Tiga minit sebelum gol kedua Harimau Muda, jaringan Izzaq Faris Ramlan, Kelantan seharusnya berada di depan, andai penyerang meningkat naik, Ramzul Zahini Adnan menyempurnakan peluang keemasan di depan gol hasil hantaran lintang Norsharul Idlan Talaha.
Namun, Ramzul gagal menolak masuk bola yang melewati gawang kawalan Zamir Selamat, ketika penjaga gol itu sudah tertewas dan nyata ia menjadi titik tolak kepada keputusan masa penuh permainan.
“Kita dah cuba terbaik, saya masih bangga dengan pemain saya, mereka bangkit, tapi kalau dua tiga minit sebelum gol Harimau, Ramzul skor, u see depan gol tapi dia tak boleh buat apa, itulah bolasepak, kita tak salahkan dia, tapi kalau dia skor, mungkin keputusan perlawanan berbeza. Lawan Selangor, peluang sama dia skor 2 gol, kali ni takde nasib, ia satu kerugian, kita rugi 2 mata, tapi kita puas hati sebab ini jer pemain kita ada, 16 pemain yang sama..”.
“Kita dah cuba terbaik, saya masih bangga dengan pemain saya, mereka bangkit, tapi kalau dua tiga minit sebelum gol Harimau, Ramzul skor, u see depan gol tapi dia tak boleh buat apa, itulah bolasepak, kita tak salahkan dia, tapi kalau dia skor, mungkin keputusan perlawanan berbeza. Lawan Selangor, peluang sama dia skor 2 gol, kali ni takde nasib, ia satu kerugian, kita rugi 2 mata, tapi kita puas hati sebab ini jer pemain kita ada, 16 pemain yang sama..”.
Ramzul (22), sering dihantui masalah kecederaan |
Ramzul, penyerang berusia 24 tahun adalah antara penyerang harapan Kelantan musim ini, untuk digandingkan dengan Norsharul, namun tersisih akibat kecederaan harmstring berulang jangka panjang dialaminya, dan hanya kembali ke kesebelasan utama ketika menentang Selangor di separuh akhir Piala Fa.
Mengenai jadual padat, Karathu berkata mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menghadapi setiap perlawanan dengan motivasi dan semangat yang sama, dalam usaha merangkul trofi Liga Super buat pertama kali.
“Kalau nak cakap padat, semua pasukan pun sama macam kita, u tengok top 3, kita main 10 game dlm 28 hari, Selangor main 10 game, even Terengganu pun 10 game, now kita mesti fokus untuk menang setiap game, pilihan pemain yg kita ada terlalu kecil dan kita tak boleh rehatkan pemain utama, kita takda pilihan lain, kita nak main untuk menang, saya tak boleh rehatkan key players, pastu turunkan pemain reserve, dan kalah, Terengganu give good fight, hanya beza jaringan sekarang, kita kena menang setiap game..”.
Lawan Kelantan seterusnya adalah ‘adik’ Terengganu iaitu T-Team, pasukan yang menewaskan Kelantan 4-3 di Kuala Terengganu April lalu.
tp smale meme rojo xjadi..setiap kali bleh bola,dyo akan sia2kan pluwe tu..tgk smale siye ko defend..
ReplyDeletedoh la izzaq farez supo galoh,defend kito kecik2 jah..
pape pon ok la seri dr kaloh..GKG~
smlm tgk gol pertama HM raso nyo kalu apek dok g depe raso nyo buleh sekat bola tu.. takpo la.. nok wat gano mugo gol doh... staro keeper terbaik dunia pun buleh terlepas bola.. biaso la tu adat main bola... GKG.....
ReplyDeletebiasa la tu seri skali-skalo. baselona pun x menang sokmo. GKG.
ReplyDelete