Barisan pertahanan skuad negara, sekali lagi memperlihatkan kepincangan ketara, tatkala Arsenal beraksi bersahaja untuk membenam Harimau Malaya 4-0 – 2 gol di setiap babak permainan menerusi 4 pemain berbeza (Aaron Ramsey, Theo Wallcott, Carlos Vela, Tomas Rosicky).
Siapa yang menjaringkan gol di pihak Arsenal, bukanlah fokus utama, sebaliknya apa yang ditakuti nyata menjadi kenyataan - kelonggaran dan kelalaian di benteng pertahanan yang kerap melakukan kesilapan-kesilapan mudah dan juga kesilapan berulang, sekaligus menjadi ‘ancaman’ besar buat Datuk K.Rajagobal yang semakin kesuntukan masa untuk mempersiapkan pemainnya mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura 23 & 28 Julai depan.
Rajagobal nyata kecewa melihat aksi longlai pemainnya, ditambah pula berita kurang gembira, di mana tonggak pertahanan juga bekas kapten, Aidil Zafuan Abd Razak mungkin tersisih gara-gara mengalami kecederaan, dan terpaksa digantikan dengan Muslim Ahmad selepas 42 minit permainan menentang Arsenal.
“gol pertama membunuh terus permainan kita, we have to admit it. penalti itu hadir terlalu awal but I have no complaint, tapi ini bukan cara permainan sebenar team kita, not their normal play. mereka cuba melakukan sesuatu, give fight tapi dalam masa sama seolah gementar, dapat bola tak tahu nak buat apa, buat hantaran dan sepakan liar, banyak beri ruang kepada pemain lawan, melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, memang saya kecewa, mereka seolah-olah tertekan, mereka langsung gagal mempamer permainan meyakinkan.”.
Sidang Media selepas perlawanan |
“tapi ini bukan masa untuk mengeluh, ia hanya frenly game dan beri saya peluang untuk menilai dan mengkaji kelemahan. kita ada game lawan Liverpool, dan saya tiada pilihan, Aidil berkemungkinan besar tersisih, saya perlu cuba gandingan Muslim & Fadhli, mereka tonggak pertahanan ketika di AFF Suzuki, jadi saya rasa mungkin tiada masalah buat mereka, Norshahrul juga tonggak AFF Suzuki, dan penyerang terbaik kita ada selepas Safee, dia pun tidak di tahap terbaik dan dikhuatiri cedera. so sekarang hanya Hadi dan fakri yang kita ada dan saya harap semuanya OK menjelang game lawan Singapura. itu yang penting.”. – Datuk K.Rajagobal.
Apapun, Rajagobal tetap memuji aksi pemain sayap kiri, S.Kunanlan, yang dilihat satu-satunya pemain yang ‘HIDUP’ dalam kem negara menerusi larian-larian deras, dan beberapa kali berjaya memperdaya pertahanan Arsenal, Carl Jenkinson seterusnya menjadi duri dalam daging buat pasukan bimbingan Arsene Wenger itu.
Pada perlawanan itu juga, Rajagobal memilih untuk memberi slot kesebelasan utama kepada penjaga gol Perak, Nasril Nordin, mengetepikan Khairul Fahmi Che Mat dan Sharbinee Allawee, dan beliau mempunyai alasan berbuat demikian.
“Memang saya sengaja turunkan dia, kita harus sedar, dia pemain yang bagus tapi jarang mendapat peluang, saya perlu memberi ruang kepada dia, untuk menilai kesediaan dia, sejauh mana potensi dia, sejauh mana performance dia, kita ada tiga penjaga gol, kalau Fahmi unavailable, sharbinee injured, adakah dia ready..kita perlu beri peluang kepada semua pemain membuktikan sesuatu, lepas tu baru nilai bagus atau tidak..”.
Malaysia akan menentang Liverpool pada aksi persahabatan seterusnya (16 Julai), sebelum bertolak ke Singapura untuk perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia, justeru ramai yang berpendapat adalah elok Rajagobal menyimpan pemain untuk aksi getir itu, berbanding kehilangan seorang demi seorang pemain gara-gara kecederaan atau kepenatan beraksi di perlawanan persahabatan.
Mmg nmpak betapa gmentarnya player kita, maklum la jumpa arsenal, bkn snang nak lwn ngan mgkin idola mereka..
ReplyDeleteTp lwn singapore nnti jgn plak gmntar ye..hehe..
-ZP
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaaf cakaplah; Datuk Raja @ DR terlampau syg kpd bbrapa pmain? Mcm mana psmbahan Amar Rohidan? Mcm mana Muslim Ahmad? Mcm mana Fakri Sharani? Kwe krg nampak peranan 3 pmain ni.
ReplyDeleteKnp x gndingkan (masukan) Matyo - Shakir - Chanturu - Farisham - Apex, lbh awl. Mrk ni serasi dlm kem Kelate. Manalah tau dlm kem kebangsaan mjadi lbh baik.
Ataupun Ashari - Hadi - Helmi - Sharbinei, gndingan yg ada kserasian.
Bkn tlalu obses pd semangat pasukan ngeri tp ini yg mnjadi tunjang.
Kuna - Safiq - Amirul nmpak cmerlang. Tp lbh mantap rasanya kalo Shakir ada skali.
Ptahanan leka. Asyik buat slide, "paras" pmain lwn. Ptahann lbh bnyak nk dptkan bola, tp lupa nk kontrol pmain lwn. Akhirnya pmain lwn bebas bgerak, mudah menyelinap msuk kawsn gol kita.
uji TRW lawan arsenal..rasanya pemain TRW lagi hebat dgn pemain kebangsaan.
ReplyDeleterajagopal ni jenis pekak ko..tahu dah pertahanan main teruk tak reti2 lagi ko nak tikar player hok tak jadi..bakpo la sayang sgt player hok menumpang mcm amar tu..serius kawe nak shakir and ashaari main dalam 1st 11..mu reti dak raja kapor?
ReplyDeletehuhu....
ReplyDeleteharap time lawan singapura nnti byk perubahan yg dilakukkan kt ptahanan nye..jgn mudah sgt bola leh lolos masuk kawasan kotak penaltie..kalu van da sar jadi kepper pun susah lagu nih....
gomo malaysia gomo
obviously, team Malaysia main sangat-2 gementar. tak seperti yang biasa diorang main. Mungkin diorang terlalu hormat kat player Arsenal. Hope bila lawan liverpool main bersungguh even ini hanya perlawanan pertunjukkan dan buktikan MALAYSIA BOLEH!
ReplyDeletextanya k man mcmana prasaan player2 negara ble mereka d 'boooooooooo' oleh pyokong2 mereka sendiri? di stadium sdri?menag dipuji kalah dikeji?
ReplyDeletekesian aku tgok Harimau Malaya..
diratah hidup2 depan pyokong sendiri..kalau kalah utk mptahankan kjuaraan ok lagi..ni kalah kerana jadi 'mangsa' pertunjukan ..
bkan 2-0 ..tp 4-0 ...
n kena hadap 2 team lg.. ntah2 jdi lauk caroll drogba y datag sini bukan nk men bola..tp hanya ' PEMANAS BADAN'
weyy...Harimau Malaya kesayangan kita jd alat pmanas badan mat2 saleh je weyy..FAM mana letak mukamu????????
ramai team EPL dtg nak main ngan HM tahun ni sbb tahun lepas MU dtg main, terus jadi champion. haha..
ReplyDeletelawe arsenal nih x penting. salah sek kito gop, terlalu hormat arsenal.
ReplyDeletehok plg penting lawan singapura nih.
tapi, kawe still mgharapkan malaysia mampu wat kejutan nnt lawan liverpool nih
nik - boleh jadi jugak teori anda itu. haha.. walau papa pun, kebanyakkan yang datang stadium tuu bukan true penyokong Harimau Malaya sebabnya penyokong Arsengal.. ado ke nak samakan player kita ngan Arsengal, sah2 la macam langit ngan bumi.. kawe yg xpernah miss tengok bola nih, leh katakan yg dtg stdium muka nok xpernah dtg stdium skng HM. that why jadi begitu..
ReplyDeletemitok2 la raja buat bnyok perubhan time lawn ngan singapore nti,kalau mcm ni jgak npak gayenya kena wat lauk aym smbal kt singapore la jwbnye
ReplyDeletexper...aku masih berharap malaysia pegi jauh....
ReplyDeletemalaysia tetap di hati...mayb perasaan berhati2 + gugup + terlalu hormat ke team lawan menyebabkan malaysia main di bawah tahap sebenar,....
kalau nk taktikal tu, malaysia ada bunga2 dia dh....cuma byk cubaan dipatahkan oleh badan2 besar mat salleh ni...
harap game lwn liverpoool lebih baik dr ni...n leh score gol nnti...Liverpol vs club cina pun leh 4-3...so...
MALAYSIA BULEH!!!
ibun_jogho ko nk wt team national ni jd gabungan team klntan n terengganu ke??ahaha....
ReplyDeleteaku x setuju kalo khairul fahmi main...pendek satu hal...bola tggi xdpt nk challenge...sharbinee or nasril is ok...