Thursday, May 26, 2011

Peluang Sudah Tertutup Buat Norfarhan?


Norfarhan (Putih)
Bekas penyerang Kelantan, Mohd Norfarhan Mohd, mungkin berjaya menempatkan dirinya antara tonggak utama T-Team musim ini, di sebalik kegagalan meraih popularity sama ketika menyarung jersi Kelantan pada 2009 dan 2010.

Malah, dia juga membuktikan  sentuhannya masih berbisa di T-Team, apabila membantu pasukannya mencatat kemenangan berganda ke atas pasukan lamanya musim ini ekoran kemenangan 2-1 pada Rabu, meskipun tumpuan lebih terarah kepada Indra Putra Mahyudin, bekas kapten Kelantan yang menjaringkan 3 gol dalam 3 pertemuan menentang Kelantan musim 2011 ini.

Jika Norfarhan menganggap ianya sudah memadai untuk kembali memikat peminat dan pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk menerimanya semula dalam pasukan Kelantan musim depan, dia silap.

TSAM - Enggan Komen
Berpandu kepada reaksi Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, peluang bekas pemain kebangsaan itu untuk diberi peluang kedua menyarung jersi Kelantan mungkin tidak akan kesampaian, sama ada tipis, atau tertutup terus.

Annuar, bapa pembangunan bolasepak Kelantan, memilih untuk tidak berbicara panjang mengenai status Norfarhan, yang memberi bayangan ingin kembali bersama pasukan yang ditinggalkannya secara tidak sah pada awal musim ini, apabila tidak langsung menjawab persoalan mengenai rintihan pemain itu yang berkata sedia kembali andai diberi tawaran, dan cubaan SS mendapatkan pandangan Annuar sekali lagi (kali kedua), hanya dibalas dengan jawapan, “NO KOMEN”.

Pastinya NO KOMEN adalah jawapan paling mudah diberikan oleh sesiapapun, namun SS yakin, apabila Annuar mengeluarkan jawapan sedemikian, maka beliau telah membuat keputusan muktamad, untuk hanya memberi ruang kepada pemain yang benar-benar menghargai KAFA, dan tidak lagi memikirkan mengenai pemain lain selain daripada 22 pemain sedia ada di kem TRW, apatah lagi mereka ketika ini menunjukkan prestasi hebat – mara ke final Piala Fa, dan kekal sebagai pencabar kejuaraan Liga Super.

Memang Norfarhan tidak pernah kata ingin kembali ke Kelantan - namun, menerusi satu temubual bersama SS sebelum ini, Norfarhan mengakui merindui Kelantan, dan sedia mempertimbangkan peluang untuk kembali jika mendapat tawaran KAFA (baca sini), dan ianya mendapat pelbagai maklumbalas dari peminat bolasepak Kelantan khususnya – ada yang menyokong dengan syarat Norfarhan memohon maaf, dan tidak kurang yang berkata Norfarhan lebih elok kekal bersama T-Team.

Sepanjang 2 musim bersama Kelantan, Norfarhan berjaya membantu skuad TRW muncul naib juara Piala FA dan Piala Malaysia 2009, selain Juara Piala Malaysia 2010, dan naib juara Liga Super 2010, dan yang paling diingati, pastinya jaringan hatriknya di separuh akhir Piala Malaysia 2009, ketika itu menewaskan Perlis di Stadium Utama, Kangar, Kelantan menang 3-1 dan mara ke final.

Tidak dinafikan dia masih menjadi pemain idola ramai, dan masih diminati di Kelantan, walaupun dia bersama dua rakan lain Indra Putra Mahyudin dan Azizi Mat Rose, memilih untuk meninggalkan pasukan secara tidak sah pada awal musim ini, atau dalam kata lain melanggar kontrak bersama TRW dan menyertai pasukan lain tanpa memaklumkan kepada KAFA terlebih dahulu, yang kemudiannya menjadi isu besar, dibawa ke Jawatankuasa Status Pemain sebelum dilepaskan tanpa didapati bersalah.

Kini, segalanya di tangan TSAM, dan SS yakin rasa kecewa terhadap tindakan lampau 3 pemain ini, antara faktor beliau lebih berhati-hati dalam memilih dan mengambil pemain untuk menyarung jersi keramat TRW.

10 comments:

fn said...

ko tak leh buat andaian sendiri man, no komen membawa seribu satu makna .. jom ngeteh depan fam sambil bincang hal ni

RedsFC said...

jawapan kepada krew RedsFC-News, TRC Gegar dan Red Vision kelmarin, TSAM mengatakan "No Way" kepada Norfarhan Mohamad..

Anonymous said...

trserah kpd TSAM,dio hok lebih berhak,n lebih mgtahui sgala2nya pasa TRW,jtuh bgun TRW slama nie pum dio n the gang dop susah pyh ,mcm2 dio buat bg mraih kmbali skongan pminat,molek dmtanya,moleklah bg kmi,buruk dmatanya,maka buruklah bg kami..tp bg sya,pnerimaan kmbali farhan dr sdut positifnya juga lgkah y bjak,mlihat ko posisi hok dio tggal msih lg xmampu player laen 'gantikan' dgan sempurnnanya..tp ada 1 ungkapan ore klate " dey aku ludoh,aku xjilat kelek doh"..farhan kna baca

Fan's The Red Warriors said...

TSAM sj0 jah...wat berat skit..nk tgk reaksi farhan samada car0 @ wat x car0..
ap02 p0n sy stuju farhan msuk TRW...sbb smale main m0lep gtum0w..x tringin k0 ad0 pmain bgus gtu eh?
TSAM kn0 maafkan ksilapannya...

saya sbagai pminat xd0k hak nk tentukan farhan msuk @ x...
harap pminat sokonglah farhan utk msuk dale klate...

anak watan said...

Biarlah...yg dah pergi tak payah nak buat u-turn... kita fokus apa yg ada..dlm masa sama..kita cari yg lebih berkualiti dan ada jati diri dlm perjuangan bolasepak.. 2012 kita mempunyai pilihan yg lebih terbuka...import dibenarkan.

Anonymous said...

betol ke fam nk potong 6 mata dri team klntn n trganu? sbb nye ade prtindihan pmain.

aPihnaikZ said...

ya btul, stkat ni posisi yg dtggalkan farhan blum mmpu ditampung especially oleh k.soley dan bgi saya adalah wajar farhan diterima sbb kita sedia tahu keupayaannya d posisi tersebut, dari mnghabiskan duit cari plyer import yg blum pasti thp keupayaannya...bgi tsam, beliau perlu lbih terbuka dan mengambil kira kepentingan pasukan kelantan.. buang yg kruh ambil y jernih

egypt85 said...

bagi kawe...peluang u farhan mmg trtutp..payoh..tsam maroh sgt..siap paggil 3 ekor lagi ari tu..tamboh plk ada pemain import..lagi la xsir ko farhan tp xtau la musim depe lagumano

Dunia Baru said...

susah dh bg farhan nk masuk balik kelate.....


mcm kije kerajaan la...peluang hanya sekali..dh bhenti tak leh masuk balik dh..kecuali pakai cable besar pohaaa..hahaha

Anonymous said...

TRWFM@RADIO:
terbuka dan mengambil kira kepentingan pasukan kelantan.. buang yg kruh ambil y jernih..
kita fokus apa yg ada..dlm masa sama..kita cari yg lebih berkualiti dan ada jati diri dlm perjuangan bolasepak..
tidak perlu bermasam muka...jika perlu kita ambil...jika tidak cari yg lain..
mereka yg bijak pandai tahu menilai..kita hanya memberi idea dan buah fikiran..
hopefully semua berpuas hati dgn apa yg ada..mnsyukuri lebih baik dari menikmati.