Tuesday, May 24, 2011

Terengganu, Selangor Harap Bantuan T-Team, Indra Sedia Gegar Lagi


Jika sebelum ini mereka menjadi tumpuan ramai dek kerana kehadiran tiga bekas “Pahlawan Merah” dalam pasukan mereka, buat pertama kalinya musim ini pasukan berstatus kelab, T-Team akan menjadi tumpuan utama, dan mendapat sokongan penuh dua pencabar kejuaraan, Terengganu dan Selangor apabila bertandang ke Kota Bharu, menentang pendahulu liga, Kelantan pada Rabu.

Terengganu, berkongsi kedudukan pendahulu dengan 44 mata bersama Kelantan, pastinya mengharapkan adik mereka dapat mengulangi persembahan cemerlang menundukkan Sabah dan Selangor dalam dua perlawanan terdahulu, selain aksi sama ketika mencatat kemenangan 4-3 ke atas Sang Kijang di laman sendiri bulan lalu.

Apapun, misi T-Team bukanlah semudah dijangka, apatah lagi Kelantan belum pernah tewas di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad Ke-4 musim ini, dan hanya dua pasukan, Terengganu & Sabah berjaya mengelak daripada tewas di sana.

T-Team pastinya menyandarkan harapan di bahu 3 tonggak Kelantan sebelum ini, Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohd, dan Azizi Mat Rose, yang dijangka mengetahui kekuatan dan kelemahan skuad tuan rumah, namun Datuk M.Karathu pastinya sudah merencana strategi dan taktikal ampuh bagi memastikan 3 mata penuh milik The Red Warriors.

“Kita sudah mula menemui sentuhan, kita mahu kekalkan rentak ini, kalau boleh menang 2 kali dengan Selangor, kenapa tidak dengan Kelantan? Tapi kita taknak riak, Kelantan juga nak menang, apa yang penting kita nak cuba lonjak 5 terbaik, peluang kini terbuka luas selepas permulaan slow, Indra penjaring terbanyak kita ketika ini, dua kali dia skor dgn Kelantan (Piala Fa, 1-1  Liga Super, 4-3), dia pemain yang cukup komited, saya yakin dia bersedia untuk mengegar lagi buat kali ketiga menentang Kelantan, walaupun berdepan pasukan lamanya di depan penyokong mereka, sebab dia pemain yang bagus, wajar dicontohi..” , komen salah seorang pegawai pasukan T-Team.

Manakala bagi Selangor pula, dengan hanya 2 mata membezakan mereka dengan dua pasukan Pantai Timur itu, berpeluang merampas kembali takhta liga malam esok, jika Terengganu juga tewas di tempat sendiri kepada pasukan bergelut di zon penyingkiran, Pahang – suatu yang tampak  mustahil mengambil kira prestasi Sang Penyu ketika ini.

Namun, kedudukan akan menjadi lebih menarik sekiranya Kelantan dan Terengganu seri, manakala Selangor menang, kerana ketiga-tiga pasukan akan terikat pada 45 mata.

4 comments:

trw fanatiko said...

complicated.. harap2 kelate menang.. insyallah..

ibun_jogho said...

Selamat kembali kpd tiga sekawan. Opss.. Bkn "selamat kembali",tp "Selamat datang". 3 sekawan sudah masak dgn team Kelantan. Tp itu masa B.Sathia. Skrg giliran M.Karathu.

Tewas 4-3 sblm ini tlh diambil pengajaran. M.Karathu sdh pasti x mahu tws 2 kali pd pasukan yg sama.

Apex x mahu tws 2 kali pd team yg sama. Daudsu & defend xkan biarkan mrk diasak sewenang2 spt dulu.

Pnyokong? Penyokong xkan dpt mnerima jika team tws buat kali ke 2 pd team yg sama.

Apa2pun, selamat datang kdp 3 sekawan. Nantikan "sambutan" drp peminat.

Evagurl said...

kwe rasa.. yakin dlm hati ni, kelate akn mene mlm esk.. sb kita meme ad kelebihan.. kwe pn setuju komen diatas. karathu dgn sathia adalah org yg berbeza, so corak permainan pn mgkin berbeza. sep2 3 abdul mgkin xleh bc permainan karathu.. kalu ad rezeki, jupo di stadium belako esk!!!

tuan tanah, mtk izin nk share kt FB.

Alexis Aiman said...

may the best team win esok, and hopefully the best tu adalah klate, GKG!!

podshop : silakan, sek kitow belakow, Suara Sukan Anda!!