foto : kelate.net |
Sedar bukan mudah untuk muka baru sepertinya memecah masuk dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan, pemain tengah Kelantan, Shakir Shaari tidak mahu terlalu ghairah dalam usaha mendapatkan keyakinan jurulatih, Datuk K.Rajagobal.
Bagi Shakir, memang menjadi impian mana-mana pemain untuk beraksi dalam kesebelasan utama, namun baginya kesemua pemain yang boleh beraksi di posisinya adalah yang terbaik, malah tonggak kejayaan skuad negara di Piala AFF Suzuki 2010, justeru dia tidak mahu bercita-cita tinggi mengambil alih tempat pemain yang lebih ‘senior’ daripadanya dalam skuad kebangsaan.
Bagaimanapun Shakir, 25 tahun, satu daripada empat pemain pilihan untuk mengisi dua slot di posisi tengah, yang lazimnya menjadi milik Amar Rohidan, Safiq Rahim mahupun G.Gurusamy, bersedia memberikan YANG TERBAIK dan MEMBALAS KEPERCAYAAN Rajagobal andai diturunkan pada perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia, menentang Taiwan 29 Jun depan.
Shakir adalah satu-satunya wajah baru skuad Rajagobal yang melapor diri ke kem skuad negara sejak 15 Jun lalu, dan beraksi buat pertama kali ketika menentang Myanmar pada perlawanan persahabatan 18 Jun lalu, di ‘arena sendiri’, Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu, yang mana Malaysia menang 2-0.
Jika di Kelantan, Shakir, produk Sekolah Sukan Bukit Jalil, lebih sinonim di posisi tengah bertahan (defensive midfielder), untuk aksi peringkat antarabangsa Rajagobal dijangka menagih khidmatnya di posisi tengah, membentuk gandingan mantap bersama dua pemain sayap, S.Kunanlan dan Amirulhadi Zainal, selain Baddrol Bakhtiar.
Shakir, yang ditemui penulis ketika makan tengah hari bersama Isterinya, bekas gimnas negara juga pembaca berita RTM, Nurul Fatiha Abd Hamid, berkata tidak menjadi masalah besar untuknya membentuk persefahaman bersama pemain sedia ada, meskipun mengakui pada peringkat dia agak kekok. Dan fokusnya kini, memberi komitmen terbaik sewaktu setiap sessi latihan.
sempat lg bro aiman junpe syakir walupon sia tgh mkn..hahaha..syakir trbaik la..harap dpt main first 29hb ni..matyo lagumano aiman??g cari matyo etek..boleh main ko dok..hehe
ReplyDeleteShakir ialah d antara player tbaik Kelate walaupun x mjadi pilihan utama skuad kbangsaan.
ReplyDeleteTlebih dhulu kwe nk minta maaf; sbb kawe lbh mmilih Shakir drp Shafiq Rahim. Walaupun Shafiq kapten Malaysia, tp psembahan dia lbh krg sama je dgn player yg lain @ xde lbihnya Shafiq (lbh suka kalu Aidil jd kapten balik).
Tgk masa lwn Myamar ari tu, Shakir ckp tengan kawal bola. Ksilapan yg minimun dilakukan. Rajin & x mudah gelabah. Tp syg, Shakir x main spnuh masa. Mungkin baru ptama kali, Rajagobal tpaksa hadkan masa utk Shakir.
Apapun2 Shakir ialah yg tbaik bbanding pmain2 tgh Malaysia yg ada skrg ni.
Bkn mmuji sbb Shakir pmain Kelate, tp itu yg kawe nampak.
*SS pnh kata (pd post Red Warriors Lambang Kemegahan Bolasepak Tanah Air), "bercerita kecantikkan bintang, tidak perlulah kita memburukkan sang rambulan”. Tp skali lg kawe minta maaf, kawe "terpaksa" memburukan rambulan utk bcerita kcantikan bintang".. -;).
aiman tow.. gi make nasik nga shakir alek mano? nasi ayam kg ko?
ReplyDeletebagi kawe, dlm msia ni, xdop pon defensive midfielder hok setanding ngan shakir shaari yg pndai kawal bahagian tgh dan pndai bertahan. cumanya, kalu dia nk dpt kesebelasan utama yg terjamin dlm skuad kebangsaan, dia kene rajin! hok tu sow jah
ReplyDelete