Rekod 17 perlawanan tanpa kalah Kelantan di laman sendiri lebur, apabila dikejutkan kekalahan pertama di Kota Bharu musim ini, tewas kepada T-Team 1-2, di sebalik beroleh gol penyamaan lewat menerusi Nurul Azwan Roya.
Dan pemusnah harapan Kelantan untuk sekurang-kurangnya mengutip 1 mata, tidak lain tidak bukan bekas kapten Kelantan sendiri, Indra Putra Mahyudin.
Kekalahan ini juga kekalahan kedua kepada pasukan sama musim ini sekaligus melepaskan kedudukan pendahulu kepada Terengganu yang menewaskan Pahang 5-0, di Kuala Terengganu, menerusi hatrik Abdul Hadi Yahya, serta satu gol Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin.
Kekalahan Kelantan di hadapan 30 ribu penyokong setia mereka, kini memberi kelebihan 3 mata buat Terengganu di tangga teratas, dengan hanya baki 4 perlawanan untuk diharungi selepas ini.
Terengganu juga kini memiliki kelebihan jaringan 2 gol berbanding Kelantan (27-25), dan ini mungkin menjadi penentu andai kedudukan mata terikat di penghujung musim.
Selangor pula, tewas buat kali ketiga berturut-turut, kali ini kepada Harimau Muda, 1-2 hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan dan Syarul Azwari, meskipun cuba mengejar menerusi gol sepakan percuma cantik Safiq Rahim.
Kedudukan tiga teratas :
Terengganu | 22 | 14 | 5 | 3 | 45 | 18 | +27 | 47 |
Kelantan | 22 | 13 | 5 | 4 | 45 | 20 | +25 | 44 |
Selangor | 22 | 13 | 3 | 6 | 31 | 22 | +9 | 42 |
Kecewanya aku.. Kalah last minute.. Kelate tak dok pilihan lain doh.. Pahni keno menang SEMUA game ngan defisit gol yang besar..
ReplyDeleteLawan Pahang keno menang besar kurang2 4-0
Lawan Ganu pun keno menang kalu dok, lupakan liga super.. Tumpukan final paiala FA jah..
Lawan Sabah ngan Perak WAJIB MENANG
Ganu tengok naik hantu loni.. Kelantan mesti sekat momentum Ganu.. Start daripada 6 Jun dan 11 Jun
5 daripada 6 terakhir Ganu bermain di tempat sendiri.. Aku musykil.. Sapa la susun jadual ni.. Ini secara tak langsung akan memberi kelebihan pada Ganu di saat2 akhir saingan liga ketika jadual sangat padat.. Tidak adil untuk team2 lain..
Apa kata tuan punya blog..
tak adil apa. FAM dh susun elok2 ikut je la.
ReplyDeletebtul2...ikut jelah
ReplyDeletespe konsisten, die lah yg akn mng...
awal musdim liga dulu,trg byk main kt luar.sbb fam xbg main kt trg.padang sedang dibaiki.lampu stadium xcerah.tu y musim akhir liga.trg byk main kt tempat sendiri.adil tu.sama fair tmpat home n away.
ReplyDeletekelantan boleh muncul juara, hanya 1 syarat, iaitu menang semua game, confirm juara, tak perlu pikir tganu, sebab dlm baki 4 perlawanan tu mmg dah termasuk game lawan tganu, cuma skrg sbb defisit gol memihak tganu, kelantan kena menang besar semua game, boleh ke?? kalau kelantan mng 4, maknanya otomatik ganu hnya boleh mng maksima 3, mata akan terikat..tp kalau klantan gagal meraih mata penuh, harapan terakhir adalah harapkan ganu plak cicirkan mata..mungkin kah berlaku? cam tak mungkin jer...
ReplyDeletetp mmg saingan tahun ni menarik, saling kejar mengejar, even jangan terkjut jika selangor boleh potong defisit 5 mata skrg ni..mereka pun ada clear chances jika boleh bangkit..
psl jadual sebenarnya no komplen, sbb semua pasukan main 13 game home, 13 game away, bezanya ada yg main selang seli, ada main berturut2 macam selangor n ganu skrg ni..and main tmpat sndiri belum tentu ada kelebihan, tgk la klate kalah mlm ni di KB depan 30ribu pnyokong..
apapun, kita harap best team win, hopefully ianya kelantan GKG ;)