Juara Liga Super, Kelantan akan tetap mengambil pemain import untuk beraksi bersama pasukan itu musim depan, meskipun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak membenarkan kemasukkan semula pemain import ke kancah Liga Malaysia.
FAM akan bersidang pada 12 Julai ini, untuk memuktamadkan perkara berkenaan dan peluang untuk melihat semula awang import memperaga aksi di Liga Tempatan ketika ini cukup cerah berdasarkan penerimaan dan maklumbalas ahli gabungan FAM yang terdiri daripada Persatuan Bolasepak Negeri dan Kelab.
Namun dalam masa sama terdapat cakap-cakap mempertikai perlunya pemain import ketika bolasepak negara memperlihatkan peningkatan sejak kelibat awang import diharamkan 3 tahun lalu, selain faktor kewangan yang perlu diberi perhatian khusus.
Bagi Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, apa jua keputusan mesyuarat 12 Julai ini, Kelantan akan tetap diperkuatkan kelibat awang import, ini kerana kejayaan skuad The Red Warriors menjuarai Liga Super secara automatiknya memberikan mereka tiket beraksi di Kejohanan Kelab-Kelab Persekutuan Bolasepak Asia (AFC).
“kita akan pertimbangkan untuk ambil pemain import, antara 2-3 pemain, hanya yang terbaik akan menyarung jersi TRW, di mana kita akan SCOUT pemain dari Asia, Afrika, Amerika Selatan dan seterusnya. kita akan membuat penilaian untuk memastikan mereka benar-benar layak. Kita belum tahu status, sama ada layak atau tidak main musim depan, FAM akan putuskan. Tetapi AFC memberikan kita kuota 3 pemain import, justeru kita akan tetap mengambil dan mendaftarkan mereka untuk beraksi HANYA di saingan Liga AFC, bukan Liga Malaysia..”. – Tan Sri Annuar Musa.
Untuk makluman, Kelantan akan menentang Pelita Jaya dalam satu perlawanan persahabatan di Kota Bharu malam esok, di mana 2 PROSPEK atau CALON pemain import untuk menyarung jersi keramat TRW dikhabarkan akan turut beraksi, namun Annuar menegaskan mereka hanya hadir atas jemputan KAFA sebagai memeriahkan lagi suasana dan menambah tarikan perlawanan tersebut.
Pemain import penting dalam sesebuah liga.Pemain import dapat mewujudkan persaingan sengit antara pemain local sekaligus meningkatkan kualiti yang ada pada pemain tempatan.Musim 2009-2011 pemain kito tdk dapat bersaing dlm piala AFC kerana semua kelab2 asia menggunakan pemain import.Pemain import yg beraksi di posisi striker boleh berganding dgn penyerang kebangsaan contoh(MATYO+BECKHAM)atau (Aidil+Puyol)barulah makin meningkat mutu corak pemain negara!
ReplyDeletehehehe.....Mat Yo + beckam tu..hebak..hebak
ReplyDelete