Perlawanan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal malam ini, mungkin dilihat ramai tidak lebih daripada sebuah perlawanan persahabatan antarabangsa berprofil tinggi, namun berbeza buat jurulatih, Datuk K.Rajagobal.
Rajagobal, atau KING RAJA, berpendapat perlawanan menentang The Gunners yang hadir 10 hari menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, platform terbaik untuk memperbetul beberapa kelemahan ketara yang berjaya dikesannya selepas dua perlawanan menentang Taiwan, terutamanya di barisan pertahanan, dan melontarkan amaran awal kepada pemainnya agar tidak melakukan kesilapan mudah.
Bolos 4 gol kepada lawan kerdil ketika aksi Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia, pastinya sesuatu yang perlu diberi perhatian serius Rajagobal, dan seterusnya inilah peluang terbaik untuk bertindak berani mengubah TACTICAL APPROACH, STRATEGI & FORMASI PERMAINAN, serta MENCUBA GANDINGAN BARU berbanding mempertaruhkan LINE-UP SAMA pada setiap perlawanan.
Contoh paling ketara, yang mana peminat sendiri pastinya sedar - Amar Rohidan, Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan, adalah 3 calon wajib kesebelasan utama meskipun tidak berada pada tahap terbaik mereka, sekaligus menimbulkan persoalan apakah Rajagobal akan sekali lagi STICK dengan pemain favouritenya ini atau memberi ruang kepada pemain lain seperti Ashaari Shamsudin, Shakir Shaari, S.Chanturu, Baddrol Bakhtiar dan G.Gurusamy untuk membuktikan sesuatu.
Dan jika Rajagobal berhasrat mengukuhkan barisan pertahanan yang dikatakannya pincang itu, posisi yang pastinya perlu dimantapkan selain pertahanan, posisi DEFENSIVE MIDFIELDER.
Rajagobal pastinya sedar akan hakikat itu, dan mungkin itu jugalah sebab mengapa dia menyenaraikan pemain kental Kelantan, Shakir sebagai BACKUP kepada Amar sebelum ini.
Andai mengambil kira pertemuan menentang Arsenal, pemain yang perlu dikawal oleh DEFENSIVE MIDFIELDER kita, adalah ATTACKING MID skuad Arsene Wenger itu, yang mana hampir pasti diisi seorang daripada 4 pemain bintang mereka, Andrei Arshavin, Tomas Rosicky, Jack Wilshere ATAU Samir Nasri.
Arshavin, paling kanan |
Siapa sekalipun yang diturunkan, kesemua 4 pemain tersebut pastinya menjadi duri dalam daging buat Amar, Shakir ataupun Gurusamy, justeru siapakah yang bakal mendapat kepercayaan Rajagobal untuk memainkan peranan penting selaku MIDFIELD MAESTRO, bergandingan bersama Safiq, atau mungkin King Raja buat pertama kalinya akan bermain dengan dua DEFENSIVE MID?
Berdasarkan reputasi, peminat pastinya mahu melihat Shakir, tulang belakang kejayaan Kelantan menjuarai Liga Super untuk mengisi kekosongan itu, manakala berdasarkan pengalaman di peringkat antarabangsa, Amar, tonggak kejayaan Piala AFF Suzuki mungkin terus diberi kepercayaan berada di kesebelasan utama.
Nasri, bersama penulis |
AMAR atau SHAKIR, yang penting kita mengharapkan kedua-dua mereka melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, dan Rajagobal juga harus pandai menggunakan sebaiknya pilihan pemain yang beliau ada.
dua2 ada kelebihan. amar nih rajin sikit, kalu syakir rajin supo amar gak, meme rajagopal x kelih doh amar nih. hehe
ReplyDeletekunalan mmg feveret raja,.kunalan laju smata2,lebih baik josef kalamg tee lg,sped ad,skil ada,kreatif lg,shoot jauh pn ok..
ReplyDeletekunaalan? thumb down!!
betul komen dr akif...amar rajin lajok....mana2 dia rembat....ada jek mamat nih...syakir nih main rileks sikit..tenang jah....bukan kata tk rajin, tp tenang...si amar ni blari jek kejar mana bola g...
ReplyDeleterasanye amar kot jd kesebelasan utama nnti...mayb second half ganti ngan syakir
p/s: smart molek muko penulis pun..bakpo terbeliak mata gitumonye dpt bgambar? hehe...silau flash camero ko? ekekeke
gambar ngelah hok mahal skali.. stedy boh..
ReplyDeleteheheheh...mmg terbaik..hehe....
ReplyDeletebangga kawe dgn ore kelate nih...
sengih jah cik aime awo buleh gmbr nga nasri,hahaha.gura jah
ReplyDelete..."Amar Rohidan, Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan, adalah 3 calon wajib kesebelasan utama meskipun tidak berada pada tahap terbaik"...
ReplyDeleteMaaf cakap, pilihan kawe lbh kpd Shakir. Apa sumbangan Amar utk pasukan negeri stakat ini (musim 2011)? Kalau Shakir ramai pnyokong Kelate tahu di mana tahap keupayaan Shakir stiap plawanan.
Mmg x dinafikan Amar ada pengalaman & sumbangan bharga utk negara pd plawanan sebelum2 ini, tp ini bukan jaminan utk dia trus mantap. Lbh baik mnilai prestasi semasa.
Chanturu pula kwe rasa elok jg jadi pilihan kdua. Kuna & Hadi nampaknya lbh bsedia. Chanturu mmg laju tp kawalan bola lemah. Skill mngelecek masih x smpurna. Andai dia nk lepas main lwn, Chanturu kena cpt pas bola. Chanturu mudah cedera. Takut2 ini mbawa masalah kpd dia sndiri.
Keeper rasanya xde masalah; Sarbinei atau Apek, kedua2nya mmg tlh bsedia. Asalkan defend betul2 mantap & bfungsi, tugas keeper lbh mudah & bkesan.