'Sorry saya tak boleh komen, lain kali jer (berjalan menuju ke bilik persalinan)..saya takde suara, suara tak keluar macam mana nak komen..'' reaksi awal jurulatih Selangor, K.Devan, dengan suara yang antara 'dengar tak dengar' sambil berlalu meninggalkan kumpulan wartawan yang menunggu untuk mendapatkan penjelasannya tentang kekalahan besar 1-5 di tangan Kelantan.
Sekali dengar seolah mencari alasan lapuk untuk mengelak media, rupanya memang benar Devan hilang suara gara-gara aksi buruk pemainnya yang menyumbang kepada kekalahan terbesar Gergasi Merah Kuning dalam tempoh 3 tahun.
Beliau yang kemudiannya muncul semula untuk ditemuramah sebagai menghormati permintaan wartawan, antaranya Fina (Arena), Fakhrul (Kosmo) dan penulis sendiri, mengakui terkejut, dan kecewa malah langsung tidak menyangka barisan pemainnya akan tewas dengan keputusan memalukan sedemikian rupa.
Devan enggan mencari alasan seperti letih atau jadual padat sebagai alasan menutup kekalahan ini, sebaliknya akur ia 100% berpunca daripada kesilapan-kesilapan mudah pemainnya, terutama penjaga gol, Saiful Amar Sudar yang dilihat hilang punca sepanjang 75 minit permainan, sebelum digantikan penjaga gol simpanan, Iqbal Suhaimi.
"Penjaga gol tak tahu nak buat apa, free kick kena palang dia tengok jer, terkial-kial, 3 daripada 5 gol adalah totally mistake dia, communication failure, defend slow, lambat keluarkan bola, bagi terlalu banyak ruang kat pemain Kelantan, bila masukkan Iqbal dia main baik. we have to admit it, saya rasa mungkin sebab first time crowd ramai jadi ada yang gugup tapi it's a mistake.."
"Kelantan manfaatkan setiap peluang, mereka main laju, dan hari ini pemain saya gagal tandingi mereka, saya sendiri tak pasti jika kita boleh terbalikkan keputusan di Kota Bharu, ia susah, sangat susah, tapi yang pasti saya akan bawa player saya arahkan mereka buat yang terbaik, cuba nasib kita, tidak boleh cakap lebih daripada itu, hanya minta mereka lakukan yang terbaik..", jelasnya dengan suara yang hampir tidak keluar gara-gara tidak henti bersuara sepanjang permainan.
Kali terakhir Selangor tewas dengan bolos 5 gol, adalah 2-5, juga kepada Kelantan pada 2008 dalam aksi Piala Malaysia di Kota Bharu.
Sekali dengar seolah mencari alasan lapuk untuk mengelak media, rupanya memang benar Devan hilang suara gara-gara aksi buruk pemainnya yang menyumbang kepada kekalahan terbesar Gergasi Merah Kuning dalam tempoh 3 tahun.
Penulis (Kanan), K.Devan |
Devan enggan mencari alasan seperti letih atau jadual padat sebagai alasan menutup kekalahan ini, sebaliknya akur ia 100% berpunca daripada kesilapan-kesilapan mudah pemainnya, terutama penjaga gol, Saiful Amar Sudar yang dilihat hilang punca sepanjang 75 minit permainan, sebelum digantikan penjaga gol simpanan, Iqbal Suhaimi.
"Penjaga gol tak tahu nak buat apa, free kick kena palang dia tengok jer, terkial-kial, 3 daripada 5 gol adalah totally mistake dia, communication failure, defend slow, lambat keluarkan bola, bagi terlalu banyak ruang kat pemain Kelantan, bila masukkan Iqbal dia main baik. we have to admit it, saya rasa mungkin sebab first time crowd ramai jadi ada yang gugup tapi it's a mistake.."
Kelantan raikan gol ke-5 |
Kali terakhir Selangor tewas dengan bolos 5 gol, adalah 2-5, juga kepada Kelantan pada 2008 dalam aksi Piala Malaysia di Kota Bharu.
7 comments:
aslm. memang dah bola tu bulat. tahniah kepada pasukan kelantan. dan cuba lagi kepada pasukan selangor. yang kalah tidak akan mudah untuk melupakan tentang kekalhannya itu. bagi yang menang, memang berbaloi, tetapi hendaknya tidak terbuai dalam mimpi indah kemenangan. cuma apa yg saya mungkin cuba kongsikan di sini ialah, bola sepak sudah mula mendapatkan semula rentaknya. yang pasti, macam biasa, penyokong setia kelantan tetap akan bersama pasukannya. sokongan padu, semata mata untuk membantu pasukannya berjaya.
bukan pada bola itu yg saya cuba ketengahkan. pasal lain. yakni mengenai impak dari kehebatan permainan bola sepak itu sendiri. di sini saya melihat bahawa wawasan kerajaan mau menjadikan sukan sebagai industri sudah makin terserlah. kejayaan menjadi sukan itu sbg industri, seperti yg telah diumumkan boleh menjadi maju. katakan dari perlawanan kelantan selangor malam tadi pasti limpahan bagi merealisasikan impak industri sudah mencapai yang baik. lihat saja, limpahan dari segi perniagaan...sekecil mana pun telah berjaya. bayangan kasar boleh menjelaskan perkembangan dan pendapatan para peniaga umpamanya. sekiranya ianya dipantau sebaik munkin, perkara ini tidak menjadi mustahil dalam menjayakan misi mengindustrikan sukan. seronok juga dapat tengok bola, bagus, menepati cita rasa masing masing dan sekali gus menjadi memang perkembangan impaknya kepada masyarakat dan negara.
kalau kalah tu mesti ada yang tak menjadi...begitu juga dengan skuad lain...bukan mereka tak tau main bola..tp ada hari permainan mereka tk menjadi..so Devan kena admit saja..jangan nak salahkan golkeeper mereka sebagai penyebab.
Keseluruhan pemain selangor harus dipersalahkan kerana jika golkeeper saja yg disalahkan, kenapa barisan tengah dan serangan selangor tidak dapat menghasilkan jaringan pun.
Itu bermakna kedua2 posisi ini pun tidak menjadi.
Hidup TRW...semoga tahun ini kesemua piala boleh dijulang..dan juga menjadi juara liga
tahniah buat TRW
"senang cerita, semua bersalah kecuali saya", kata devan kepada media untuk mengelak memikul tanggunjawab kekalahan besar kepada kelantan.
ketika menang : "nampaknya taktikal yang saya terapkan kepada pemain berjaya mengelirukan pihak lawan dan kita yakin dengan sasaran kita untuk mendapat 3 piala musim ini"
ketika kalah :"pemain kita beraksi dengan teruk, penjaga gol tidak tahu nak buat apa, pertahanan hilang arah, segalanya tidak menjadi malam ini dan nasib pun tidak menyebelahi kita."
cayalah pemain kelantan dan juga penyokong yang menjayakan kejayaan besar. jangan lupa main kat kb nanti lebih baik ya
Post a Comment