Sebagai menghormati kunjungan ke Tanah Suci Mekah menerusi Program Lambaian Kaabah Yayasan Kebajikan Atlet, Suara Sukan akan 'stop' seketika mengupas e-mel/sms anda, atau memaparkan sebarang berita berkaitan sukan tempatan sehingga kembali ke tanah air pada 10hb Mei.
Sebaliknya dalam tempoh tersebut akan memaparkan perkongsian pengalaman dan perasaan bekas-bekas atlet, tentang perjalanan mereka di sini, tentang lawatan ke Masjid Nabawi, Makam Nabi, Masjidil Haram, dan pelbagai tempat lain, serta yang paling penting mengerjakan Umrah.
Antaranya pandangan Datuk Ghani Minhat, Ammar See, Hamzah Hussin, Bibi Aisyah, Rosman Alwi, Rashid Yahya, Mohd Nor Yaakob, serta Pengerusi Eksekutif YAKEB sendiri, Dato' Mumtaz Jaafar - semuanya dari sudut agama.
Esok akan bermula perjalanan ke Mekah dari Kota Madinah, yang pastinya menjanjikan satu lagi perjalanan mencabar mendapatkan keredhaan Allah, semoga semuanya selamat, InsyaAllah.
Teruskan menyokong Suara Sukan, pastinya Suara Sukan Anda. Masa untuk beribadat, insyaAllah penulis akan mendoakan kesejahteraan semua.
aslm. tahniah kerana direstui Nyo utk bersama berada di sana. alhamdulillah. apa yg dicelotehkan oleh raja lagenda tu, (sebenarnya beliau adalah seangkatan dgn dali omar..)adalah benar belako. dio tu dah anggap kan anda semua seperti anak cucu beliau sendiri. bertuah anda dpt turut bersama samanya. org lamo, pasti dah makan garam lebih banyak dari org baru. itu pasti dan dalam apa saja bidang dan ruang.
ReplyDeletecuma, apakah aiman dah tunaikan amanah yg dijanjikan sebelum berangkat tempuhari? mendoakan agar segalanya berjalan lancar. apatah lagi, kedudukan saya ni umpama habis manis sepah dibuang.dik tidak bersama apatah lagi bersetuju utk menyodol......apa yg patut di sondol, maka saya disisih dan diketepikan. saya sedar saya sdg berada dlm bacaan di alam maya. pasrah. penyisihan dilakukan, atas alasan, semata2 org besau besau hanya mendengar dari berita tidak resmi yg bersedia diperkudakan demi utk ditonggangi oleh org besau besau demi kepentingan sendiri.
cakap2 raja bola itu ada benarnya. bila berkuasa, sesorg akan menggunakan apa saja cara bagi mendptkan cara yg sesuai supaya dpt mengekalkan kejuaraan sondolan....tampa mengambil iktibar bahawa apa yg disondol atau bersekongkol menyondol itu adalah bukan saja salah dari segi agama bahkan juga dari segi moral. tapi dihalalkan demi utk mempastikan status nya, terus menjadi pujaan, hatta dia sedang berdepan dgn makluk yg penuh dgn pura pura dbuat,yang sesungguhnya semata mata ibarat sokong membawa rebah, insyaallah.
dan buat diri ku, pada Nya tempat ku berserah, bermunajjad dan segalanya pasrah di atas keredhaan dan keizinan Nya.