Finalis Piala FA, Kelantan mungkin boleh berbangga dengan status selaku pasukan paling banyak menjaringkan gol musim ini, 64 gol (Liga Super + Piala FA), namun hakikat bahawa mereka tidak mempunyai kombinasi penyerang berbisa di barisan depan mula menjadi kebimbangan penyokong setia skuad digelar The Red Warriors ini.
Berbanding musim lalu, di mana TRW memiliki trio ‘pemusnah’ – Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahyuddin dan Norfarhan Muhammad, atau ‘back-up’ mereka S.Chanturu, Akmal Rizal dan Hairudin Omar, tahun ini, ketiadaan 4 daripada 6 pemain yang disebut tadi menyaksikan jentera serangan Kelantan 100% bersandarkan kepada kelibat Norshahrul.
Keampuhan sentuhan penyudah penyerang prolific dan pemain paling bernilai Liga Malaysia musim lalu ini, sememangnya tidak perlu dipertikai. Norshahrul, ketika ini mendahului carta penjaring terbanyak dengan 17 gol.
Namun ketika pencabar lain seperti Terengganu memiliki trio sensasi di barisan depan – Ashaari Shamsudin, Abdul Manaf Mamat, dan Abdul Hadi Yahya, selama mana Kelantan hanya mahu mengharapkan kepada Norshahrul untuk ‘mencetak’ gol?
Lihat saja nasib menimpa juara bertahan Liga Super, Selangor, yang mana kehilangan sentuhan penyudah selepas ‘menjual’ Safee Sali kepada kelab Indonesia, Pelita Jaya, di mana penyerang mereka, Fadzli Shaari dan Rudie Ramli sekadar mampu berganding menghasilkan 12 gol musim ini, dan secara keseluruhan hanya 42 gol selepas 25 perlawanan – rekod yang jauh berbeza dibandingkan 2009 (64 gol) dan 2010 (62 gol).
Malah jika Gergasi Merah Kuning menjaringkan 15 gol dalam perlawanan terakhir, ia masih belum mampu menyamai rekod jaringan sepanjang 2 tahun lalu, justeru adakah Kelantan mahu mengalami nasib sama, seandainya Norshahrul tersisih, sama ada disebabkan penggantungan, kecederaan atau berhijrah ke pasukan lain, sepertimana pernah diwar-warkan suatu ketika dahulu?
Selaku antara kuasa besar bolasepak tanah air ketika ini, Kelantan seharusnya memiliki sebuah pasukan mantap baik kesebelasan utama, mahupun pemain simpanan, kerana itu yang akan menjadikan mereka sebuah pasukan pencabar tulen, namun pada situasi ketika ini mereka tidak mempunyai sebuah pasukan lengkap terutamanya seorang penyerang yang benar-benar layak digelar gandingan ideal Norshahrul, yang mana memahami corak permainan dan apa yang diinginkan Norshahrul.
Bukan mahu menidakkan keupayaan Ramzul Zahini Adnan, ataupun Nizad Ayub serta penyerang veteran, Khalid Jamlus, namun daripada penulis menghuraikan, rasanya peminat sendiri sudah boleh menilai.
Ramzul pernah diangkat sebagai antara penyerang yang berpotensi mengoncang bolasepak tempatan, antara anak jati Kelantan yang dikatakan mempunyai sentuhan penyudah cukup tajam selain bijak meloloskan diri dari kawalan pertahanan, dengan larian pantas – lebih sudu daripada kuah, atau indah khabar daripada rupa?
Sebenarnya bukan salah Ramzul, dia kerap dihantui masalah kecederaan Harmstring berulang, yang membataskan aksinya, dan tekanan serta harapan tinggi diletakkan ke atasnya menjadikan prestasinya jatuh merudum. Malah, ramai juga yang menyelarnya apabila membazir deretan peluang menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan lalu, selain ‘habit’nya yang kerap hilang ‘balance’ dan jatuh di sebalik fizikalnya yang berbadan besar, tinggi, dan ‘tough’.
Khalid Jamlus pula sudah boleh mengucapkan HI HI BYE BYE kepada dunia bolasepak, apatah lagi pada usia 34 tahun, Khalid bukan lagi penyerang yang dikenali dengan ketajaman sentuhan penyudah pada zaman kegemilangannya dulu, tiada lagi larian deras, malah peranannya di kem TRW tidak keterlaluan jika dikatakan sekadar LAST RESORT, striker standby atau pilihan terakhir andai kesemua Norshahrul, Ramzul, dan Nizad tidak dapat beraksi.
Di antara tiga penyerang ini, sebenarnya Nizad Ayub adalah pemain yang memiliki masa depan paling cerah, namun malangnya di bawah bimbingan Datuk M.Karathu, sumbangan Nizad cukup terhad, lebih kepada pemain yang digunakan untuk melengahkan permainan, sekadar beraksi 1 atau 2 minit terakhir atau kadang-kadang langsung tidak beraksi.
Daripada apa yang dilihat, Nizad memiliki naluri pemusnah cukup tajam, kalau tidak percaya cuba tengok aksi SUPERSUBnya pada perlawanan Kelantan – Felda Utd (6-0), di mana dia menjaringkan dua gol dalam tempoh 20 minit beraksi, atau Kelantan – Felda Utd (3-0, Piala FA), Nizad menjaringkan salah satu gol.
Malangnya, setakat itu sahajalah sumbangannya, dia kerap diketepikan dengan alasan belum layak beraksi kesebelasan utama, dan ketika diberi peluang dia gagal memanfaatkan peluang itu. Cuma persoalannya, apakah relevan, dia dikatakan tidak layak hanya selepas sekali dua mencuba??
Kalau begitu, kenapa tidak sisihkan sahaja Izuan Solahudin, dan membawa masuk Aris Zaidi, Farhan Yakub.
Bukankah Izuan sudah 2,3 kali diberi peluang dan gagal? Itu cuma contoh, yang mana maksud SS, jangan menilai pemain sekadar 2 atau 3 perlawanan, dan berikan dia peluang menimba pengalaman.
Andai dia gagal menonjol dalam 2,3 perlawanan, siapa tahu perlawanan ke-4 dia boleh skor 2 atau 3 gol? Kenapa kepercayaan yang diletakkan ke atas pemain seperti Izuan, tidak diberi kepada pemain lain yang sedia ada?
Usahlah mengintai nama-nama besar seperti Zaquan Adha, Fakri Saarani, Abdul Hadi Yahya, Izzaq Faris Ramlan atau Baddrol Bakhtiar, jika permata yang sedia ada di depan mata pun tidak reti nak digilap. Gaji untuk membayar mereka boleh bayar gaji 4 atau 5 pemain muda yang sedia menanti peluang membuktikan kehebatan.
bagi kawe, jika dibandingkan izuan dgn nizad ayub, lebih hebat izuan. kawe xleh nk pertikaikan jika dato m.karathu mnurunkan izuan dlm kesebelasan berbanding nizad. tapi, sy x setuju jika ramzul yg berada di bangku simpanan, tp izuan yg bermain kesebelasan.
ReplyDeletesbnrnya, di bahagian penyerang kelantan, kita xde target man. matyo mmg kerja dia sbg backup striker, mmg dia dah sebati dgn posisi tu. mungkin khalid boleh mjadi target man, tapi.. apkah ia dpt membawa hasil yg lumayan? seperti thn2 lepas, kita ada akmal dan hairuddin? bagi sy, lebih baik gilapkn aris zaidi atau farhan yaakob disamping ramzul perlu pertajamkan lagi finishing dia. satu yg kawe kagumi pada ramzul adlh, position dia dimana dia perlu berada. sbb itu lah dia mndpt byk peluang utk menjaringkan gol, sbb dia tahu dimana dia perlu berada dan dia pndai meloloskan diri dr pihak lawan. tapi finishing dia tuh kureng.. kalau dia perbaiki kelemahan itu, mmg kawe yakin, dia yg akn egang kasut emas di liga super pd thn yg mndtg..
izuan dgn nizad gak sedap izuan jauh la abe aiman wei,nizad kalu main gak mana mana kena boo kena penonton jah,ore pakat kata mabuk lampu, coach buke tak reti nak gilap player,hak dia letak first eleven tu la hak terbaik dengan strategi dia..abe aiman kata tahun lepas hebat serangan dari tahun ni pun tak betul kenyataan tu,tahun ni banyak lagi jaringan ,prestasi lagi bagus,,,tahun lepas piala f.a kalah awal lagi,tahun ni final,liga super no 2 tahun lepas tapi tahun ni menghampiri juara dah lo ni,nak kritik hak tu tak kena hak ni tak betul memang la mudah,tapi kena ingat coach dengan pengurusan hari hari jumpa player,kita stadium gi tengok sejam setengah jah pah komplen macam-macam.ada hak g tengok masa final jah lepas tu komen lebih pada ore hak pandai main bola
ReplyDeletesaya setuju dgn setiap pendapat, mmg semua ada asas, saya pun tak menafikan. maksud saya di sini, bukanlah nak kata izuan tak bagus atau nizad lebih bagus, saya harap takde yg salah faham. maksud saya di sini, kita tiada sorang penyerang ideal utk digandingkan dgn norshahrul.itu maksud entri ini, saya harap tiada yg menyimpang. nizad, izuan tu nama yg dipetik sebagai contoh kerana mereka beraksi di posisi depan. dan SET KITo, saya setuju pendapat anda, tapi kenapa nak bangkitkan perkara tu, anda lari dari topik. bukan itu topik yg kita bincangkan, kita tgh perkatakan ttg striker, bukan tentang pencapaian lebih baik berbanding tahun lalu, bukan ttg mara ke final, mendahului liga super atau sebagainya. komen anda itu bernas jika kena pada topiknya. skrg ni penjaring kedua terbanyak kelantan adalah badri razi (tengah)..sedangkan terengganu 3 penjaring terbanyak dia adalah hadi, manaf, dan ashaari (tiga-tiga striker), kita pun tak kisah kalau top skorer tu tengah atau pertahanan. tapi sekarang saya nak tanya, kalau norshahrul injured, out takleh main 5 game...awak rasa Piya boleh main striker ke? jawab dengan jujur...mmg dia penjaring kedua terbanyak. tapi kalau matyo takde, piya boleh jadi striker tak? letak canturu, ramzul, izuan, nizad, adakah finishing mereka power? itu maksud di sini, siapa pasangan ideal utk norshahrul..harap tak salah faham, bukan nk kata izuan atau ramzul tak bagus, bukan nak kata nizad bagus, tapi kalau kata nizad tu tak bagus, jadikanlah dia seorang yg bagus. theo wallcot pun masa org bagi dia main, dia tu harap laju jer, sampai kena kutuk ngn rakan sepasukan, mabuk lah, takde skill la, tapi dia improved bukan lepas 4 atau 5 game, ambil masa 18 bulan..ko guano hehehehe..
ReplyDeletesalam wbt
ReplyDeleteni 1st komen sy dekat blog bro aiman nih.
btw saya setuju hampir sepenuhnya dengan pendapat aiman. mat yo mmg bagus (seperti lee chong wei mmg mantap) tapi sampai bila kita nak depend pada mat yo sorg? (seperti bam sudah pening sebab susah nak jumpa pemain pelapis gantikan chong wei). tugas kem kelantan sekarang adalag menggilap striker2 yg sedia ada instead of intai2 striker luar.pencapaian pasukan dengan memiliki player or lebih spesifik lagi striker yg bagus adalah dua perkara berbeza walaupun seakan berkait.
sebagai peminat dan penyokong yg setia, saya secara peribadi mengharapkan coach merancang satu strategi atau latihan untuk memantapkan lagi striker yg sedia ada biar semua nama yg sdah disebutkan oleh aiman bersinar mcm mat yo. untuk mengekalkan momentum juara atau kuasa bola sepak malaysia yg baru kita memerlukan lebih daripada seorang mat yo tanpa mengenepikan kekuatan norshahrul idlan talaha itu sendiri. sekian.
Perkataan pertama kawe mengenai tajuk ini adalah "SETUJU". Kelantan b'untung krn ada Idlan yg kreatif & rajin. Tp syg dia blm ada gandingan yg serasi. Bberapa pnyerang Kelantan mmg mantap, tp blm / x mnunjukan kserasian dgn Idlan.
ReplyDeleteKadang2 ada pnyerang (slain Matyo) yg bgitu gopoh, gelojoh & tamak. Mrk seboleh2nya ingin menyudahkan sendiri jaringan tanpa memberi pluang kpd rakan yg lain. Ada jg yg cuba mmpamerkan skill mengawal & menggeleceh yg blebihan.
Skali skala kawe tgk gandingan tbaik Matyo ialah pmain sayap, Nurul Azwan (Awe), & defend, Daudsu. Sumbangan Awe & Daudsu bkn skali 2 tp dh byk kali. Yg tbaru ketika lwn Perak (14/6), jaringan tunggal Matyo hasil hantaran Daudsu.
Walaupun Khalid Jamlus x sehebat dulu tp sumbangan dia ttp ada. Apa yg kwe tgk, Khalid bkn pmain / penyerang yg tamak sprt ssetengah penyerang lain. Ktika lwn Felda (x igt bila, tp thn ni jg) gerakan 1-2 Khalid dgn Matyo tlh mhasilkan gol yg ckp manarik. Matyo mmbuat sungkitan / volley yg mmperdayakan pjaga gol lwn. Khalid jg prnah mmbuat hantaran utk disudahkan oleh Canthuru. Tp syg, ada pnyerang yg tdk mmberi pluang utk Khalid jaringkan gol walaupun peratusan utk Khalid sumbak adalah lbh luas drp penyerang itu sndiri. Sbb apa ni tjadi? Sbb ada sikap tamak & tdk mmpercayai kawan.
Cth d atas utk mnunjukan sikap segelintir penyerang. Tdk salah rasanya penyerang x mjaringkan gol. X slh jika penyerang yg mmbuat hantaran kpd mildfield / wing utk jaringkan gol.
Izuan Solahuddin = pmain muda yg rajin. Pnyudahnya jg x mhampakan. Nizad Ayub = msk saja k pdg, kita blh lihat reaksi pnyokong. Ramai jg yg x sng dgn kehadiran Nizad walaupun dia antara pnyumbang gol utk Kelate. & syg Nizad x serajin Solah. Ramzul = lincah, rajin. Tp ada sikit gopoh.
Nampaknya couch bkn saja kena gilap pmain muda yg ada penyudah yg tajam tp kena gilap keserasian d antara 1 sama lain. Skrg ni pemain presiden ramai yg berkebolehan (ini aku dgr cakap org). Ketengahkan Farhan Yaacob, Tuan Hafizi & bberapa org lg tu.
Suatu masa nanti Matyo akan “tinggalkan” Kelantan (sama ada krn bsara atau beralih k pasukan lain), jadi perlu gilap & ketengahkan adik2 muda kita tu. Jangan gilap je, tp kena pamerkan, msk dlm senior team. Ketengahkan, jgn ketepikan.
*Senangkan kita cakap itu cakap ini, komen itu komen ini. Sbenarnya kita sndiri pun blm tentu baik spt mrk. Tp x bmakna komen kita ni utk mjatuhkan mrk. Kita syg team kita. Rasanya x slh jika kita komen, krn kita adalah pminat, penyokong Kelate (& pasukan2 yg lain).
Saya faham mksud anda Aiman kenapa tulis artikel ini.Ia bertujuan untuk menyedarkan kepada fans2 bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung kepada Matyo shaja utk setiap perlawanan bahkan kalau Matyo cedera,berhijrah,digantung mcam mna?Jadi sye rasa di sini tak salah kalau dato M mengandingkan Izue dgn matyo sbb dato M ingin "mengasah" bakat yg ado pada izuan spaya lebih tajam.Mungkin itu mksud Dato M Aiman.Tentang Ramzul pulak mmg ptut dia digandingkan dgn matyo sbb gandingannya menghasilkan byk gol(kelantan 5-selangor 1 semifinal) dan dia brpeluang mnhasilkan 6 gol(kata haji zainal rawop) pd prlawanan semifinal 2 mnentang Selangot jika dpt menyudahkan peluang itu.Tetapi sye xpham bkpo aiman tulis tntg fakri,zaquan,izzaq,hadi.Kelantan nak beli ke next season???bleh jelaskan?
ReplyDeletealhamdulilah anda sebagai fans faham, sebab sebenar entri ini, tidak memperlekeh sesiapa, tidak mengangkat sape2..
ReplyDeletettg fakri, zaquan, izzaq so on, ada sebab jg saya tulis ttg diorang...sebelum ni kalau anda masih ingat ada cubaan utk membawa masuk fakri (anak jati klate) ke trw namun musim lepas dia disambar n9. tan sri sndiri konfirmkan, bgitu juga baddrol tahun lepas cuba dipancing tp masih under kntrak..malah, kalau anda juga masih ingat, tan sri kata tahun depan kelantan akan ada 5 atau 6 pemain bintang, hehehe so tidak mustahil salah seorang dari mereka juga tergolong dalam 6 pemain bintang itu...
Bawok balik azlan ismail daripada kedah. gandingkan ngan mat yo. pasti mantap!
ReplyDeleteSeason depan, kawe pasti annuar musa akan bawok masuk player import yg berkualiti tinggi. Harap2 Kelate menang liga super tahun ni. Tahun depan kito gomo belako! Kawe harap Kelate buleh amek sorang striker yg finishing macam chicharito untuk bergandingn ngan mat yo.
ReplyDeleteTapi kawe musykil. N9 menang piala malaysia 2009 wat hadiah ko yg dipertuan besar dia. Kelate menang piala malaysia 2010 wat hadiah ko sultan baru kito. Tahun ni Ganu menang piala FA wat hadiah ko sultan dia sbgai besday. Ganu lawe T-team, Ganu menang tapi gol manaf mamat tu amat memusykilkan. Fan Ganu sendiri kato game tu pelik, nampak tak real..
SEMUA NI DAH SETTING KO?
Hmmmmmmmm..bila bercerita siapakah gandingan terbaik dgn Mat Yo...saya rasa semua striker yg ada dlm team TRW mampu berganding dgn Mat Yo samada Izuan, Nizad mahupun Ramzul ataupun Khalid Jamlus tapi yg menjadi igauan adalah bila mereka2 semua ni tak konsisten mula tenggelam punca bila berada dibawah tekanan kerna kita blh lihat pada satu masa setiap permain mampu melakukan penyudahan yg baik samada Izuan, Nizad mahu pun ramzul begitu juga khalid. Jurulatih terpaksa fikirkan mcm mana nak mengilap mereka2 ini menjadi lebih konsisten dan mampu menyerap tekanan..terutama bila pihak lawan mula mendahului..kegagalan mengawal kemas bola dan hantaran2 yg tak menjadi..gopoh ketika berada didepan gol. dan setengah2 mereka terlalu ingin dikenali sebagai penjaring gol sehingga sanggup menidakkan peluang org lain yg lebih baik posisinya utk menjaringkan gol.. Kita perlu banyak memberi motivasi pada player bagaiman nak serapkan tekanan2 kerna setiap perlawanan harapan penyokong adalah terlalu tinggi andainya player melakukan kesilapan yg tak sepatutnya akan mudah diboo atau ditempelak oleh penyokong sendiri..
ReplyDeleteini satu lagi entry yg menarik minat aku utk turut sama bagi komen. betul, persoalannya cukup mudah, siapa selepas matyo..kalau matyo takde, ambil perkiraan paling mudah, katalah dia kena 3 kad kuning, manakala perlawanan seterusnya lawan team yg defend dia kuat, siapa akan jd striker pembunuh kita..saya setuju pertanyaan aiman tadi, walaupun Piya penjaring kedua terbanyak, adakah dia boleh main striker, jwapannya tak boleh! kita kena ada sorang striker yg mana gandingan terbaik utk matyo, dan apabila matyo takde, dia boleh bertindak sebagai striker tunggal depan gol. khalid tu biarlah apa org nk kata, hakikatnya dia dah tua, dah slow, kita perlukan striker laju, dan fresh leg. azlan ismail adalah calon terbaik, jgn lupa sumbangan dia pada 2005 dulu. mcm ramzul mmg btul dia boleh skor, tapi bila main sorang depan gol dia hilang punca, 2 gol lwn selangor tu jenis tolak masuk bola depan gol seua striker pun boleh buat. kita nak yg boleh cipta peluang, dia tak skor pun dia boleh assist. sy amat berharap tan sri annuar akan manfaatkan sebaiknya budak presiden dan Army bawah sathia..kita perlu jadi kilang lahirkan player, bukan ambik player lain main team kita, kalau tak segala usaha akan sia2...saya sebagai peminat setia TRW juga berharap artikel ini akan dibaca pengurusan KAFA dan mereka buka mata, sememangnya artikel sebegini takkan ada di media arus perdana yg lain..bravo bravo kepada penulis, izinkan juga saya copy dan letak di blog saya, kredit kepada suara sukan!
ReplyDeleteSalam Aiman,
ReplyDeleteAmbo kerap jugak baca blog demo. Kemas. Teruskan usaha anda. ambo nk komen utk kali pertama dlm blog demo. Tertarik dgn topik..
Untuk entry demo hokning, ambo setuju apo demo kata berkenaan dgn kelantan kekurangan gandingan ideal matyo. Memang kita kena akui kelate bergantung byk kepada matyo.
Bagi ambo, ambo bukan nk menidakkan nizad ayub tidak diberi peluang tp berapa lama dia harus diberi PELUANG. dia main dgn kelate lama dah tp bagi kawe persembahan permainan dia tetap sama. Duk olek2 sekor, pah 2 bola mapuh.. buat supoh kokre jah.. jauh jelag dgn izuan dimana kita buleh tgk izuan bila diberi peluang, persembahan dia makin meningkat dari satu game ke satu game.. Sepatutnya nizad ni main dgn team lain dulu sbb dgn mutu permainan dia, dia xleh main dgn kelate lg.. Demo tlg oyak la ke nizad, season depe, suruh dio mtk dgn nuar muso utk jd pemain pinjaman kpd mana2 team n dapatkan sentuhan pemusnah dulu, baru mari kelik main kelate.
Berkenaan ramzul, dio bagus tp cepat berdooh rebah.. fizikal dia 2 klu ore bola tgk, meme sedap buat galo bahagian belake or depe tp drp pemerhatian ambo selaku ore hak main bola, dio lembek. sikit2 nak rebah.. bose ore ngelih. tgk mcm mana awe roya, tubuh kecik tp gagah bila berdepe dgn ore.. demo pese jgk ke ramzul, training finishing dio, gagah diri la klu nk jadi penyerang yg bagus.. jgn duk berrgantung semasa training jah.. buat latihan sendiri la baru buleh jadi penyerang pembunuh. klu dio duk peraga aksi supo loni, memey dio payoh nk bersaing dgn import season depan..
TQ
syhhhh...info yg blh p percayai..yak duk gege blako..thn depn,badrol men klate...loni nk ko pialo,xdok pk doh hok len..pengurusan proses gilap player..nk matang g men lua..pahtu kelik r..wt supo syakir , nurul n daud..bdk harimau muda b 3 ore bdk kito...
ReplyDelete1) nizad
ReplyDeletepro
-opportunist
-finishing leg
cons
-speed
-ball control
-dribbling
2) ramzul
pro
-good dribbler
-speedy striker
-good at controlling ball
-ability of creating space to others
cons
-finishing inconsistence
-just recovered frm injury, need time to be on form.
3) matyo
pro
-best dribbler in country
-speedy
-good at controlling ball
cons
-physical limit(hard to play single striker)
-lame kick(bad for long distance shooting)
4) izuan
pro
-good at winger position
-good at att. mid in 4-5-1, able to give well support to striker
-on target finishing
cons
-nervous/clumsy in important match(so many mistakes during important match)
-not capable in pairing with matyo(can't be striker to pair with matyo)
-uncontrollable speed(haa..yg nih dlm kotak penalti pun die nk pecut lg, no wonder la smpai tgolek ats tar..masa lawan perak slps final pun die ade gak masalah camni)
now, it's depends on coach. karathu ni sememangnya pelik.. bkn nk salahkan dia but my opinion says this thing. kalo nk ikotkan ramai lg player yg best, berpengalaman n potential. tp die nk simpan jugak.. x taw la dia nk buat apa.. cuba tgk player2 TRW spt, daniel fazly, soley, wan rohaimi, aziz, n mat chah.. ada die bg pluang? mat chah die tpaksa bg main sbb terdesak. tp kalo time apek ada, ada ke die nk bg mat chah main? konfem xde.padahal mat chah lg best kot.. ape salahnya kalo skali skala mskkan mat chah dlm 1st 11 w/pun apek ada..
semasa final piala fa, kenapa x masukkan aziz atau wan rohaimi semasa subra kluar? adakah coach nmpak rizal fahmi lbh hebat drp mereka berdua? atau adkh coach cuma train rizal fahmi sahaja sbagai sub defender utk d gantikan semasa final?
semasa shakir keluar, kenapa x masukkan daniel fazly? mengapa harus mskkan khairan eroza? adkh khairan eroza lbh bgus dan m'dpt lebih latihan berbanding daniel?
dan apa pula berlaku pd soley? mgapa harus d simpan sehingga habis liga? adakah karathu lupa akn kemampuan dan persembahan soley smasa sumbangsih?
mengapa coach hanya menyimpan pemain2 tersebut? mengapa tidak d gilap bakat mreka? bknkah ini akn menumpulkan skill2 mereka. apa yg jd d kem kelantan ibarat menyimpan besi yg berkualiti sehingga buruk. cuba renungkan apa akn jd pd pemain2 spt ramzul,nizad,izuan jika kelantan mengambil pemain2 spt Hadi,Ashaari dan Manaf? adkh mereka akn turut menjadi besi buruk? spt kata penulis, usah mngintai nama2 bsr yg ada d kem lain jika permata yang sedia ada di depan mata pun tidak reti nak digilap. Gaji untuk membayar mereka boleh bayar gaji 4 atau 5 pemain muda yang sedia menanti peluang membuktikan kehebatan. All the best TRW!!
salam..sy mmg sokong sgt2 kajian penulis..mmg terbaik..
ReplyDeletekawe napok lamo doh benda ni. lambat laun masalah ni akan berlaku. kawe cadangkan, kalu mat yo injured, kelate main 'strikerless formation', sama mcm arsenal main zaman invicibles. nak tau lebih lanjut, baca sini: http://www.zonalmarking.net/2010/02/12/teams-of-the-decade-9-arsenal-2001-04/
ReplyDeleteadalah salah jika nak dibandingkan pemain muda dengan pemain yang sudah berusia seperti khalid.. walaupun khalid sudah tidak laju spt zaman mudanya dulu tp dia masih punya skill, tidak tamak & mengunakan otak ketika ddlm padang, yg tidak ada pd striker muda yg ada sekarang...cuma peluang & ruang tidak byk diberikan kpd beliau atas faktor2 dalaman yg tidak boleh saya revealkan... byk usaha untuk tidak mahu menggandingkan beliau dgn ... menjadi tanda tanya smua apabila beliau tidak trsenarai dlm perlawanan2 penting apabila ade pihak mula yakin dgn kemenagan yg dicapai dgn barisan yg diturunkan dengan menutup mata mutu permainan yg dipersembahkan asal menang..
ReplyDelete