Malaysia terpaksa membayar harga mahal di atas kegagalan mencari bekalan selesa ke Taipei, apabila berkemungkinan besar kehilangan khidmat penyerang utama, Safee Sali untuk aksi timbal balik Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan 3 Julai nanti.
Safee, penyerang Pelita Jaya, terpaksa dikeluarkan Datuk K.Rajagobal selepas tamat separuh masa pertama, dan digantikan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Fakri Saarani, sekaligus bermakna Malaysia kini terpaksa menyandarkan harapan memburu gol di tempat lawan, di bahu tiga penyerang yang baru pulih dari kecederaan dan belum cergas sepenuhnya – Norshahrul Idlan Talaha, Abdul Hadi Yahya dan Ahmad Fakri Saarani.
“kita keluarkan dia (Safee) sebab cedera, dia belum pasti boleh main return leg. dan saya pun concerned tentang perkara ini, penyerang kita silih berganti cedera, Norsharul still perlukan match fit, Abdul Hadi baru pulih tapi dia beraksi dengan cukup baik hari ni, Ahmad Fakri pula ini first game dia, lama tak main injured, tapi jangan risau, kita bukannya kalah atau seri, kita tetap menang cuma jaringan tipis, but a win is a win..cuma tugas kita belum selesai, I’m sure my boys will do a great job there”.
“saya juga ada nampak beberapa kelemahan dan definitely kita perlu buat 1,2 perubahan, dan pertukaran pemain, Helmi Remeli agak gugup, ini first game dia international, few player ada injury cautious macam Safiq Rahim, kita perlu pergi ke sana (Taipei) dengan same attitude, iaitu mencari gol, dan menang, but jangan terlalu ghairah. Macam tadi, kita dah push dari awal, so u boleh nampak at the end, energy level berkurang, defensive slack, ini kita perlu elak. ingat kita bukan kalah atau seri, jadi kita tak perlu bermain dalam tekanan, yang tertekan adalah mereka, kelebihan masih milik kita..”. – Datuk K.Rajagobal.
Di sebalik mempunyai 5 pilihan penyerang termasuk Ashaari Shamsudin, Rajagobal seperti dijangka hanya menurunkan Safee, selaku penyerang tunggal, dibantu Baddrol Bakhtiar di posisi attacking midfielder.
Namun menyedari ia tidak membuahkan hasil Rajagobal melakukan rombakan besar-besaran dengan mengeluarkan Helmi yang tidak begitu berkesan di posisi pertahanan kanan dan memasukkan Abdul Hadi untuk menguatkan jentera serangan – percaturan yang membawa INSTANT IMPACT apabila Abdul Hadi turut terlibat dalam gerakan terhasilnya gol pertama seminit selepas dimasukkan.
Perubahan taktikal juga menyaksikan Amirulhadi Zainal ditolak ke posisi pertahanan kanan, manakala Baddrol dan Kunanlan bergilir menghadirkan ancaman di posisi sayap.
Malaysia menang 2-1, hasil jaringan cantik minit ke-28 kapten pasukan, Safiq Rahim dan gol Aidil Zafuan Abdul Radzak, sebelum Taiwan membalas menerusi Chen Po Liang.
sedak doh game td..ok la..cume mcm biasa la kita jd selesa ngn 2 gol...tiba2 taiwan jaringkn 1 gol..baru sedar balik..biasa la tu..insyallah mene plk 3 julai ni..
ReplyDeleteapa punya tur la king gopal..ada ker dia ckp kita push game awal sangat..yg aku tgk 1st 30mins Taiwan yang byk attack n byk try..mesia masa tu blur jer lagi..
ReplyDeleteaku tak berkenan langsung ngan kunalan dan amar rohidan tu mcm hampeh tp still main lagi..tpt kunalan king gopal still ada option guna ashaari samsudin n tpt amar tu bagi shakir main..kuna ni laju ja mcm chanturu tapi kurang guna otak,main bola bukan smeta2 laju ja tp kena cerdikkkk..
yang lain bg aku ok..si amar tu pula takde support safiq lansung,mmgla dia dfnsv midflder tp kalau main style dia aku pun boleh dapat bola pass balik bawah n mcm tu la 90 min dia main,takde pun dia rampas bola,zakuan n fadzli shas lagi cover tpt dia..lain2 player takde masalah..please KING RAJA guna lah sumber yg ada sebaiknya..
HMmmmmmmm..kalau cite game mlm tadi...rasa2nya tak derlah yg menarik.. rata2 ingin lihat game lebih agresif dan hantaran2 pantas.. kita boleh lihat bahagian tgh tak kreatif... tiada kesefahaman yg jitu kita blh nampak... paling ketara...ramai nak jadi hero sehingga lupa org lain mempunyai posisi yg lebih baik utk menyumbat gol.. Harap2 lepas ni..ada perubahan dan perlu letakkan pada aras yg lebih tinggi mutu bola sepak kita...
ReplyDeletetiada pemain kel diturun kecuali syakir, itupun masa dah nak habis..... sbb tu plwnn mlm tadi tak berapa sedak... harap-harap hari ahad ni k.rajagopal dapat turunkan chanturu,mat yo ,apek dan syakir dlm kesebelasan utama....
ReplyDeletehampa.keno lipak sero..xdop soram pom player kelate hk lekat exc shakir..apola gopal ni..xjd pom xtukar awal2..game td aku xle time sbb shakir&chanturu xmasuk awal2..hk lain aku le time lagi bkpo xmain(ise-org baru..apex,matyo-injured)..aku sorok abis tam dh time taiwan sumak gol..mujur shot no2 tu xgol.aku nk nopak dh kalu gol..main2 sgt.dk main pass,bajet barca la plak main pass2..tp hampeh..
ReplyDeletebiasa la orang klate takleh nak bui lebih2..kito pun tahu dah dari dulu lagi gak bola msia nih..ambo heran la si kunalan tu dah la main NS dok bwh tak perform,main msia pun sama mcm tu ja,ptt ashaari main tpt dia la..1 lagi si amar tu takde function la,klu bagi shakir main 1st 11 lagi bagus rasanya..
ReplyDeletegol2 malaysia pun bukannya dari gerakan padang yg cantik pun, 1)gol safiq pun bola kelam kabut then smp kat dia 2)gol zakuan pun dr corner kick..kalau dikira gol taiwan lagi smart kot gerakan dr tepi simple passing and simple tapping..msia ada ka main mcm tu smlm?takde dapat baddrol ja nk dok olek sorang2..apa2 pun mmg game smlm tak best,biasa2 ja..
ramai doh pengulah bui pendapat atah. kawe x payoh ulas lg lah. apa pun, next game mahali kena main ganti helmi yg gugup.
ReplyDeleteMolek jgk player kelate mcm apek, mat yo dll xmain smlm, bkn apa kot2 injured balik mcm safee.. sape yg naya, klntan jgk..nak lwn sabah plak ni wei penentu juara liga super..
ReplyDeleteTp smlm syakir dan baddrol terbaik..
Pe2 pun hrap apek n matyo main di taiwan nnti.. terubat rindu kawe nak tgok dia mlm smlm..
-ZP