foto : mazram-iv |
Menang 1-0 dalam dua aksi persahabatan terakhir menentang ATM PDRM dan Selangor, serta 5-0 ke atas skuad ‘separa kuat’ Kuala Lumpur sebelum itu belum boleh dianggap suatu keputusan yang meyakinkan buat skuad Juara Liga Super dan Finalis Piala FA, Kelantan yang dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.
Namun, pengendalinya, Datuk M.Karathu langsung tidak cemas, mahupun panic dengan situasi berkenaan, kerana beliau ketika ini masih dalam proses ‘TRY AND ERROR’ dan tidak sama sekali peduli akan keputusan yang dicatatkan dalam perlawanan pemanas badan.
“kita dalam proses mencuba, mencari gandingan terbaik, kombinasi terbaik, tak perlu panic, kerana gandingan ini hanya akan menjadi selepas beraksi bersama untuk beberapa perlawanan, bukan 1,2 game. jika dulu kita cuma ada Norshahrul, sekarang kita ada banyak pilihan dan saya percaya mereka akan tunjukkan keserasian apabila Piala Malaysia bermula. Kita masih ada masa yang panjang so tidak perlu khuatir..”. – Datuk M.Karathu.
Malah yang lebih mengembirakan jurulatih berasal dari Perak itu, kecemerlangan penjaga gol kedua, Shahrizan Ismail yang dilihat berjaya menutup dengan baik ketiadaan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat yang kini bersama skuad Olimpik di Slovakia.
Foto : mazram-iv |
Shahrizan tidak bolos dalam kedua-dua perlawanan persahabatan, malah menurut Karathu dia cukup yakin dengan prestasi Shahrizan dan bersedia mengekalkan penjaga gol berusia 31 tahun itu dalam kesebelasan utama meskipun dengan kehadiran semula Apek, memandangkan Shahrizan tidak pernah sekalipun mengecewakannya setiap kali diturunkan.
Shahrizan beraksi antara 3-5 perlawanan sepanjang ketiadaan Apek dalam aksi Liga Super dan Piala FA, dan tidak bolos walau satupun gol dalam kesemua perlawanan itu.
Karathu juga menjelaskan kehadiran dua pemain pinjaman dari Pahang, Azamudin Akil dan R.Surendran sememangnya memberikannya lebih pilihan apatah lagi Kelantan bergelut dengan masalah ketiadaan penyerang berbisa sebelum ini selain Norshahrul Idlan Talaha - namun dalam masa sama menegaskan mereka tetap perlu bersaing hebat dengan pemain sedia ada untuk merebut posisi dalam kesebelasan utama.
Kelantan akan menentang T-Team dalam aksi persahabatan berikutnya pada 24 Ogos, dan Karathu berjanji akan mencuba variasi gandingan, tidak lagi STICK kepada satu gandingan pemain yang sama sepertimana diamalkannya sebelum ini.
gomo mat chah gomo!
ReplyDeleteyessss,akhirnya pnjaga gol hok kawe tnggu2 slamo ni mncul jugok,thanks karathu sb bg pluang ko mat chah,dn matchah smga dmo wat yg trbaik,smga brjaya
ReplyDeleteInilah yg kawe nanti2kan. Matcah masih btenaga. Kita jg kena igt Matcah senior Apek, jd x mustahil Matcah blh "merampas" kmbali posisi keeper.
ReplyDeleteTp bg kawe tiada istilah "rampas", krn posisi itu mmg hak Matcah sebelum Apek diangkat sbg Hero Malaysia.
Apa2pun Matcah dan Apek adalah yg tbaik. Kita x perlu bimbang siapa pun yg akan dpilih utk mjaga gawang.
dua 2 bole d harap..cuma apex umur n masa lebih panjang sbb muda n TRW d puncak liga ketika ini..jasa mat chah n halim napi tidak leh dilupakan begitu saje...apex still no 1 for TRW n HM..
ReplyDeletemat cah sedak tuu...senior apek la katakan
ReplyDeletematchah salah sore pemain apex minat.sore lagi xigt dh sapo hk apex minat.huhu..
ReplyDeleteMatcah dgn apex 2 2 ni eset yg amat berharga, kena pakat jaga moleklah, kalu tdk kena curi...hehehe
ReplyDeleteterbaik la kepper n penyerang nye sudah ada back-up..terbaik la piala malaysia musim nih...
ReplyDeletekemah matcah
ReplyDelete