Saingan merebut trofi Liga Super musim 2011, memasuki fasa lebih menarik dengan 6 Jun akan memberi GAMBARAN LEBIH JELAS pasukan mana antara Kelantan, Terengganu dan Selangor layak bergelar juara.
Selepas Kelantan, giliran pendahulu, Terengganu pula dihadiahkan kekalahan pertama di laman sendiri musim ini, selepas 14 perlawanan apabila tunduk kepada Kedah 0-1.
Menambah lagi kerancakkan saingan, kekalahan tersebut menyaksikan Kelantan kembali menerajui carta liga, menerusi kelebihan JUMLAH GOL dijaringkan (46-45), BUKAN beza jaringan yang mana tiada jaringan memisahkan kedua-dua pasukan (26-26), hasil kemenangan dengan jaringan sama ke atas Pahang.
Kini, pertembungan sesama sendiri dua gergasi Pantai Timur ini pada 6 Jun depan, bakal menjadi penentu cabaran halatuju cabaran kedua-dua pasukan, namun apa yang pasti, debaran ini akan berlanjutan hingga ke perlawanan terakhir musim.
Ini kerana penyandang juara, Selangor turut kembali menghidupkan peluang, apabila mencatat kemenangan pertama, 2-0 ke atas Negeri Sembilan, 3 mata pertama selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut, mengurangkan defisit 5 mata sebelum ini kepada hanya 2 mata.
Apapun, Terengganu yang mengintai ruang menamatkan kemarau 10 tahun kejuaraan sejak menjulang Piala Malaysia pada 2001, di era kegemilangan Zulharisam Awang, Sapian Wahid, Zubir Ibrahim dan Rosdi Talib, masih dilihat mempunyai kelebihan besar.
Baki 2 daripada 3 perlawanan selepas ini adalah di laman sendiri termasuk menentang Kelantan, sementara perlawanan kedua terakhir pula akan menyaksikan mereka menentang pasukan adik, T-Team, yang mungkin akan cuba memberi kelebihan kepada Sang Penyu.
Bagi Kelantan pula, kemenangan ke atas Terengganu pada minggu depan bukan saja akan memberi kelebihan di persada liga tetapi turut memberi kelebihan psikologi menjelang aksi final pada 11 Jun, namun mereka tetap meniti laluan berliku, berdepan dua pasukan yang belum ditewaskan musim ini, Perak (KB) dan Sabah (tempat lawan) pada perlawanan terakhir.
Sebarang kesilapan oleh Terengganu mahupun Kelantan, akan dimanfaatkan sebaik mungkin Selangor, yang juga berpotensi muncul juara buat kali ketiga berturut-turut, apatah lagi tiga lawan mereka selepas ini adalah Perlis (tercorot), Felda Utd dan Perak – dua daripadanya di Shah Alam, meskipun Shah Alam bukanlah gelanggang kebal buat Gergasi Merah Kuning.
Kelantan, Terengganu, atau Selangor, yang pastinya kita harapkan yang terbaik akan menang tanpa sebarang unsur negative, atau kegiatan tidak baik.
Pertembungan menarik, Terengganu - Kelantan. Pencaba terdekat 2011. Awal musim ini pasukan yg dijangka memberi saingan hebat adalah Selangor, Kelantan & N.Sembilan. Kini N.Sembilan sdh terkeluar drpd pencabar utama.
ReplyDeleteTerengganu - Kelantan barulah seteru tradisi zaman berzaman. Walaupun ngr ini berjiran, ia ttp mjadi msuh dlm bola sepak tmpatan.
Selangor, N.Sembilan, Kedah & bberapa pasukan lain bukanlah seteru tradisi, tp mjadi seteru sejak beberpa thn kebelakangan ini.
Apa-apapun, pertembungan jiran tertangga ini memang ssuatu yg menarik. Menarik dr sg pemain, mahupun penyokong..
setuju pandangan ibun_jogho..dari dulu mereka digelar musuh tradisi, tapi permusuhan itu sekadar menarik/rancak antara kedua-dua pasukan, kali ini, permusuhan itu menyemarakkan keseluruhan saingan Liga Malaysia. samada Liga Super, ataupun Piala Fa..dan tidak mustahil dgn kedudukan sekarang, dalam saingan Piala Malaysia klntan mahupun trganu akan dipisahkan sehingga aksi final, bermakna kemungkinan utk repeat final klntn tganu dlm piala malaysia itu ada...
ReplyDelete1 debaran y ckup hebat u kelate n ganu pd 6hb ni...masing2 ada kelebihan..sedikt saje ksilapan akn mmbwa padah...taun ni liga super lbh mcabar dr taun2 y lepas..saling kejar mgejar....tp kejar punye kejar akhirnye semua d menangi oleh kelate..ehhe...insyalllah...
ReplyDeletejgn dua-dua terlepas sudah, selangor plak yg gelak guling2 hehehehe
ReplyDeleteSokongan sepanjang zaman bt terengganu.... hehe...
ReplyDeleteLatest entry: Jangan Gadaikan Maruah Harimau Malaya Di Bumi Sendiri !
starang...
ReplyDelete