**Penjaga Gol Kelantan ketika itu adalah Shahrizan Ismail, bukan Halim Napi, kerana Halim masih menjalani penggantungan selama 3 bulan ketika itu. Maaf di atas kesilapan info. Bermakna tajuk yang sepatutnya adalah Khairul Fahmi atasi rekod Shahrizan Ismail, itu sahaj kesilapan, info lain adalah benar**
Untuk rekod, paling banyak seorang penjaga gol bertahan tanpa bolos sepanjang sejarah Liga Super, adalah sifu rakan sepasukan Khairul Fahmi sendiri, iaitu Halim Napi Shahrizan Ismail, sepanjang 5 perlawanan Liga Super pada musim 2009 (tak tipu, rujuk di sini).
Halim Napi Shahrizan bolos kepada Fadzli Shaari ketika Kelantan tewas 0-2 kepada Plus Fc pada 23 Mei 2009, kemudiannya mengharungi 5 perlawanan tanpa bolos di antara 26 Mei 2009 hingga 27 Jun 2009, iaitu merangkumi perlawanan menentang Plus FC (1-0), My Team (3-0), Kuala Muda (1-0), PDRM (4-0) dan Perak (4-0).
Pada ketika tumpuan ramai terarah kepada saingan tiga penjuru antara Selangor, Kelantan dan Terengganu untuk merebut gelaran juara Liga Super musim 2011, mungkin ramai yang tidak perasan ‘clean sheet’ keenam berturut-turut dipertahankan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, adalah rekod baru Liga Super.
Shahrizan (2009) |
Pada perlawanan berikutnya menentang Terengganu, Halim Shahrizan bolos kepada gol minit ketujuh jaringan Nordin Alias, yang bermakna gawangnya dibolosi selepas 488 minit. (rujuk di sini, manalah tahu ada yang nak cakap saja wat cerita nak suruh orang masuk blog ni).
Khairul Fahmi |
Manakala sehingga kini, menjelang pertemuan separuh akhir Piala FA menentang Selangor, rekod Khairul Fahmi bertahan pada angka 617 minit (kali terakhir bolos ketika menentang Perlis, 5-1), suatu kemegahan buat penjaga gol nombor satu negara ini, apatah lagi selepas prestasi yang dikritik hebat apabila disebut sebagai salah satu punca kemerosotan prestasi Kelantan sepanjang bulan April yang lalu.
Musim lalu di bawah bimbingan B.Sathianathan, Kelantan muncul pasukan paling sedikit bolos, dengan 14 gol dan Khairul Fahmi juga pastinya berterima kasih kepada percaturan taktikal berkesan Sathia, yang berganding bersama Datuk M.Karathu ketika ini di belakang tabir.
Beliau turut mengembalikan S.Subramaniam ke posisi bek tengah, sekaligus menjadikan pertahanan Kelantan kembali mantap seperti sebelum ini.
Sama ada Selangor mampu mengegar gawang kawalan Khairul Fahmi atau tidak pada 13 Mei nanti, beliau tetap pemegang rekod baru Liga Super, dengan 6 clean sheet berturut-turut, bertahan tanpa bolos selama 617 minit sehingga artikel ini ditulis.
apek terbaik. guardiola tengah kumpul duit nak beli.
ReplyDeletehehe, kan best kalau jadi kenyataan ;)
ReplyDeleteMohon keluar drpda tajuk. Saya minta Cesc Aiman bincang sedikit berhubung peristiwa sedih yang menghiris perasaan rakyat Kelantan diatas kerenah penyokong yang tidak bertamadun. Pertama penghinaan terhadap KDYMM Al SULTAN Kelantan di Perak baru2 ini dan kalmarin di Paroi bendera negeri Kelantan pulak di bakar. FAM jangan kata ini bukan tanggungjawab nya.
ReplyDeleteinsyaAllah saudara Musa, sy juga sedang berhubung dgn rakan2 mendapatkan fakta dan gambaran sebenar. insyAllah, akan saya kupas nanti.
ReplyDelete