Pautan Suara Sukan

Monday, April 25, 2011

Jurulatih Import Kuatkan Perlis, Shahidan Nafi PFA Bergolak


Sekian lama membisu, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, tampil bersuara dengan pendedahan bahawa pasukan yang kini di tangga tercorot Liga Super itu, sudahpun mendapatkan khidmat jurulatih  import untuk membantu pasukan itu terus memberi cabaran dalam saingan Liga Super musim ini.

“Dia sudah bersama pasukan, belum bincang pasal kontrak, belum sign agreement, tapi dia bersemangat untuk melatih pasukan. Saya pun belum jumpa dia, nama pun ingat-ingat lupa, yang saya tahu dia dari eropah..’’, jelas Shahidan.

Apapun, Shahidan berkata ini bukan bermakna Persatuan Bolasepak Perlis menamatkan khidmat jurulatih sedia ada, Salim Tofel Mohd, sebaliknya buat masa sekarang, jurulatih import ini akan membantu Salim, dalam merencana strategi berkesan.

Beliau juga berkata Perlis akan membawa masuk 5 pemain berpengalaman ke dalam pasukan apabila pintu perpindahan dibuka, dengan dua daripadanya beraksi ketika bertemu Kelantan Sabtu lalu, iaitu Tengku Adam Rosli, dan Sanjos Sundawat.

Mengenai kemerosotan Perlis, Shahidan menafikan terdapat masalah dalaman di dalam PFA, dan menegaskan Perlis yang menggunakan sepenuhnya kudrat pemain muda, dan mentah pengalaman, sememangnya diakui tidak berpotensi memberi cabaran hebat, kepada pasukan lain yang diperkuat sekurang-kurangnya 3-4 pemain tonggak.

“Kita ni 100% mentah, mana ada pasukan, u pergi check, yg guna begitu ramai pemain Piala Presiden, kita tumpu pembangunan, arini diorang mentah, esok mereka tonggak, tapi kamu (peminat) tak sabar, jadi apabila tak sabar, ini rugikan usaha melatih pemain muda, pasukan2 yg besar ni, dia main ambik jer player2 bagus dari team2 lain, pastu memangla dia jadi kuat, saya pun nak macam tu, selalu menang..’’, tegasnya.

2 comments:

  1. buat ler academy.. cube contohi TRw.. bukan nak puji sesiapa.... TRW skrg mempunyai Academy sendiri...

    ReplyDelete