Pautan Suara Sukan

Tuesday, July 26, 2011

Atlet Olahraga Zaiful Bengang Ditipu ‘Safee Sali’


Sombong betul Safee Sali sejak bergelar pemain bintang dan idola ramai ya, sampaikan kawan lama pun dilupakannya. Itulah tanggapan awal MOST ELIGIBLE BACHELOR dunia Olahraga tanah air, Zaiful Zainal Abidin, mengenai rakan satu batch Sukan SEA 2007, juga penyerang bolasepak terkemuka tanah air, Safee Sali.

Semuanya gara-gara mesej di Facebook yang tidak pernah berbalas, serta gelagat Safee yang seolah tidak mengenali Zaiful sedangkan masing-masing membawa cabaran kontijen negara di Korat, di mana hubungan mereka walaupun tidak begitu rapat, boleh disifatkan sebagai baik.

“sejak 2007 tu kami dah tak berhubung, lost contact, tapi dia kenal saya, saya kenal dia, saya berhubung balik pun melalui FB, ramailah yang puji, ucap tahniah kat wall dia, dia siap ucapa terima kasih lah, penat training lah, tapi dia langsung tak pernah balas mesej saya, komen2 saya, dia ignore jer, memang tanggapan saya mamat ni dah naik nama sombong plak sekarang ni..”.

“kemuncaknya sebentar tadi, saya tanya kenal lagi tak saya, dia tak jawab, saya tanya nape tak pernah reply mesej, dia cakap ada 300 lebih mesej nak baca, takda masa nak balas, saya kata nak bergambar, takkanlah nak sombong dengan bekas rakan sekolah, dia reply susah dia sibuk training, kat situ saya dah mula was-was takkan Safee nak cakap camni, kena pulak masa tu pukul 5, takkan duk online tak pergi training. Bila Aiman (penulis) bagi nombor dia, saya terus call, dia angkat, cukup friendly, dia masih kenal saya, kami borak as frenly as we were masa Korat dulu, dia kata tengah siap nak turun training, saya tanya dia ke yang tengah online, dia kata mana ada masa nak online, dan kata saya boleh jumpa dia bila-bila masa, bukan setakat bergambar, lepak minum pun boleh..”. – Zaiful Zainal Abidin.


Tambah Zaiful lagi, sejurus selepas bercakap dengan Safee, dia kembali ke profile individu yang menyamar sebagai Safee itu, dan menghantar komen berbunyi ‘‘saya baru bercakap dengan Safee Sali yang sebenar dan saya akan jumpa dia esok, terima kasih sebab berlagak sebagai Safee dan timbulkan persepsi negatif tentang dia, u’re fake’’,  namun komen itu terus DIDELETE dan nama Zaiful DIBLOCK individu berkenaan.

“memang tak sangka lah itu fake profile, kalau u tengok pun, u akan percaya itu dia. Semua gambar terbaru, wallpost, info peribadi dia, rakan-rakan dia ada pemain bola seperti Azmi Muslim, Hardi Jaafar, atlet, ada ramai wartawan, so mestilah kita percaya kan? malah tulis dia tinggal di Jakarta, married to Sabarina Nama Diberi..”.

Adalah menjadi lumrah pada hari ini, semakin banyak profile facebook palsu diwujudkan atas nama  selebriti, atau artis popular, dan selepas kecemerlangan di Piala AFF 2010, tempiasnya turut dirasai bintang bolasepak tanah air seperti Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee sendiri.

Tidak salah jika ada peminat mewujudkan FANPAGE sebagai penghargaan, namun dalam situasi yang dialami Zaiful, malah mungkin juga rakan-rakan lain, ia menimbulkan persepsi negative bahawa Safee seorang yang sombong dan berlagak, apatah lagi dengan statement ada 300 lebih mesej nak baca, takda masa nak balas serta sibuk training tidak boleh nak bergambar. 

Kepada individu yang menyamar tu, malulah dengan diri sendiri.

Zaiful dan rakan ketika menang emas Korat 2007

 p/s : Untuk makluman, Zaiful adalah bekas atlet olahraga negara, antara anggota kuartet 4x400 meter negara yang meraih emas di Sukan Sea Korat 2007 bersama gandingan Zafril Zuslaini, Amran Raj dan S.Theepan, pemenang pingat perak acara sama di Laos 2009 dan sepatutnya turut beraksi di kejohanan sama penghujung tahun ini, namun terpaksa melupakannya gara-gara kesungguhannya tidak dihargai pihak tertentu (terpaksa dirahsiakan).

Beliau juga pemegang rekod kebangsaan acara 400meter, dengan catatan 46.41 saat yang bertahan selama 10 tahun sejak 2001, dirakamkannya ketika memenangi pingat Perak di Kejohanan Remaja Asia Brunei Darussalam.

14 comments:

  1. adat la dunia maya mana ada org nmpk..jd moral of story..jgn sesekali kita cepat menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita yg sebenarnya..!

    ReplyDelete
  2. FB ni kdg2 klaka gak..sbb msj x rep pun nak amik ati..
    relax la..kau tu laki..nak mengajuk mengalahkan perempuan..haha

    ReplyDelete
  3. aku rasa bro zaiful tu bukan mngajuk sebab 'safee' tak reply mesej, tapi sbb nampak sombong, kalau aku, aku pun sakit ati kalau kawan yg aku kenal, bila tanya cakap ada 300 mesej tak baca , takda masa nak reply. kalau betul tu safee, confirm aku pergi cari dia kat padang training bagi penumbuk kasi dia sedar diri sikit.

    ReplyDelete
  4. Khalid Ali the legendJuly 26, 2011 at 10:58 PM

    Wahai sdr Aiman,

    Hang reporter brp lama? Seminggu? Sebulan?

    Timba ilmu dulu sebelum nak pandai2 kutuk org. Kalu Safee nak berlagak pun biarla, dia pemain negara?

    Hang pulak?

    Kirim salam kat makcik Mumtaz. Tanya dia hutang aku bila nak bayaq!

    ReplyDelete
  5. Seyh Al-Zaiful....

    Mr.or mrs.Anonymous ..
    actually aku tak merajuk pun... aku just dah lama tak jumpa safee sbb kami sama wakil Malaysia...n aku bangga ngan dia sbb pernah satu sekolah ngan dia n dia sgt merendah diri tu pasal aku berusaha cari dia....neway ko pun boleh je kan main ckp aku merajuk 'so look whose talking'???
    uncle Khalid: glad to get to know u as a football lagend...some more u realy down to earth....so uncle khalid kasi belanja minum kopi la.....

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Seyh Al-Zaiful....

    saya tumpang marah jugak la bila ada individu yang menyamar menjadi kawan atau kenalan kita...

    ***ini benda kecik je nanti saya tau la nak kow tim ngan kawan kawan saya ajar ini conman

    ReplyDelete
  7. khalid ali tak faham apa yang disampaikan oleh penulis..

    ReplyDelete
  8. khalid ali khatam 40x pn xkn paham2 ape yg pnulis sampaikan.hahaa..

    ReplyDelete
  9. biar betul khalid ali ni, dia tak faham ke ape mesej yang cuba disampaikan. kat mana yg penulis kutuk safee? dia backup safee adalah, haha khalid oh khalid..dia kata jgn main kutuk, yg dia kutuk azuddin kaw2 tu nak masuk kat celah mana?

    ReplyDelete
  10. ni bukan khalid ali ni, ni seorang lagi penyamar haha nampak sangat la, khalid ali lepak with me, mumtaz and few others untill 7pm at ofis.

    jumpa setiap ari, and mintak sampaikan salam? sejak bila plak khalid ali berbahasa utara ni? hehehehe

    ReplyDelete
  11. khalid ali = noob = newbies = budak-budak baru pandai mengeja

    ReplyDelete
  12. napok sangat khalid ali hok tiruan ni x reti baco,hahaha supo beruk.sekoloh tok hbs ko?

    ReplyDelete
  13. aku tapar jgok khalid ali utara ni... Ni mat bokbong kelate ! Ekekeke

    ReplyDelete
  14. bodo sungguh nyamar ni. haha

    ReplyDelete