(Pendapat peribadi tidak semestinya mengambarkan pendapat umum, dari kaca mata seorang wartawan)
Tewas dua daripada 9 perlawanan, menduduki tangga ketiga liga, mara ke separuh akhir Piala FA belum boleh disifatkan sebagai kemerosotan prestasi, apatah lagi musim Liga Malaysia, masih lagi panjang, cuma apa yang dikhuatiri adakah ia akan berterusan bagi pasukan yang juga dikenali The Red Warriors ini.
Sepanjang musim lalu, Kelantan hanya tewas sekali dalam 26 perlawanan, bermakna hingga ketika ini rekod itu sudahpun 100% diatasi. Pertahanan Kelantan pula dilihat cukup ampuh untuk ditembusi, hanya bolos 14 gol dalam 26 perlawanan liga, namun ketika ini hanya selepas 9 perlawanan, mereka sudahpun bolos 10 gol, justeru adakah mungkin mereka hanya akan melepaskan 4 gol sahaja dalam baki 17 perlawanan terakhir.
Tanya pada diri, jika anda tergelak, maknanya tidak mungkin.
Andai mengambil kira prestasi terkini Kelantan yang tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir liga, Felda United seharusnya tidak bermasalah membawa pulang 3 mata dari Kota Bharu, apabila kedua-dua pasukan bertemu buat kali ketiga dalam tempoh kurang sebulan, esok.
Mengambil kira pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, kemenangan mutlak milik Sang Kijang yang mencatat kemenangan 3-0 dalam saingan suku akhir Piala FA, namun rekod lalu tidak boleh dijadikan ukuran apatah lagi prestasi setiap pasukan sentiasa berubah mengikut putaran masa, sepertimana dialami Kelantan ketika ini.
Sebenarnya, keadaan ini telahpun awal-awal lagi diduga, pada ketika Dato’ M.Karathu dibawa masuk sebagai jurulatih. Dan kenapa beliau dibawa masuk? Kerana Kelantan memerlukan jurulatih mempunyai lesen A untuk menghadapi saingan musim baru, selepas B.Sathianathan digantung Persatuan Bolasepak Malaysia.
Bukan mahu menidakkan kredibiliti Karathu, ramai yang berpendapat kemasukkan beliau mengambil alih posisi Sathia, sebagai keputusan tepat apatah lagi Kelantan seolah tidak terjejas dengan keputusan FAM menggantung Sathia, apabila mempamer aksi mantap di awal musim.
Namun, mungkin ramai yang lupa, beberapa perlawanan awal, termasuk kejayaan menundukkan Selangor di Piala Sumbangsih sebenarnya masih terikut-ikut disiplin dan gaya permainan diterapkan Sathianathan.
Menurut seorang pemain, ketika itu Karathu sendiri belum mengenali pemain TRW dengan lebih dekat, justeru beliau tidaklah membuat rombakan besar pada taktikal, strategi dan gaya permainan, bermakna pemain masih boleh menyesuaikan diri.
“Apabila sudah makin lama di bawah Karathu, beliau ada cara tersendiri, taktikal lain, strategi lain, kalau dulu disiplin tinggi di bahagian defend, sekarang ada ruang pemain ditolak naik atas bantu serangan. Lawan counter attack kita susah, banyak ruang, tapi bukan selalu macam tu, sesuaikan taktikal tengok lawan siapa..”, jelasnya.
Harus diakui pendekatan diterapkan dua jurulatih ini, cukup berbeza. Sathianathan cukup mementingkan disiplin, dan disiplin yang baik itulah menjadikan Kelantan mantap dari segenap aspek. Tetapi itu bukanlah bermakna Karathu tidak bagus, beliau mempunyai cara tersendiri, cuma kini pemain perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan taktikal baru.
Penggantungan Sathianathan mungkin pada awalnya tidak begitu dirasai, namun ia makin memberi kesan dan impaknya semakin hebat tatkala saingan menuju pertengahan musim, dan pada ketika Kelantan berdepan jadual padat, 18 perlawanan dalam tempoh 2 bulan, April dan Mei.
Ada juga, melalui e-mel, sepertimana telahpun disiarkan Suara Sukan minggu lalu, baca di sini, mengkritik aksi ketua pasukan, Badri Razi, manakala yang terbaru, mengatakan penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi Che Mat mula hilang tumpuan dan tidak konsisten.
Apapun sebabnya, ini bukan masa mencari alasan, dan menuding jari pada mana-mana pemain. Bolasepak adalah permainan sepasukan. Penyelesaian segera harus dicari andai tidak mahu Kelantan berputih mata lagi tahun ini. Kemenangan ke atas Felda bakal menyaksikan Kelantan kembali ke landasan tepat memburu kejuaraan, namun andai tewas ia bakal menjejaskan keyakinan penyokong terhadap pasukan kesayangan mereka ini.
Kepada penyokong Kelantan, tewas atau menang inilah masanya untuk anda membuktikan bahawa anda bukanlah penyokong yang setia bersama pasukan ketika pasukan hanya mencatatkan kemenangan, sebaliknya turut bersama ketika mereka tewas, memberi sokongan, dorongan dan motivasi.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sendiri kecewa dengan segelintir (bukan semua) penonton yang dilihat ‘senyap’, ‘tidak bersorak’ memberikan semangat ketika pasukan ketinggalan, justeru ini mesej kepada anda semua, bahawasanya andalah tulang belakang kejayaan pasukan.
WAKAKAKAKA......DEMO G CR PUBLISITI MURAHAN TMPT LN LA WOIII....
ReplyDeletekalau kamu cakap rekod lepas tkleh dijadikan ukuran, knp pulak ambek kire kekalahan kelantan pd t team dijadikan ukuran utk prestasi masa depan..??? pdhal bknnye DH KALAH 2 KALi, BR KALAH 2 KALI... biase aa..baru dpt mel 'salahkan pemain' jgn aa pulak label penyokong klntan sume cmtu...
ReplyDeleteUlasan y kemas boh..kawe stuju..
ReplyDeletekawe pom stuju ngn pengarang..kemahh..kte kna +ve thnking..
ReplyDeletesetuju dng pandangan penulis..bola sepak permainan berpasukan,so kalah menang sume bertanggungjawap..teruskan menulis bro..gud job
ReplyDelete"ketika Dato’ M.Karathu dibawa masuk sebagai jurulatih. Dan kenapa beliau dibawa masuk?"
ReplyDeletePada saya, Karathu hanya dibawa masuk untuk melayakkan Kelantan beraksi kerana beliau ada lesen A. Tu aja, Karathu tidak mempunyai taktikal yang baik dan x memahami kebolehan pemain. Walaupun Karathu pernah membawa Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia suatu masa dulu, Kebolehan beliau amat2 di ragui oleh penyokong SETIA TRW.
Syabas kepada pengarang kerana berani mengkritik dan mengingatkan yang benar, Perlu di ingat, Liga kita penuh dengan bloger dan penulis comment FB yang mendakwa mereka penyokong setia, Tapi hakikatnya mereka hanya menyokong keputusan. Buktinya ramai yang masih bartanya soalan bodoh. Berapa harga tiket? Lawan team mana lak lepas ni?
Pada saya peluang kelantan untuk menjuarai Liga, Piala Malaysia, Piala FA masih samar2 selagi Sathianathan belum kembali.