Pautan Suara Sukan

Wednesday, June 1, 2011

60,000 Tiket Final Mula Dijual 6 Jun, 25,000 Lagi Di Bukit Jalil Pada 10 Jun

Peminat bolasepak sekitar Lembah Klang, yang berminat mendapatkan tiket final Piala FA antara Terengganu dan Kelantan pada 11 Jun, boleh berbuat demikian, apabila FAM akan menjual sebanyak 25,000 tiket di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 10 Jun (Jumaat).

“sebanyak 30 ribu tiket dibeli KAFA, 30 ribu lagi PBSNT yang mana akan mula dijual seawal 6 Jun, manakala baki 25 ribu tiket akan mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil (Gate Kuning, tempat biasa) bermula 10 Jun, dari 9 pagi ke 7 malam. Tiket yang tidak habis dijual akan dijual pada Sabtu (11 Jun) hinggalah tiket habis..jawatankuasa tiket dan pintu akan memantau secara serius penjualan tiket palsu..” – Datuk Hamidin Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

Daripada keseluruhan 85,000 tiket yang akan dicetak/dijual, 80,000 akan dijual pada harga RM30, manakala 5,000 lagi pada harga RM50 (VIP), manakala bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, tiket boleh didapati pada harga RM5.

Hamidin juga menjelaskan final kali ini, akan dibantu  400 anggota RELA, dan 2,430 anggota Polis dalam memastikan ianya berlangsung dalam suasana final sebenar tanpa dicemari sebarang insiden buruk.

“ini menunjukkan betapa prihatinnya kita, apabila menambah jumlah anggota berbanding tahun-tahun yang lalu, kita tak nak berlakunya sebarang insiden buruk, kawalan akan ditingkatkan ke tahap maksima, semua akan diperiksa terperinci, mercun, botol atau sebarang objek berbahaya dilarang sama sekali akan dirampas. kalau kita tak boleh sekat terus sekalipun,kita akan cuba meminimakan..kerjasama pihak stadium+FAM+PDRM, yang penting penyokong perlu berdisiplin tinggi, datang untuk beri sokongan, bukan buat hal, datanglah dengan semangat kesukanan yg tinggi..”.

Tambah Hamidin, pintu akan dibuka bermula jam 4:30 petang Sabtu (11 Jun).

Dato’ S.Sivasundram selaku Pengerusi J/kuasa Tiket dan Pintu berkata pihaknya sudah bersedia dengan mekanisme terbaik untuk memantau penjualan tiket palsu, dan mana-mana pihak menimbulkan kekecohan akan segera ditangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

"kita ada cara kita untuk detect, tahun lepas pun masa final Malaysia Cup kita tahan lebih seribu orang pegang tiket palsu, kita tangkap seorang, otomatik yg lain lari..kali ni kita guna laser..macam mana cara dia, u tgk la nanti baru tahu.." - Dato' S.Sivasundram.

No comments:

Post a Comment