Ingatkah lagi anda gol jaringan legenda Selangor, Azman Adnan, yang membantu Selangor mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan pada 9 March 2002, serta kemenangan 4-1 hasil jaringan sendiri Saifulnizam Hussin, Mass Sarr Jr, dan 2 gol Amri Yahyah pada 10/08/2002? -- kedua-duanya di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 Kota Bharu.
Dalam tak sedar, rupanya 2 kemenangan berganda itulah kali terakhir Selangor, ketika itu di bawah bimbingan Abdul Rahman Ibrahim / Ken Worden menewaskan Kelantan di gelanggang keramat mereka, iaitu lebih kurang 9 tahun yang lalu. Manakala di bawah ini disertakan rekod pertemuan di Kota Bharu, dalam tempoh 9 tahun tersebut (7 pertemuan rasmi, tidak termasuk perlawanan persahabatan jika ada).
22/03/2003 | Kelantan 3:3 Selangor (Liga Perdana Satu) |
2004 | Tidak Bertemu |
29/06/2005 | Kelantan 1:1 Selangor (Piala FA) |
2006 & 2007 | Tidak Bertemu |
30/06/2008 | Kelantan 5:2 Selangor (Piala Malaysia) |
11/04/2009 | Kelantan 1:1 Selangor (Liga Super) |
12/03/2010 | Kelantan 0:0 Selangor (Liga Super) |
15/10/2010 | Kelantan 3:0 Selangor (Piala Malaysia) |
26/04/2011 | Kelantan 1:0 Selangor (Liga Super) |
Rekod yang dinyatakan di atas adalah di Kota Bharu, dan ironinya jika mengambil kira kekalahan 1-5 Jumaat lalu, Selangor kini sudahpun 9 kali gagal menewaskan Kelantan dalam 90 minit permainan, sejak kali terakhir melakukannya pada 28/02/09, ketika itu menang 3-0 di Stadium Shah Alam.
Lihatlah betapa nombor 9 menjadi angka keramat dan badi buat Gergasi Merah Kuning.
Itu baru sebut pasal Selangor, manakala berbicara tentang Kelantan, tahukah anda, sejak kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia tahun lalu, Kelantan sudahpun mengharungi 15 perlawanan tanpa tewas di Kota Bharu, manakala secara keseluruhan, mereka hanya tewas sekali dalam 28 perlawanan di SSM-4, sejak 19/01/10 (sebelum itu tewas kepada Kedah).
Empat pertemuan terakhir (Shah Alam & KB) menentang anak buah K.Devan, semuanya dimenangi Kelantan, rujuk juga artikel terdahulu (di sini), tetapi yang lebih menarik, kemenangan terbesar Selangor di Kota Bharu adalah pada 19/06/1999, ketika itu Selangor menang 4-0 di Kota Bharu. (lagi angka 9, suratan atau kebetulan???).
Kali terakhir Kelantan melepaskan 5 gol di Kota Bharu, adalah kepada Pahang, pada 03/09/2003, ketika itu tewas 1-5 hasil jaringan Azizul Kamaludin, Hairudin Omar, dan Helton Soares.
Sama ada Selangor mampu mengatasi segala 'Fear Factor' ini, menjaringkan 5 gol dan seterusnya menterbalikkan keputusan pusingan pertama separuh akhir masih dilihat sebagai misi mustahil, namun harus diingat, selagi ada 90 minit permainan, segalanya mungkin dalam bolasepak.
**Kelantan pernah tewas 6-0 kepada Kuala Lumpur, dalam saingan liga pada 2004, tetapi tidak dapat dipastikan aksi itu di Kota Bharu atau Cheras, (ada percanggahan maklumat), kalau ada rakan pembaca yang tahu sila kongsi ya**
**Kelantan pernah tewas 6-0 kepada Kuala Lumpur, dalam saingan liga pada 2004, tetapi tidak dapat dipastikan aksi itu di Kota Bharu atau Cheras, (ada percanggahan maklumat), kalau ada rakan pembaca yang tahu sila kongsi ya**
liga premier kumpulan B 2004
ReplyDeleteKelantan 2-4 KL
KL 3-2 Kelantan
kalu x silap aku la..
tahniah kepada semua. kan dah cakap bola tu bulat. lepas tu, masa permainan dah ditetapkan. syaratnya gitu. tapi, dalam bab ini, ambo raso, petua besar ialah kalau org kelate kata, bilo nok tu, kot mano, lagu mano, kena bia boleh. maknanya, cerita moralnya, macam mana pun, bila ada determinasi, campur dgn kerjakeras dan fokus, mesti jadi. ambo bukanlah kaki bola, tapi memang seronok melihat semangat yg ditunjukkan oleh pasukan kelate tu.tambah pula keeper pula, terserlah kebisaannya. tapi, pakat kena ingat, bola tu bulat. munkin boleh menang lagi ,tapi tidak semestinya org lain, maknanyo pasukan selangor nak kalah lagi. di sini lah peranan teknik dan tektik nyo. jadi kena seimbangkan la perkara ni. yang anih nyo pulo , sema org nak menang! kalah tak mau.....
ReplyDeleteTahun 2010 dua kali liga super?
ReplyDeletesorry bro, tu 2011 sebenarnya, yg baru-baru ni tu..salah taip daaa, terima kasih bagitaw...
ReplyDelete