Pautan Suara Sukan

Sunday, June 19, 2011

Chanturu 'Frust'


Musim 2011 boleh diiktiraf musim yang cukup bertuah buat pemain diberi jolokan ‘Kelantan Ekspress’, S.Chanturu. Bukan sahaja berjaya mendapatkan keyakinan Datuk M.Karathu seterusnya menjamin tempatnya selaku antara calon wajib kesebelasan utama The Red Warriors, tetapi turut dianggap sebagai pemain tonggak TRW musim ini susulan kejayaan mara ke final Piala FA.

Jika tahun lalu posisi sayap kanan dikuasai Norfarhan Mohd, malah di awal musim Karathu lebih gemar memainkan Solihin Kanasian di posisi berkenaan, sekelip mata Chanturu mengubah peranannya yang sebelum ini kerap bertindak selaku pemain gantian, hasil usaha keras dan komitmen tingginya sewaktu sessi latihan.

Dia pernah dilabel pemain tanpa ilmu bolasepak, mempunyai larian laju sebagai asset, namun buntu idea untuk meloloskan diri, lambat membuat keputusan atau membuat hantaran tepat kepada rakan sepasukan. 

Ironinya, gelaran itu pernah juga dilempar kepada pemain sayap kanan England dan Arsenal, Theo Wallcott (baca sini). Wallcott dikatakan sekadar tahu ‘memecut’ namun tiada ilmu bolasepak, tidak memahami permainan, tidak tahu bila untuk berada di dalam kotak penalti, dan tidak tahu bila perlu aplikasikan permainan 1-2.

Namun, itulah yang menjadikan Wallcott pemain yang lebih matang, begitu jugalah Chanturu.

Musim ini sahaja, Chanturu sudahpun beraksi di tiga posisi berbeza dan sudahpun menjaringkan 7 gol secara keseluruhan dalam saingan Liga Super dan Piala FA.

Apapun, ia belum memberi kepuasan kepada pemain berasal dari Pulau Pinang ini, yang bertekad mahu menjaringkan gol sebanyak mungkin dalam usaha membantu Kelantan muncul juara Liga Super buat pertama kali. 

Meskipun beraksi sebagai pemain sayap, Chanturu berkata keinginan atau nafsunya untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tidak pernah padam, dan ia jelas dapat dilihat menerusi rembatan atau percubaan-percubaan jarak jauh setiap kali dia berpeluang berbuat demikian.

Dan Chanturu nyata ‘frust’ tidak dapat menoktahkan kemarau jaringannya sejak kali terakhir menjaringkan gol ketika menewaskan Harimau Muda 22 Mei lalu di Shah Alam, termasuklah pada final Piala FA menentang Terengganu, di mana dia juga meletakkan sasaran mahu menjaringkan gol pada perlawanan itu.

Tamat perlawanan menentang Perak 14 Jun lalu, dia sudahpun beraksi 495 minit tanpa menjaringkan gol, namun sasaran utama Chanturu ketika ini adalah membantu Kelantan menjuarai liga dengan menewaskan Sabah dalam aksi terakhir, bukannya memburu rekod peribadi.

“memang saya mahu skor dan frust dah lama tak skor, tapi target saya Kelantan juara, tak kisah sape skor, janji menang, itu sudah cukup happy buat diri sendiri, rakan-rakan, pengurusan dan penyokong, kita satu team..”, jelasnya.

Kelantan akan muncul juara liga buat pertama kali dengan sekadar mencatat keputusan seri menentang Sabah pada aksi terakhir liga, dan jika Selangor berhasrat mengubah keadaan menjadi sebaliknya, mereka perlu menewaskan Perak dengan jaringan 12-0 - sesuatu yang pastinya tidak akan berlaku, melainkan Kelantan tewas dan Selangor menang.

7 comments:

  1. kat ruangan ni takder orang nak komen ke?pada sy s canturu layak untuk tahun depan..larian nya memang laju.

    ReplyDelete
  2. cara hantaran jauh ke depan gol seperti kalang tie (pemain terengganu) lakukan boleh mengucar kacirkan suasana, kesilapan boleh berlaku oleh pertahanan dan penjaga gol... GKG

    ReplyDelete
  3. takde org nak komen...heheh bro cesc aiman...ada nampak iras2 chanturu...:P ...ada bau2 bacang ker? hihihi...gurau2 jer bro...

    p/s: chanturu larian dia laju..cesc aiman laju update kat blog ;)

    ReplyDelete
  4. chanturu kene belajar cara utk throw pass jer. yg lain dia dah okey..

    ReplyDelete
  5. Chanturu slh 1 aset bharga Kelate. LArian laju. Kalai dulu mmg nampak mcm Canturu buntu idea, tp skrg x lg. Kelate b'tung ada Chanturu,kanan, Nurul Azwan, kiri.

    Pd kawe gandingan Chanturu - Daudsu jg mnjadi. Daudsu slalu buat ovelap dgn Chanturu. Cth: masa lwn Ganu 6 Jun ari tu (Ganu 0 - 3 Kelate). Gerakan Chanturu, overlap Daudsu, & pass ko Izuan Salahuddin utk gol ptama Kelate.

    Chanturu jg bkn sja blh main d bhgn sayap tp jg pnyerang. Cuma utk Kelate peranan Chanturu lbh nampak bkesan kalu main d bhgn sayap.

    Cuma masalahnya, Chanturu slalu dilanda kcederaan.

    ReplyDelete
  6. setuju komen tuan pya bolg..chanturu ni ada speed tp idea kureng..dia mcm aron lennon kat spurs dan walcott kat arsenal..laju tapi bila situasi bola mati atau 1 lwn 1 umpama kereta yg takde steering..takleh koner pakai straight jah..harap2 chanturu buleh improve sebab main bola ni bukan hanya fizikal tapi kecerdikan (idea) lagi penting..

    ReplyDelete
  7. aq tngok game aritue mase lwan liverpool pon sakit hati tngok still chanturu maen....control ball x lawa....selalu lepas out...lari laju tapi x kretif...bgus ler disingkirkn...mase game aritue pon msuk skejap...masuk 2 half pastu kuar sbb rajagopal x puas hati kot..kalo improve in creativity n control ball...mmg akn jadi mntp...gud luck chanturu in future....

    ReplyDelete