Buat pertama kalinya dalam sejarah 21 tahun Piala FA, pertembungan final bakal menemukan dua pasukan berjiran dari Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu – dua pasukan yang dari dahulunya dikenali sebagai musuh tradisi.
Melihat rekod pertemuan 10 perlawanan yang lalu, tidak banyak membezakan kedua-dua pasukan ini, Kelantan menang 4, Terengganu menang 3, manakala 3 lagi pertemuan berkesudahan seri, termasuklah pertemuan terakhir kedua-dua pasukan Februari lalu dalam saingan Liga Super, seri 1-1.
Final tahun ini juga, yang kelima menemukan dua pasukan berjiran selepas Selangor dan Perak (1990, 1991, 2005), serta Kedah dan Perlis (2007).
Cuma kelebihan bagi Terengganu, mereka pernah merasai nikmat bergelar juara Piala FA, pada tahun 2000, menewaskan Pulau Pinang menerusi tendangan penalty 5-4, untuk bergelar juara buat pertama kali, mengubati kecewa kecundang pada tahun sebelumnya, kepada Kuala Lumpur, juga menerusi tendangan penalty.
Ketika itu skuad Sang Penyu dibarisi pemain ternama seperti Zubir Ibrahim, Zulharisam Awang, Sapian Wahid, Hairudin Omar, Zulfakri Ashaari, Subri Sulong dan Abd Ghani Malik.
Kali terakhir mereka beraksi di final Piala FA, ialah pada 2004, tewas 0-3 kepada Perak, hasil jaringan Luciano Goux dan dua gol Khalid Jamlus, kesemuanya pada masa tambahan, dan itu jugalah penampilan terakhir Terengganu pada aksi final mana-mana kejohanan.
Manakala bagi Kelantan, sejak 4 tahun kebelakangan ini, berjaya meletakkan diri selaku antara kuasa besar bolasepak tanah air, dan penampilan di final tahun ini adalah yang keempat secara keseluruhan dalam tempoh 3 tahun. **2009 (Piala Fa, Piala Malaysia), 2010 (Piala Malaysia)**
Tewas menerusi sepakan penalty kepada Selangor ketika pertama kali beraksi di final pada 2009, pastinya mahu ditebus anak buah Datuk M.Karathu, apatah lagi kali ini mereka kelihatan lebih mantap dan matang dalam menangani situasi getir.
Kelantan dan Terengganu kali terakhir bertemu dalam saingan kalah mati adalah pada pusingan kedua Piala FA 2002, di mana Terengganu menang 4-2 secara aggregate. Mereka menang 3-0 pada first leg, jaringan Wan Rohaimi Ismail (kini bersama Kelantan), Marzuki Yusoff dan Nafuzi Zain, manakala di Kota Bharu, Kelantan menang 2-1 jaringan Worawoot Srimaka dan Mohd Nor Derus.
Menjelang aksi 11 Jun, kedua-dua pasukan juga akan bertemu dalam saingan Liga Super pada 6 Jun, sekaligus menghangatkan lagi perang psikologi menjelang aksi final, namun apa yang pasti pasukan yang kalah pada 6 Jun, boleh melupakan terus hasrat mencabar kejuaraan Liga Super.
giler arr admin, mengingatkan balik memori lalu, worawoooooot srimaka, dio skor freekick dop? memori lama bertandang kembali, masa tu kawe tgk bola duk atas bumbung flat polis, hahaha adoilaa..
ReplyDelete