Pautan Suara Sukan

Sunday, June 5, 2011

Kelebihan Milik Selangor, Tatkala Terengganu – Kelantan Berentap Sesama Sendiri

Ketika tumpuan peminat bolasepak tempatan terarah kepada saingan antara dua gergasi pantai timur, Kelantan dan Terengganu dalam apa yang dilabel sebagai penentu siapa lebih layak bergelar juara Liga Super, seterusnya merangkul double musim ini, ramai pula yang terlepas pandang akan cabaran dihadirkan penyandang trofi liga, Selangor.

Selangor, dengan hanya 2 mata dipisahkan daripada Kelantan dan Terengganu yang berkongsi kedudukan pendahulu dengan 47 mata, sebenarnya berpotensi besar berkongsi kedudukan pendahulu seterusnya mengintai peluang mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut, selepas tamat perlawanan pada 6 Jun.

Ini kerana salah satu pasukan yang tewas di Kuala Terengganu malam esok, akan melepaskan kedudukan tangga kedua kepada Selangor, yang seharusnya tidak berdepan masalah menundukkan pasukan tangga tercorot, Perlis di Stadium Shah Alam.

Malah, kedudukan akan menjadi lebih menarik, sekiranya keputusan antara Terengganu dan Kelantan berkesudahan seri, dan Gergasi Merah Kuning meraih 3 mata, kerana kesemua 3 pasukan akan terikat dengan 48 mata, hanya dipisahkan melalui beza jaringan.

Justeru, siapa antara Kelantan dan Terengganu bakal meneruskan rentak sang juara, bergelar juara buat pertama kali di penghujung musim atau berputih mata menyerahkan mahkota kembali kepada Selangor, terus menjadi debaran hebat dan tarikh keramat 6 Jun bakal menjawab debaran itu.

“Kita memang underdog, kita kehilangan ramai player utama, Terengganu ada kelebihan gelanggang sendiri, tapi don’t worry, Red Warriors dibentuk utk menang, kita akan fight sampai last minit, takkan menyerah begitu saja, kita mahu raih 3 mata..” – Dato’ M.Karathu

“Ini misi besar, yang bakal menentukan hidup mati kita, kita memang strong in terms of striker dan defend dalam keadaan mantap, tapi saya tak nak cakap besar, ada 90 minit utk diharungi and I want my boys finish their job dengan baik. Kemenangan akan cerahkan laluan kita, but any single mistake akan sebabkan kita berputih mata, just as u see masa lawan Kedah..” – Irfan Bakti

“memang kita lalui saat sukar, tewas 3 kali dan beri kedudukan no.1 kepada Kelantan, Terengganu, its our mistake, dan moral player cukup down ketika itu, after menang di paroi, keyakinan mula kembali. Kami masih belum out, secara matematik, after 6 Jun sekalipun kami masih ada peluang, Kelantan lwn Terengganu, sama ada salah satu team akan tercicir mata, atau kedua-duanya tercicir mata, ia sedikit kelebihan buat kami, dan kami harus guna sebaik mungkin..” – K.Devan

Dengan saingan hanya berbaki 3 perlawanan dan berada di fasa getir, pasukan yang paling kurang melakukan kesilapan dan memanfaatkan segala peluang dan kelebihan sebaik mungkin akan berada di puncak selaku juara. Berikut dua perlawanan terakhir membabitkan 3 pasukan teratas selepas 6 Jun.

                                14 Jun 2011
       Kelantan
     lwn
         Perak
     Terengganu
     lwn
       T-Team
      Selangor
     lwn
     Felda Utd
                                6 Jul 2011
        Perak
     lwn
      Selangor
        Sabah
     lwn
      Kelantan
      Felda Utd
     lwn
    Terengganu

8 comments:

  1. penyu akan menangis bercucuran air mata mlm esok.

    ReplyDelete
  2. kekuatan mental fizikal tramat penting esok..jgn lalai...kawe trget kelate 2-1 ganu..

    ReplyDelete
  3. Peluang & ruang yg seimbang buat dua2 team. Tp aku taknak ramal team mana yg akan menang, tp aku bharap sgt team Kelate MENANG.

    Aku xnak komen game Ganu - Kelate. Tp ttarik next game.

    Utk game akn dtg ssuatu yg mnarik jg. Kelate vs Perak, T'ganu vs T-Team, Selangor vs Perak. Kali ni betul2 mmberi tekanan buat Kelate. Misi mmbalas dendam dgn Prak setelah dimalukan dgn 4-0 di Ipoh baru2 ni. Tp bkn semudah itu utk Kelate menang. Bkn smudah itu utk Prak tewas. Manfaatkan pluang beraksi di rumah sndiri. Razali Umar Kandasamy xde, mungkin ada secubit kelebihan buat Kelate. Tp Prak msh ada Akmal, Shafik Jamal.

    Ganu lwn adik, T-Team. T-Team mmg hebat masa lwn Kelate. Tp lembik masa lwn team lain. Mcm mana pula lawan abang? Kalu T-Team mng blm tntu naik tangga. Kalu kalah, dh pasti abang akan bterima kasih. 2 bradik ni duk serumah, PBSNT. Jdi xkan adik rela biarkan abang kempunan Trofi Liga Super. Si Bapak pula mesti ada lbh prancangan. Kalu biarkan adik tewaskan abang, tentu payah Bapak nk dapatkan trofi. Jdi, pandai2lah Bapak utk buat ssuatu. Oppss...

    Opps... sori kpd PBSNT,Player Ganu & T-Team serta penyokong mrk. Ini bkn tuduhan & fitnah; skadar tekaan sahaja. Harap jgn mrh. Harap Ganu vs T-Team nanti, mrk bmain utk menang, bkn utk memenangkan. Main dgn smgt kesukanan.

    Selangor tdk akan berhadapan masalah besar utk jinakan Felda. Walaupun keeper Felda (Hamsani) bks keeper Selangor, mrk tidk bdepan msalah.

    Ksimpulannya, andai Kelate tws kpd Ganu 6/6 ini (esok), maka sukar utk Kelate mneruskan perjuangan pada next game & sterusnya. & ksukaran ini mmg akan melenyapkan impian utk dptkan trofi liga buat kali pertama.

    ReplyDelete
  4. eeee..naling weh male ni ...

    ReplyDelete
  5. Ni tempat2 ada skrin besar mlm ni, jom beramai2..

    1. Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke 4, Kota Bharu

    2. Restoran Dain Tomyam, Plaza Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam,

    3. Restoran Sharifah, jalan dusun muda depe petronas (@ budu cap terey )

    4. Apple Cafe (sebelah Pejabat Pos cabe tigo kale chepo)

    5. Kedai Roti Canai Kari Tulang ( trafik light cabe tigo kale chepo)

    6. Restoran Belauk, Seksyen 7 Bangi (Belake Sup Urat Keting)

    7. Teratak Kampungku, Jalan Reko, Reko Sentral, Bangi (Dekat Econsave Bangi)

    8. Restoran Atah Tubir, Pandan, Kuala Lumpur

    9. Seksyen 7 Shah Alam, (Restoren Hakim Baru)

    10 . MMZ Restoran, Seksyen U2, Bukit Jelutong

    11. TRW CAFÉ Kota Bharu

    12. Alstonia, (cabe tigo demit ngadap bundle)

    13. Restoran Pantai Timur ,Jalan Padang Tembak Off Jalan Teluk Batik

    14 . Cabe Tigo Pulai Chondong

    15. Cabe Tigo Guchil Kuala Krai

    16. Nasi Ulam Seksen 8 Bangi

    17. Mee Kg Pek, Taman Kota Harmoni Tanah Merah

    18. Salahudin Pisek Yek Bistr0@ Repek City Pasir Mas

    19. Perkarangan Media Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam-Anjuran Kelate.net

    20. Padang KTM Tumpat

    21. Gelanggang Bola Tampar Kg Padang Tembesu Tumpat


    Kedai nasi ulam ieda putrajaya xdok psg skrin besar ke..?

    Ke pakat g bangi blako..?

    -Zek Putrajaya

    ReplyDelete
  6. TRW harus bermain bermati2an...pastikan segala rumors yg mengatakan game mlm ni n FA sudah dijual adalah tipu semata2...kami doakan TRW berjaya mlm ni n FA cup...

    ReplyDelete
  7. wowww bnyak tmpat ada big screen, kawe pilih Karangkraf =) hehehe

    ReplyDelete