Bukan mahu memperkecil kemampuan penyerang Kelantan yang lain, tapi itulah hakikat perlu diakui penyokong skuad The Red Warriors - pasukan mereka dalam bahaya andai penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha yang mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Perak tempoh hari, gagal pulih tepat pada waktunya menjelang saingan menentang Sabah pada 6 Julai.
Penyerang berbisa kelahiran Besut itu, yang dikeluarkan selepas menjaringkan gol tunggal kemenangan menewaskan Perak pada 14 Jun lalu, tersisih daripada latihan skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal serta perlawanan persahabatan menentang Myanmar pada Sabtu, ketika ini sedang merawat kecederaan di Wisma FAM, selain dijangka terlepas aksi kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan 29 Jun depan.
Dengan Kelantan tidak mempunyai penyerang lain yang mampu disandarkan harapan untuk memikul tanggungjawab selaku penyerang tunggal di depan gol, Datuk M.Karathu pastinya mengharapkan penyerang kesayangannya itu segera pulih untuk kembali mengemudi jentera serangan pada perlawanan penutup tirai, perlawanan yang akan menyaksikan Kelantan muncul juara liga jika sekurang-kurangnya mencatat seri.
Norshahrul sudahpun menjaringkan 19 gol musim ini, termasuk 2 dalam saingan Piala FA, dan 4 penyerang di bawahnya selaku ‘back-up’ striker adalah Ramzul Zahini Adnan, Izuan Solahudin (winger comes forward), Nizad Ayub dan penyerang veteran, Khalid Jamlus.
Mungkin ramai yang beranggapan ketiadaan Norshahrul bukanlah satu masalah besar apatah lagi 4 pemain berkenaan boleh mengisi posisi Norshahrul, namun kehilangan ‘chief’ striker pada perlawanan getir seumpama ini, pastinya menjadi kebimbangan mana-mana pasukan, kerana di saat seperti ini, anda bukan sahaja memerlukan seorang penyerang, tetapi tetapi seseorang yang mempunyai naluri, sentuhan pemusnah dan boleh memanfaatkan setiap peluang.
Daripada pemerhatian (pemerhatian SS mungkin berbeza dengan pemerhatian pembaca), Ramzul, Nizad, dan Khalid langsung tidak menghampiri kriteria dimiliki Norshahrul, manakala Izuan masih mentah pengalaman, dan adalah dikhuatiri apakah dia mampu mengalas tanggungjawab dengan berkesan andai diberi peluang.
Penjaring kedua terbanyak Kelantan adalah Badri Razi (Piya), namun apakah Piya boleh beraksi di posisi striker dengan ketiadaan Norshahrul? Jawapannya sudah tentu tidak kerana kemampuan Piya menjaringkan 13 gol musim ini adalah kerana dia beraksi di posisi attacking midfielder – sepertimana Frank Lampard di Chelsea, atau Steven Gerrard di Liverpool, mereka tidak boleh beraksi sebagai penyerang, tetapi boleh menjaringkan banyak gol dari posisi mereka, bergantung pula kepada gandingan atau kombinasi ideal di barisan depan yang boleh mencipta peluang untuk mereka – begitu jugalah Piya.
Jadi, mungkin peminat sudah faham situasinya kini, menjaringkan banyak gol dan mempunyai rangkaian penyerang berbisa adalah dua perkara yang berbeza, itulah masalah mereka kini.
Seorang lagi pemain yang mungkin boleh disandarkan harapan menjadi penyerang bidan terjun, S.Chanturu. Pemain ini sudahpun menjaringkan 7 gol musim ini, dan beraksi di posisi penyerang bukanlah asing buatnya, meskipun sentuhan penyudahnya tidaklah begitu meyakinkan.
Andai Karathu berani mengambil risiko, Solihin Kanasian atau Izuan boleh beraksi di posisi sayap, dengan Chanturu bertindak selaku penyerang tunggal, namun apa sekalipun sebagai Ketua Jurulatih berpengalaman, Karathu pastinya sudah merencana strategi tersendiri andai Norshahrul gagal pulih tepat pada waktunya, dan semoga taktik itu, menjulang Kelantan selaku juara Liga Super musim ini.
jikalau tiada mat yo...penggantinya ialah seorang larinya begitu kencang..beliau telah menyumbang satu gol pada final piala FA.
ReplyDeleteNurul Azwan Roya!!
ReplyDelete@Anonymous... tu la Nurul Azwan Roya, Messi Malaysia! =P
ReplyDeletehehe betul doh kata aiman, takdok matyo, takdokla penyere, harap turu ngn awe jah, main stail takdok pnyere la plok pahni hahaha
ReplyDeletekalu xdop matyo, time nih lah karathu perlu bijak menyusun strategi dan taktikal. kalu taktikal karathu menjadi, mmg kita xkn terasa langsung dgn ketiadaan matyo.
ReplyDeleteBetul betul betul.. Bkn utk mnidakkan keupayaan player lain tp itulah hakikat. Pnyerang yg ada skrg kadang2 mati idea, lmbat btindak, x kreatif & pasif.
ReplyDeleteMasa lwn Sabah di d KB pd 16 April lalu, Kelantan bgaikan Kijang hilang tanduk. Masa ni Matyo x main. Plawanan yg bgitu hambar. Tp deretan pluang & ruang utk jaringkan gol mmg ada. Bkn 1, bkn 2 mlh lebih drp itu.
Apa2pun utk game akn dtg player Kelate kena siap sdia dgn sebarang kmungkinan. Bkn sja player, malah pnyokong jg kena sedia.
Kputusan skurang2nya seri mesti dipertahankan. Tp lbh manis jika menang. Hadiah Juar Liga Super 2011 utk pminat Kelate. Kami sbg pminat & pnyokong Kelate x ingin kecewa lg. Kjuaraan liga sbg pnawar luka stlh Piala FA terlepas.
jgn lupo bos.. semi piala fa lwn selangor di kb mat yo x main. rojo nga kolid perform superb male tu.
ReplyDeletekawe raso try kolik jd striker dgn ramzul sbg back-up.. biar kolid duk dpn gol saboh jah jgn bui dio turun naik byk.. kawe cayo kolid masih ado sentuhan pemusnoh..
ReplyDeleteawe kalu x silap xleh main lwn saboh sbb kutip byk kad kuning ken?? silo betulke kalu kawe silap
nik zulkhairi :superbla sgt hahaha, kawe tau demo perli tu hahaha...depe gol rojo 6 butir x masuk, kolid 2x5 hahahah
ReplyDeleteTRW mungkin xde striker yg berbisa kecuali Matyo. tp TRW memiliki ramai barisan midfield yg berbakat.. antaranya ialah Daniel Fazly,K.Soley,Piya,Shakir dan Nurul Azwan Roya, masih ingt kah anda kombinasi mereka berlima d bahagian tgh semasa game sumbangsih 2011? hasil gabungan ini kelantan telah berjaya menguasai perlawanan dgn penguasaan yg baik d bahagian tgh. jadi,jika Matyo gagal pulih, strategy yg sama blh d gunakan oleh coach tetapi kali ini dgn mletakkan chanturu/nizad/ramzul d dpan. apa yg striker perlu lakukan adalah cuma mencari ruang dan menunggu bola yg di hantar utk membuat finishing..itu saja.. cuba lihat bagaimana real madrid mgikat barcelona 1-1 dgn hanya mletakkan Higuain d dpan.. ini bermakna, kekuatan team yg memakai single striker tidak memerlukan pergantungan kpd striker. ianya lbh bergantung kpd midfielders samada utk m'buat assist atau direct finishing.. tp ape2 pun, coach harus mainkan peranan penting utk menentukan sbarang taktikal.. coach perlu kretif, dan kretiviti coach pula harus lah seiring dgn kemampuan para pemain.. tp pd pndangan sy,jika taktikal sedemikian d gunakan,TRW mampu menang ketika menentang Sabah tanpa kelibat Matyo. All the best TRW..
ReplyDeleteh4n5 hebat, bagi saya yang x berapa pandai main bola pun terasa bayangan pemain yang diatur oleh beliau, walau bagaimanapun terserah kepada kebijaksanaan dato k. harap2 mat yo dapat main sbb penyerang ini ditakuti ramai.... GKG
ReplyDeletekhairul fahmi terbentuk kehebatannya setelah diturunkan akibat prestasi syed adney yang tak menyakinkan dan masalah pada penjaga gol lain..sebelum tu dia hanya penjaga gol ketiga dibelakang syed dan mat chah,keberanian sathia menurunkan beliau pada perlawanan dengan t team pada tahun lepas menyaksikan dimana beliau sekarang..oleh itu puak kita jange bimbe dan gobar,akan muncullah sore lagi yang akan menggegar bolasepak kelate dan malaysia
ReplyDeletemasa lawe game semi piala fa kelate vs sgor pengulas (zainal)pun dok kato kolid main bagus... apa yg perlinye en. aiman nie
ReplyDelete