Berikut gambaran kesebelasan utama akan diturunkan Rajagobal pada perlawanan menentang Singapura malam esok, berpandukan sessi latihan terakhir petang tadi, namun ia cuma gambaran (tidak semestinya tepat) kerana final line-up hak mutlak Rajagobal, dan beliau sentiasa hadir dengan kejutan.
Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat
Tiada ragu penjaga gol nombor satu negara, sejak Piala AFF Suzuki 2010 tujuh bulan lalu, dan tersisih kerana kecederaan bahu, bukan masalah prestasi. So tidak perlu timbul pertikaian mengapa Apek yang diturunkan berbanding Sharbinee Allawee. Ia juga untuk memberi ruang rehat dan memulihkan moral kepada Sharbinee yang bolos 5 gol baru-baru ini. Memang diakui Apek turut mengalami kemerosotan, namun dia diyakini sudah berada di tahap terbaik, dan bersedia menggalas cabaran.
Pertahanan Kanan : Mahali Jasuli
Meskipun beraksi buruk pada perlawanan pusingan pertama, Mahali tetap menjadi pilihan utama di posisi pertahanan kanan, apatah lagi kem negara tidak mempunyai calon berpotensi lain yang lebih sesuai – Helmi Remeli masih mentah dari segi pengalaman. Apapun, Mahali bersedia membalas kepercayaan Rajagobal dan berjanji menampilkan aksi bertenaga, meminimakan kesilapan.
Pertahanan Tengah : Aidil Zafuan Razak
Pertahanan berprofil tinggi dan berpengalaman ini, sebelum ini tersisih akibat kecederaan. Kembalinya Aidil, diharap dapat menutup kepincangan yang terserlah di barisan pertahanan, dan menyekat pergerakan barisan depan Singapura daripada menambah gol. Ketenangan bekas kapten ini amatlah ditagih dalam usaha memastikan gawang negara tidak dibolosi gol-gol bodoh.
Pertahanan Tengah : Fadhli Shas
Beberapa kali melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang tidak sepatutnya, namun dijangka masih mendapat kepercayaan Rajagobal. Mudah hilang tumpuan, namun diharap kesilapan sama tidak lagi berulang, dan dapat membentuk gandingan mantap di barisan pertahanan, dan perbaiki kesilapan.
Pertahanan Kiri : Asrarudin Putra Omar
Prestasinya yang merudum dikritik hebat rata-rata pemerhati, pengkritik dan peminat bolasepak tempatan. Dengan Azmi Muslim belum cukup meyakinkan Rajagobal untuk diturunkan di first eleven, Asrar dijangka terus mendominasi posisi leftback, dan dia dilihat bermotivasi dan bersedia menebus kesilapannya dengan janji mempamer aksi terbaik.
Tengah : Amar Rohidan
Favourite player Rajagobal, turun beraksi dalam setiap perlawanan, so tiada alasan untuk digugurkan kali ini. Cuma perlu mempamer aksi lebih kental dan lasak untuk menyekat pergerakan pemain lawan.
Tengah : Ismail Faruqi Ashaari
Pemain yang berjaya menambat hati Rajagobal hanya dengan 30 minit aksi menentang Liverpool. Terus diturunkan dalam first eleven ketika menentang Singapura Sabtu lalu, dan dijangka mengekalkan tempatnya, mengambil alih peranan di tengah menggantikan Safiq Rahim, meskipun dicabar Shakir Shaari dan G.Gurusamy. Disifatkan antara contoh pemain yang perlu ada dalam setiap pasukan oleh Rajagobal.
Sayap Kanan : Amirulhadi Zainal
Favourite player Rajagobal, namun direhatkan secara mengejut pada perlawanan Sabtu lalu, digantikan Fakri Saarani. Dengan rajagobal dijangka tidak akan membariskan Ashaari Shamsudin dan Baddrol Bakhtiar, Amirulhadi dijangka kembali, dan dilihat sebagai pemain berpotensi mencorakkan serangan skuad negara malam ini.
Sayap Kiri : S.Kunanlan
Seorang lagi favourite Rajagobal, sentiasa berada dalam kesebelasan meskipun pada ketika tidak perform. Namun, siapa lagi yang lebih berhak di posisi itu, TIADA pilihan lain. Kelajuannya dijangka menjadi asset skuad negara merencana serangan, namun kelibatnya perlu dimanfaatkan sebaiknya, kalau tidak lariannya mungkin sekadar boleh menang acara pecut 100meter.
Penyerang : Abdul Hadi Yahya
Menjaringkan gol kedua negara di Singapura, kecederaan Norshahrul Idlan memberi ruang kepada pemain ini untuk terus bergandingan bersama Safee di barisan depan. Tiada ragu, pilihan yang lebih sesuai berbanding Fakri Saarani, apatah lagi dengan statusnya selaku penjaring terbanyak Liga Super.
Penyerang : Safee Sali
Penyerang terkemuka dan nombor satu tanah air. Dua gol jaringannya memberikan kelebihan besar kepada negara dari segi kiraan gol tempat lawan. Selebihnya mungkin tidak perlu diulas lanjut, pilihan tepat untuk menggalas tanggungjawab kapten dan penyerang utama.
lbh baik shakir drpd faruki...
ReplyDeleteagain...its AMAR as always! mmg btol2 "my team" lh.
ReplyDeletekalau ta silap ni 1st time apex n centre back aidil main bersama dlm game..hrp ada persafahaman..go harimau..aummmmm...
ReplyDeletekalau apek dturunkan..dan beraksi cemerlang..dia akan trus dsanjung..
ReplyDeletetp andai kata dia xperform dgan baik..atau melepaskn gol ,sudah ramai y menuggu menghntamnnya serta menjaja cerita2 y xelok.. KERANA. sekarag ini heboh dikatakn apek sdag brada dlm kdaan TEKANAN EMOSI akibat berselisih faham dgan ibu kpd tunagnya dan tunagnya sdiri .juga dikhabarkan rapat dgan seorag model jelita.. Harap apek dpt brkomitmen 100% diatas pdg nt dgan mengetepikan soal peribadi utk 90 mnit bg mgawasi pntu gol drpd dbocori lawan..kalu x...hurmm..we will see..
Ismail Faruqi lincah, ada kemampuan lakukan through pass yg menarik, harap anda perform malam nanti...
ReplyDeleteharap juga Ismail Faruqi dapat dapat kembalikan sentuhan dalam mengambil free kick sepertimana 2 tahun lepas...
Malaysia 4-1 Singapura....
MALAYSIA BOLEH!!!!!!!
again..kalau btlla ni player akan turun nt..frust la..sorg sj player dr team champion..its again amar,mahali,asra..hope mngla sbb nk sgt gopal ni panggil yg lbh hbt pasni utk next round..nurul,piya,daudsu,kalang,farizal,....
ReplyDeleteHarap ismail faruqi main betul2 mlm ni..
ReplyDeleteJgn jadi ayam kg..
apa la lebuhnya si Amar tu..dah terbukti byk game takde apa pun yg membantu..Shakir patut main..apa la raja bongok nih..
ReplyDeleteHarap Shakir tinggalkan kem kebangsaan....
ReplyDeleteMael masih mentah lg..belom seswai utk game penting ni...rasenye Badrol better than him in term of international experience, spirit and skills...
ReplyDeleteKemah Kemim..
Menurut buletin 1.30, sharbinee akan diturunkan dengan badrol dan amirul hadi bermain di sayap. amar di defensive mid. striker hadi dan safee
ReplyDeleteApa ada pd pmain dr Juara Liga Super 2011? Xde ape2 kan.. Hehehi..
ReplyDeleteAMAR, ISMAIL. FADLI, ASRA.. Msih kekal. Muslim pla direhatkan..
Pmain yg lain harap2 dberi pluang yg sama. Kalu x anda blh kemaskn barang & balik kampung masing2. Hehe.. Opss..jangan balik lg, tgk dulu perfom rakan2 anda lwn Singapur nanti..
Maaf ckp la, tiba2 rasa benci pla dgn sikap D.K.R ni. Harap2 kawe sorang je yg mcm ni, org lain jgn.
Tp kwe pujuk hati mengatakan DKR ada ramuan kemenangan mlm ni. DKR ada stratergi utk hntar Singapur pulang dgn kecewa. Kawe pujuk hati mengatakn DKR ialah jurulatih terbaik di antara yg tbaik. Yg ni harap2 bkn kawe sorang je yg pujuk hati, sahabat2 pun sama dgn kawe.
Xpelah.. skurang2nya DKR dh buat perubahan, walaupun bkn perubahan besar.. Xpe..
Mlm tadi kawe mimpi Malaysia menang, tp 1-0 je. Harap2 mimpi kawe ni x jadi kenyataan. Yg jdi kenyatan Malaysia mng besar.. Mudah2an. Inya-Allah..
ada perubahan tp x byk..
ReplyDeletehrp player diturunkan dpt memberikan prestasi terbaik..
sokongan padu tak boleh dipertikaikan lg dpd seluruh rakyat malaysia..
kalau disqualified, mcm mane?
sapa blh tlg jawab?
kalau disqualified, cuba lagi 4 tahun akan datang haha, =P
ReplyDelete