persiapkan atlet saya untuk beberapa kejohanan termasuk Sukan Sea, mereka memberi komitmen penuh, dan di landasan tepat mengejar kejayaan, cuma yang sedihnya saya tidak dapat elaun (gaji), daripada bulan Januari, means 8 bulan. saya tak tahu apa alasan, tak terima sebarang surat. Saya pun banyak belanja, anak baru kahwin, tak lama lagi Hari Raya menjelang tiba, keluarga tentulah perlukan kewangan..”. – Harun Rashid.

Tanpa berselindung, Harun, 59, mendedahkan tunggakan gaji yang perlu dibayar MSN, adalah sebanyak RM32,000 (RM4,000 sebulan) dan kini beliau terpaksa mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meneruskan kehidupan, serta perbelanjaan lain yang membabitkan urusan kerja (sekiranya perlu).

Apa yang mengagumkan, MESKIPUN DALAM SITUASI SUMBANGANNYA TIDAK DIHARGAI, Harun tetap komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

“esok (hari ini) akan ke China, semua atlet saya mengambil bahagian, lepas tu 23hb pergi Kejohanan Dunia di Korea, Norjannah Hafiszah dan Imran Hadi ambil bahagian. Memang kerja tanpa gaji, tapi semangat saya masih kuat, saya fikir untuk atlet, tak dapat gaji pun teruskan juga latihan. Saya mahu atlet saya capai sasaran yang saya letakkan, itu kejayaan sebenar saya, lepas tu saya akan pertimbangkan sama ada nak kekal atau letak jawatan..”.

Justeru, adakah wajar MSN bertindak sedemikian rupa terhadap Harun, atau beliau sebenarnya menjadi KAMBING HITAM dek perbalahan antara MSN dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) atau lebih tepat, KARIM IBRAHIM? - persoalan yang harus dijawab Ketua Pengarah MSN, Dato’ Zolkples Embong. Jangan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya, MSN harus professional dalam hal ini.

Harun juga memberitahu bahawa tiga atlet – Norjannah, Imran dan Nurul Sarah Abdul Kadir, tidak lagi dibenarkan tinggal di Casa MSN sejak insiden melarikan diri dari ujian doping pada Jun lalu, manakala elaun mereka juga tidak dibayar sejak insiden itu.

8 comments:

  1. MSN memang bangsat bro. atlet pun ramai takdapat elaun, tapi tak boleh bersuara, kalau bersuara terus kena tindakan. memang sial laa..

    ReplyDelete
  2. ak xtau cite nii..bole tlog explain ckit antara msn ngn koam ni,y mn bangsat?

    ReplyDelete
  3. anon 4:13, citer dia pasal harun tak dapat gaji, bukan nak citer saper yang bangsat, ada faham??

    orang cakap pasal gaji tak dibayar, bukan pasal siapa yg bangsat! bukan bercerita pasal KOAM, jangan lah jadi keling macam orang dalam KOAM..

    ni bercerita pasal Harun tak dapat gaji daripada MSN, bukan nak cakap pasal KOAM bangsat, itu lantak pi laaa. aku atlet yg tak dapat elaun, sama macam coach Harun jugak, so dalam hal ni nasib aku sama macam coach Harun, 8 bulan tak dapat elaun! atlet berkorban utk negara tapi tak dihargai MSN!

    ReplyDelete
  4. toksoh duk lapa nk jd atlet la nyo bo elaun tok leh,bereti pah tu g cri kijo kile,hbs crito,huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  5. bodo2 blake ore tu.. koje xde gaji.. makan pasir je lah.. buek apo nk bejuang.. buang tenago... sume bingung.. atlit ke.. jurulatih ke.. bodo blake.. koam n msn pon bodo jugak

    ReplyDelete
  6. bayar jer lah, takyah kecoh, itu hak dia.

    ReplyDelete
  7. msn xde duit... die hbskan duit tok olimpik, sukan asia sume...biasa laaa. aku atlet dlu pun mana dapat duit/ tertunggak... kes harun ni ... sape xkenal harun...

    ReplyDelete