Thursday, January 26, 2012

Laksanakan Tugas Penuh Keikhlasan, Dedikasi : Rosmah


Isteri YAB Perdana Menteri, juga Penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Paduka Seri Rosmah Mansor mahu Yayasan itu yang ditubuhkan sejak 4 tahun lalu, terus berada di landasan tepat dalam membela nasib dan menjaga hal ehwal kebajikan para ahlinya, yang terdiri daripada atlet dan bekas atlet kebangsaan.

Beliau yang menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan baru diketuai Pengerusi Yakeb, Datuk Jamil Salleh buat kali pertama di Sri Perdana minggu lalu, menyatakan rasa bangga terhadap apa yang telah dilaksanakan Datuk Jamil sejak mengambil alih teraju kepimpinan daripada Dato’ Paduka Mumtaz Jaffar sejak Oktober lalu, dan mahu momentum yang sedia tercipta ini berkekalan agar Yakeb terus kekal relevan dalam mencapai matlamat penubuhannya.

Dalam pertemuan yang lebih berupa kepada Program Suai Kenal juga ‘ice-breaking’ antara beliau sebagai Penaung dan Ahli Lembaga Pengarah Yakeb itu, Rosmah telah diperkenalkan kepada barisan kepimpinan Yakeb yang terdiri daripada kombinasi peneraju badan sukan negara dan juga bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara oleh Datuk Jamil.

Datuk Jamil juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada DS Rosmah, di atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada bekas atlet apabila sudi kembali sebagai Penaung Yakeb, yang mana membuktikan komitmen dan sokongan berterusan beliau kepada bekas atlet tidak pernah sekalipun pudar.

DS Rosmah kemudiannya menerima penjelasan terperinci daripada Datuk Jamil tentang gambaran sebenar kedudukan Yayasan serta perancangan yang telah dicapai sewaktu Mesyuarat Ahli Lembaga tempoh hari, selain memaklumkan halatuju Yakeb di bawah pentadbiran baru yang mana lebih menumpukan kepada aspek kebajikan.

Datuk Jamil turut memaklumkan kepada DS Rosmah tentang perjalanan Program Yakeb bagi tahun 2012, dan tidak ketinggalan setiap pandangan dan cadangan yang diutarakan menerusi sessi dialog bersama bekas atlet pada setiap kali Program Turun Padang Yakeb.

DS Rosmah, nyata teruja dengan perkembangan semasa Yakeb, dan menasihatkan mereka agar bekerja penuh keikhlasan dan berdedikasi, selain menjaga imej dan nama baik Yakeb.

Maklumbalas positif yang diterima, pastinya menyuntik semangat Ahli Lembaga Pengarah untuk terus bekerja keras bagi meneruskan tradisi kecemerlangan di Yakeb, khususnya di dalam membela nasib bekas atlet. 

Saturday, January 14, 2012

Nasihat Raja Bola Untuk Kecik



“Yang penting jangan takbur, jangan riak dengan kejayaan serta publisiti yang kita dapat pada hari ini, sentiasa merendah diri, ingat Allah, jaga pemakanan, jaga kaki tu, jangan injured, kita pemain bola, risiko cukup tinggi untuk mengalami kecederaan, setiap minit kita beraksi risiko tu tetap ada, masa tu semua publisiti akan terbang, takde sape nak sebut pasal kita lagi..”.

“establish karier awak betul2, jangan jadikan bolasepak untuk cari keseronokan, gaji besar, nama popular, awek pun ramai, jangan macam tu..zaman saya main dengan awak main banyak beza, saya dulu main bola pergi training jalan kaki 40 kilometer, kayuh basikal, nk sertai tournament pakai duit sendiri..zaman awak sekarang training datang kereta mewah, cedera ada pakar dan fisio yg merawat, jadi jangan lupa diri..saya mahu lihat awak menempah nama sebagai pemain bolasepak terkenal, jadi kebanggaan kita semua..”.

Itulah antara pesan Raja Bola, Datuk Ghani Minhat, kepada pemain sayap skuad Harimau Muda kelahiran Kelantan, Wan Zaharulnizam, ketika terserempak dengan pemain itu di sebuah restoran, baru-baru ini.

Datuk Ghani yang kagum dan teruja dengan sikap rendah diri Wan Zaharulnizam atau KECIK yang datang menyapa dan berborak dengannya di sebalik environment restoran itu yang dipenuhi orang ramai, lebih-lebih lagi pada waktu makan tengah hari, menyifatkan Kecik berpotensi besar untuk mencipta nama selaku pemain bolasepak terkenal, apatah lagi dengan usianya yang masih muda – 21 tahun.

“jarang ada player zaman skrang kalau jmpa di mana-mana nak cam saya, nak tego apatah lagi..tapi dia (kecik) ni bagus, dia boleh tego, duduk brborak, dia ada good future, tapi dia kena elakkan kontroversi, famous sebab main bola takpe, jangan famous sebab perkara lain..sy tengok dia, budak skip SPM tu (Nazmi Faiz), semuanya ada prospek untuk berjaya..”.

Untuk rekod, Datuk Ghani pernah membantu Skuad Malaya meraih pingat gangsa Sukan Asia Jakarta 1962, dengan menjaringkan kesemua 4 gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Vietnam Selatan. Sebelum itu pada aksi peringkat kumpulan Ghani menjaringkan 11 gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 15-1 di Stadium Gelora Bung Karno – rekod jaringan yang masih bertahan hingga ke hari ini.

Manakala 13 tahun bersama Selangor, beliau mengangkat martabat Selangor bukan sahaja selaku gergasi bolasepak tanah air, tetapi juga di rantau Asia, apabila mengemudi pasukan itu mara ke final Kejuaraan Kelab-Kelab Asia 1967, menewaskan Tungsten Mining (Korea Selatan), sebelum tunduk kepada Hapoel Tel Aviv.

Beliau pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak 7 kali, termasuk pada 1963 apabila menampilkan aksi luar biasa dengan menjaringkan 106 gol dalam 15 perlawanan – termasuk 4 gol pada aksi final menewaskan Pulau Pinang 6-2, menumbangkan Terengganu 18-0, dan 9 gol ketika menyingkirkan Negeri Sembilan – satu lagi rekod jaringan yang kekal tidak terusik hingga hari ini. Pada tahun yang sama, beliau dianugerahkan gelaran Raja Bola oleh Persatuan Bolasepak Selangor.

Friday, January 13, 2012

FAM Lanjut Tempoh, Anggap Ia Keputusan Adil


Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import sehingga 13 Februari 2012, sebagai langkah penyelesaian dan tolak ansur terbaik, dalam menangani kemelut serta kontroversi tercetus berhubung status pendaftaran pemain import dalam saingan Liga Malaysia 2012.

“kita telah memperhalusi rayuan yang dikemukakan, bukan hanya Terengganu, tetapi semua pasukan yang gagal daftarkan pemain import dengan pelbagai sebab seperti masalah dokumen, kontrak salah, salah penafsiran dan pelbagai isu lain, dan jawatankuasa berpendapat, demi kepentingan bolasepak negara, BUKAN ATAS DASAR TEKANAN YANG DITERIMA JAWATANKUASA, kita sedar pemain import pun dah lama tak main, pertama kali Transfer Matching System (TMS) diperkenalkan FIFA, secretariat telah hubungi FIFA, bersetuju lanjutkan tarikh tutup pendaftaran pemain import ke 13 Februari, dengan memenuhi syarat sepertimana sedia ada, hanya tarikh tutup dilanjutkan, tiada perubahan lain…”. – Dato’ Hamidin Amin, Pengerusi JKPT.

Manakala Datuk Azuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM, dipetik berkata :

“kita ambil iktibar demi kebaikan bolasepak, saya mohon kepada semua persatuan dan kelab agar perkara ini tidak timbul lagi di masa akan datang, kita bertolak ansur hanya sekali, kerana ini kali pertama TMS diperkenal, kita harap setiap pasukan mematuhi peraturan dan tempoh masa yang ditetapkan, apa yang saya nampak, setiap pasukan gemar menunggu betul-betul hingga saat akhir untuk membuat pendaftaran, apa-apa masalah selepas ini, sila rujuk kepada secretariat, jangan buat intepretasi sendiri..”. – Dato’ Azuddin Ahmad.

Dengan keputusan ini, bermakna Terengganu kini bebas menurunkan 2 pemain import yang didaftarkan pada 4 Januari lalu, iaitu hampir 4 minggu selepas tarikh tutup asal (8 Dis 2011), TETAPI dengan syarat Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu perlu mendaftarkan semula dua pemain itu, dan mereka perlu menunggu keputusan Vetting Committee di bawah Tan Sri Aseh Che Mat, sebelum dibenarkan bermain.

Doe, boleh didaftarkan
Ini bermakna Francis Doe dan Erison Da Silva belum dapat diturunkan Sabtu ini, KECUALI PBSNT bertindak pantas membuat pendaftaran semula dengan mengemukakan segala dokumen serta apa yang patut, dan Vetting Committee juga pantas membuat keputusan sebelum perlawanan pada 14 Januari, sama ada mereka dibenarkan bermain atau tidak. Tapi nampak gaya kena tunggu perlawanan ketiga, baru boleh main.

“usah risau, bilamana persatuan kemukakan pendaftaran, jawatankuasa Tan Sri Aseh akan sentiasa mengadakan mesyuarat sehingga tarikh itu (13 Februari). Kita takkan tunggu 13 Februari baru bermesyuarat..”. – Dato’ Azuddin Ahmad.

Setiap pasukan yang sudahpun mendaftarkan dua pemain import, juga dibenarkan untuk membuat PENGGANTIAN/PERTUKARAN pemain, selagi ianya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Itu kisah import Terengganu. Mengenai import Selangor, Ramez Dayoub, Azuddin mengakui timbul sedikit kekeliruan namun menegaskan pemain itu tetap layak untuk beraksi bersama Selangor walaupun timbul pertikaian.

“Vetting Committee ni jawatankuasa bebas, terdiri daripada bekas pegawai kerajaan, pegawai polis, SPRM, dan sebagainya, mereka telus dalam membuat keputusan. Jadi apabila bersidang pada 22hb Disember, mereka dapati adalah tidak relevan jika mengikut ranking pada 24 Ogos 2011, kerana ranking ni sentiasa berubah, jadi mereka mengambil keputusan untuk menetapkan RANKING TERKINI sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 8 Disember sebagai RANKING YG DIGUNAPAKAI..dan ia telah dihantar kepda semua persatuan negeri...”.

Untuk rekod, ranking digunapakai untuk tujuan pengecualian cooling off period, oleh itu Ramez meskipun tidak melepasi syarat cooling off kerana bermain di Liga Asean, dia melepasi syarat kedua iaitu bermain bersama pasukan kebangsaan yang ranking lebih tinggi dari Malaysia.

Mengenai tindakan membuang Artikel Mengenai Peraturan Mengambil Pemain Import di website FAM, Hamidin menjelaskan ia dibuang kerana sudah tidak boleh digunapakai dan akan diganti dengan yang baru.

Thursday, January 12, 2012

Ghaddar Lepas, Ramez Sangkut?


Gambar : madzram-iv
“ranking hanya dipakai BAGI TUJUAN PENGECUALIAN COOLING OFF yang mana Ghadar tak terlibat sebab di tak bermain dalam LIGA ASEAN, hanya Ramesh Dayoub bermain dalam LIGA ASEAN (Myanmar). Jadi dalam kes Ghadar, kelayakan beliau adalah berdasarkan beliau PEMAIN DIV 1 AFC, kalau dia tak main DIV 1, dia mestilah player dari negara yang ranking lebih tinggi dari Malaysia..takde timbul kekeliruan”.

Demikian penjelasan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berhubung cubaan mengaitkan pemain import Kelantan, Mahmoud Ghaddar sebagai tidak layak didaftarkan untuk beraksi di Liga Malaysia 2012 kerana tidak mematuhi syarat/peraturan ditetapkan FAM.

Menurut Annuar yang berpendapat isu yang dibangkitkan ini sebagai suatu yang MENARIK, kriteria pertama yang dinilai apabila mengambil seseorang pemain import, adalah KELAB DIWAKILInya, bukan status PASUKAN KEBANGSAAN ATAU NEGARA KELAHIRAN.

“Ghadar tak semestinya pemain kebangsaan Lubnan, dalam hal ini yang kita tengok dia main kelab mana, Divisyen mana, kalau dia tidak mematuhi syarat itu, THEN DIA WAJIB merupakan pemain skuad kebangsaan yang mana rankingnya atas daripada Malaysia, it is CLUB to CLUB transfer, BUKAN COMPULSORY untuk dia main national team, sama juga pemain dari Cameroon, kita tak tengok ranking atas atau bawah, tapi Liga yang dia main..dia tak perlu ada cooling period atau mengikut ranking, sebab dia dah lepas syarat..”.

Namun berbeza bagi kes Ramez Dayoub, pemain import Selangor, Annuar mengakui pemain itu berdepan masalah besar kerana tidak menepati beberapa syarat pendaftaran pemain import yang ditetapkan.

Ramez
“sebenarnya agen Ramez ni pada awalnya offer dia kat KAFA, tapi kita awal-awal lagi tolak, sebab kita tahu dia tak layak..soal cooling period tu satu hal, tapi kat sini dia main Liga ASEAN, bermakna dia WAJIB main dengan team kebangsaan Lubnan, tapi malangnya mengikut peraturan Lubnan harus berada ranking lebih tinggi daripada Malaysia pada 24 ogos 2011, situasi dia tak macam Ghadar tadi, kat sinilah peraturan ranking tu digunapakai, nampak tak?...”.

“dan saya difahamkan jawatankuasa di bawah Tan Sri Aseh, telah membuat pindaan tukar 24 ogos tu kepada 24 November, iaitu latest ranking sebelum tarikh tutup pada 8 Disember, tapi yang silapnya surat pekeliling yang diedarkan tu adalah selepas tarikh tutup 8 disember, ini kesilapan besar, dan keputusan juga tak boleh diambil tanpa memaklumkan kepada ahli gabungan, dalam hal ini secara tidak langsung FAM telah memberi keistimewaan kepada Selangor...”.

Nak lebih perkembangan? Tunggu selesai mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM petang esok.

FAM Jawab Kontroversi Esok


Mulanya saingan Liga Malaysia 2012, ‘kerancakkan’ saingan nampaknya lebih tertumpu kepada kontroversi memanjang mengenai status pendaftaran pemain import, yang kini sedang memuncak di antara Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu dan Persatuan Bolasepak Malaysia.

Apa yang menarik, beberapa pasukan lain turut terkena tempias kontroversi pendaftaran pemain import dengan yang terbaru, dua pemain dari Lubnan – Ramez Dayoub (Selangor) dan Mahmoud Ghadar (Kelantan)  dikatakan tidak layak untuk didaftarkan dalam saingan Liga Malaysia 2012 kerana tidak mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Ramez dikatakan tidak layak kerana bermain dalam Liga Asean mewakili kelab Myanmar tanpa melalui COOLING PERIOD, manakala Ghadar pula dikaitkan kerana ranking Lubnan adalah lebih rendah berbanding Malaysia pada 24 Ogos 2011 – ini mengikut syarat pengambilan pemain import yang ditetapkan FAM.

Perkara 5.3 menyebut hanya pemain dari negara yang rankingnya di atas Malaysia mengikut senarai dikeluarkan FIFA pada 24 Ogos 2011 boleh didaftarkan untuk beraksi – Lubnan ketika itu 160, manakala Malaysia 146. Sementara perkara 17 menyebut pemain yang bermain di Liga ASEAN perlu melalui COOLING PERIOD selama 2 tahun, dengan kontrak bersama kelabnya perlu berakhir pada 7 Disember 2009, sebelum diambil oleh kelab atau persatuan di Liga M.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang dihubungi sebentar tadi, menjelaskan dengan ringkas ranking terkini Lubnan ketika mendaftarkan Ghadar adalah 111, dan tidak wujud sebarang isu dalam perkara ini, manakala cubaan mendapatkan penjelasan Dato’ Hamidin Amin tidak berhasil, sebaliknya dimaklumkan Jawatankuasa Pertandingan akan mengadakan mesyuarat dan siding media khas di FAM, petang esok bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung pendaftaran pemain import.

Justeru, peminat bolasepak tempatan dinasihatkan tidak membuat spekulasi dan andaian sendiri yang mungkin boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan tumpuan terhadap saingan Liga Malaysia yang sedang rancak berlangsung ketika ini.

Dalam kes berkaitan Terengganu, tindakan menyaman adalah satu tindakan yang terbaik untuk dibuat, berbanding mengambil keputusan menarik diri - SAMAN menunjukkan bahawa anda berani, tetapi TARIK DIRI melambangkan anda pengecut. 

Tetapi, usah dilupa, yang sedang campurtangan ketika ini adalah KERAJAAN NEGERI. Beringatlah, di mana-mana sekalipun, campur tangan kerajaan adalah tidak dibenarkan, dan ia mungkin juga memaksa FIFA untuk turut campur tangan seterusnya menggantung skuad bolasepak Terengganu.

Ia pernah berlaku kepada skuad DPMM FC sebelum ini, dan pernah juga mengoncang Persatuan Bolasepak Indonesia baru-baru ini. Jangan kerana masing-masing (PBSNT & FAM) tidak mahu ego tercalar, masa depan bolasepak dan periuk nasi pemain yang menjadi mangsa.

Tuesday, January 10, 2012

T-Team Pendahulu Hari Pertama, Kelantan Bangkit Tumbangkan Singapura


Matchday 1

Felda Utd       2 (Raimi Md Nor 27’, Yong Kuon Yong 31’)
Sabah              0

Felda Utd : Hamsani Ahmad, Nizam Abu Bakar, Nazri Ahmad, Abdul Ghani Abd Rahman, Khairan Ezuan, Yong Kuon Yong, Farid Ramli, Firdaus Fauzi, Fakri Saarani, Raimi Mohd Nor, Farderin Kadir

Sabah : Syed Adney Syed Hussin, Mafri Balang, Sumardi Hajalan, Reithaudin Embran, Ronny Harun, Brendan Gan, Bobby Gonzales, K.Thanaraj, Radzi Husin, Shahrul Azhar Ture, Michael William Baird.

Singapura            1 (Baihaki Khaizan 33’)  
Kelantan              2 (Norshahrul Idlan 44’, Mahmoud Ghadar 80’pen)

Singapura : Izwan Mahbub, Isa Halim, Baihaki Khaizan, Shahdan Sulaiman, Agu Casmir, Hariss Harun, Shahril Ishak, Irwan Shah, Safuan Baharudin, Jumaat Jantan, Yasir Hanapi

Kelantan : Khairul Fahmi, S.Subramaniam, Daudsu Jamaludin, Aziz Ismail, Farisham Ismail, Shakir Shaari, Badri Razi, Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahyudin, Norshahrul Idlan, Mahmoud Ghadar

Neg. Sembilan   2 (Emanuel Effa 4’, 35')
Selangor              2 (Amirulhadi Zainal 66', Safiq Rahim, 74' pen)

N.Sembilan : Farizal Marlias, Tg. Qayum Ubaidillah, Norhafiz Zamani Misbah, G.Mahathevan, Rashid Mamud, Halim Zainal, S.Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Muszaki Abu Bakar, Emanuel Effa Owana, Shakir Ali

Selangor : Norazlan Razali, Nasriq Baharom, Razman Roslan, Ramez Dayoub, P.Gunalan, Azidan Sarudin, K.Gurusamy, Safiq Rahim, Asrarudin Putra Omar, Amirulhadi Zainal, Amri Yahyah

Perak                 1 (Michal Kubala 75’)
Terengganu     0

Perak : Shahrom Abdul Kalam, Fahrul Razi Kamarudin, Shahrulnizam Mustapha, Nasril Nordin, Lazar Popovic, Michal Kubala, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Syazwan Roslan, Fazrul Hazli, Badrul Azam Zamri, Khairi Zainudin

Terengganu : Sharbinee Alawee, Marzuki Yusof, Muslim Ahmad, Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Ashaari Shamsudin, Joseph Kalang, Reeshafiq Alwi, Shukur Jusoh, Abdul Hadi Yahya, Manaf Mamat

T-Team                3 (Faiz Subri 12' 29', Zairo Anuar Zailani 33')
Kedah                   0

T-Team : Iqbal Suhaimi, Rosdi Talib, Shahril Faizal Sharifudin, Bojan Petric, Abdul Alif Alias, Tg. Hasbullah Raja Hassan, Hasbullah Awang, Faiz Subri, Fadzli Shaari, Zakaria Simukonda, Shahrul Ezrain

Kedah : Abdul Hadi Hamid, Fauzi Nan, Fadzliata Taib, V.Thirumurugan, Danilo Rafael Dos Santos, Khairul Helmi Johari, Amar Rohidan, Sabre Abu, Sani Mat Isa, Khyril Muhaimin Zambri, Barone

Sarawak              2 (K.Ravindran 71', Hairul Mokhtar 79')
K.Lumpur           0

Sarawak : Saiful Amar Sudar, Hairul Mokhtar, Yosri Dermaraju, Dzulazlan Ibrahim, L.Ramesh, Guy Bwele, Azizan Baba, Asri Chuchu, K.Rajan, Rashid Aya, Zamri Morshidi

Kuala Lumpur : Hishamudin Othman, Khairrulanuar Jamil, Syafiq Johari, Afiq Azmi, Khairul Anuar Shafie, Rozaimi Rohim, Arman Fareez, Azrul Azmi, Aslam Najmudin, Ahmad Dashila Tajudin, Aiman Syazwan

PKNS                 1 ((Fauzan Dzulkifli 79')
Johor FC           2 (Riduan Maon 25', Azi Shahril Azmi 76')

PKNS : Helmi Remeli, Mohd Fadhil, Rudie Ramli, Mohd Asydi Dil, P.Rajesh, Mohd Fauzan, Mohd Zulharis, Ahmad Shahril, Ahmad Azlan, Mohd Azrif, Razi Effendi

Johor FC : Anis Faron Ahmad Arshidi, Shafizan Hashim, Hasni Zaidi Jamian, Azi Shahril Azmi, Eddy Helmi Abd Manan, Fauzi Shaari, Riduan Maon, Zamri Chin, Khairul Ismail, Shahrizal Saad, Khaironisam Sahabudin

Kesebelasan Utama Kelantan vs Singapura

Singapura (Lions) vs Kelantan
Stadium Jalan Besar, 7:45mlm
Misi : Jangan bagi Singapura kutip mata menentang team local.

Kesebelasan Utama :

Khairul Fahmi Che Mat
Daudsu Jamaludin
Aziz Ismail
S.Subramaniam
Farisham Ismail
Shakir Shaari
Nurul Azwan Roya
Badri Razi (kapten)
Indra Putra Mahyuddin
Mohd Ghaddar
Norshahrul Idlan Talaha

Singapura :
Izwan Mahbub
Isa Halim
Baihakki Khaizan
Shahdan Sulaiman
Agu Casmir
Hariss Harun
Shahril Ishak
Irwan Shah
Safuan Baharudin
Jumaat Jantan
Yasir Hanapi

Awas Perangkap Lin Dan, Chen Long


Dia mungkin membuka tirai 2012 dengan nota cemerlang sepertimana diinginkan – menundukkan musuh ketat, Lin Dan seterusnya mengungguli saingan Terbuka Korea Ahad lalu, namun bagi Datuk Lee Chong Wei MENYAMAI REKOD LAPAN KEJUARAAN Terbuka Malaysia milik lagenda badminton tanah air, Wong Peng Soon, ia bukan semudah disangka.

foto kredit : nst
Meskipun tidak berada di prestasi terbaiknya, Chong Wei masih mampu mengerah kudratnya untuk mengatasi badi jagoan China, The Super Lin Dan dalam pertarungan 3 set pada aksi final kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$75,000 itu, namun Lin Dan yang menarik diri di peringkat suku akhir Terbuka Malaysia tahun lalu, pastinya mempunyai strategi tersendiri untuk menyekat kejaguhan Chong Wei di tempat sendiri.

Apapun, adalah kesilapan besar jika tumpuan dan perhatian menjurus hanya kepada kelibat Lin Dan, tatkala seorang lagi pemain dari negara tembok besar itu, Chen Long, yang menarik diri seawal pusingan pertama Terbuka Korea, turut berada di dalam radar Chong Wei, dan pastinya mengintai peluang meneruskan dominasinya ke atas jaguh badminton tanah air itu.

Untuk rekod, Chong Wei tewas 3 daripada 4 perlawanan terakhir menentang Chen Long.

Di atas kertas, Chen Long dan Chong Wei berpotensi mengulangi pertembungan separuh akhir Terbuka Malaysia 2011, dan sekiranya berjaya melepasi halangan pemain nombor tiga dunia itu, Chong Wei dijangka sekali lagi berdepan seteru utamanya, Lin Dan, dengan juara Olimpik 2008 itu mencari kejuaraan Terbuka Malaysia yang pertama – namun usah dilupa HOBI atau TABIAT Lin Dan yang gemar menarik diri menyertai satu-satu kejohanan pada saat akhir, seterusnya mencetus mainan psikologi.

Kali terakhir pemain China muncul juara di Malaysia, adalah pada 2003, menerusi Chen Hong yang menewaskan Chong Wei, yang baru berusia 21 tahun ketika itu.

Tatkala gelaran kelapan Terbuka Malaysia akan mengiktiraf Chong Wei selaku pemain paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu selepas Peng Soon, ia juga pastinya lebih bermakna sekiranya mampu dimenangi dengan menundukkan juara Olimpik itu, yang mana seterusnya akan menguatkan lagi keyakinan Chong Wei menjelang temasya Sukan Olimpik Ogos depan.

Karim Berundur, Noraseela Dimaafkan, Fatimah Bebas Buat Keputusan


Selesai sudah mesyuarat lebih 2 jam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Sri Shahidan Kassim di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Antara keputusan yang dibuat :

KOM tidak bercadang menjatuhkan sebarang hukuman ke atas salah seorang atlet kuartet emas 4x400m Sukan Sea Indonesia yang didapati positif dadah baru-baru ini. Shahidan menegaskan adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman ke atas atlet terbabit pada ketika dia belum dibuktikan bersalah, dan menegaskan KOM hanya akan mengambil tindakan selepas keputusan sampel B diketahui.

“nak hukum apa dia belum didapati bersalah, adalah tidak wajar kita hukum dia, dedahkan nama dia pada ketika siasatan masih berlangsung, apa-apa tunggu sampel B, kalau B kata dia negative, maka dia tidak bersalah, tak perlu dihukum, orang luar kata saya diam, saya tak jumpa atlet, itu tak betul, setiap hari saya call Majlis Olimpik, call Dato’ Sieh Kok Chi bertanyakan perkembangan perkara ini, kita mahu telus, jadi tak perlu ghairah untuk menjatuhkan hukuman, tunggu keputusan ujian, baru pikir pasal hukuman..”. – Datuk Sri Shahidan Kassim.

Shahidan juga mengumumkan Karim Ibrahim, dengan sukarela melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan (bukan jawatan Timbalan Presiden), berkuatkuasa serta merta, dan beliau (Shahidan) sendiri akan mengambil alih jawatan itu mulai sekarang.

“saya sudah awal-awal lagi kata, kalau saya gagal capai KPI iaitu mengatasi kutipan pingat emas di Laos 2 tahun lalu, saya akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Kejurulatihan, dan sekarang saya kotakan janji saya..”. – Karim Ibrahim.

Ditanya apa relevannya dia mempertahankan kerusi Timbalan Presiden tatkala atlet dan jurulatih mula hilang kepercayaan terhadap kredibilitinya, Karim melepaskan ianya ke tangan atlet dan jurulatih serta barisan exco untuk memutuskannya sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan nanti.

Mengenai surat tunjuk sebab yang dihantar kepada Noraseela Khalid, Shahidan berkata Noraseela sudahpun membalas surat tersebut dengan meminta maaf, dan KOM menganggap isu ini sudah tutup cerita, dan tidak lagi perlu dibangkitkan.  Beliau berpendapat dengan permohonan maaf Noraseela, KOM mahupun orang luar tidak perlu lagi memanjangkan perkara ini.

Tentang hukuman yang dijatuhkan ke atas 6 atlet yang melarikan diri daripada ujian doping Jun tahun lalu, Shahidan berkata KOM sudah lama memberi mereka amaran keras agar tidak mengulangi perbuatan seperti itu (melarikan/menghilangkan diri). Katanya KOM tidak bercadang mengambil tindakan lanjut kerana kesemua mereka bukannya didapati positif ujian air kencing, sebaliknya negative.

Mengenai keputusan Siti Fatimah untuk beralih ke arena lumba basikal, Shahidan berkata KOM membenarkan atlet itu berbuat demikian kerana katanya Siti Fatimah tidak terikat kontrak dengan persatuan tersebut, dan ia adalah hak peribadi Siti Fatimah untuk menentukan sukan mana mahu diceburinya. Justeru, Siti Fatimah kini bebas memilih halatuju karier sukannya.

Monday, January 9, 2012

Trio Berbisa Terengganu Kembali Jadi Tumpuan


Kekusutan melanda kem Terengganu, perlu diketepikan buat seketika tatkala Mat Zan Mat Aris membimbing skuad naib juara liga musim lalu itu, membuka tirai Liga Super 2012 menentang Perak di Ipoh, malam esok.

Ia pastinya peluang terbaik buat barisan diperkuat sepenuhnya kudrat pemain tempatan Sang Penyu, untuk membuktikan bahawa mereka mampu memberi cabaran hebat sekalipun  tanpa kelibat pemain import selepas kesemua 4 pemain import yang didaftarkan gagal memenuhi kriteria ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia.

Hadi
Sekarang, lupakan semua itu, tutup segala cerita negative dan mulakan musim baru dengan nota gemilang. Tahun lalu, di bawah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim, Terengganu menjuarai Piala FA menundukkan Kelantan 2-1, dan dua kali muncul naib juara iaitu dalam saingan liga juga Piala Malaysia, tewas kepada Negeri Sembilan, NAMUN apa yang lebih hebat diperkatakan ketika itu adalah sensasi gandingan trio barisan depan mereka, ASHAARI SHAMSUDIN – MANAF MAMAT – HADI YAHYA yang mencetus gerun pertahanan lawan dengan menampilkan aksi berbisa.

Justeru, apakah 2012 bakal menyaksikan gandingan yang menjadi igauan buruk buat pasukan lawan musim lalu, menampilkan impak yang sama dan kembali mengganas lebih-lebih lagi dengan tiadanya pemain import, Mat Zan hampir pasti mahu memanfaatkan sebaiknya ASSET yang dimilikinya ini untuk mengegar saingan Liga Malaysia, dan berterusan mencipta gemilang bolasepak Terengganu.

Ashaari, kredit to duniasukan.com
Sama ada SILENT KILLER, Ashaari, Manaf mahupun Hadi, ketiga-tiga mereka pastinya mahu mengintai peluang untuk menonjolkan diri sebagai penyerang terkemuka tanah air, di sebalik perlu bersaing hebat dengan lambakan penyerang import seperti Mohd Ghadar (Kelantan), Emmanuel Effa (N.Sembilan), Lazar Popovic (Perak) dan Lelo Mble (Selangor), tidak lupa juga barisan penyerang terkemuka tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha, Zainizam Marjan, Farderin Kadir, dan Syakir Ali.

Kredibiliti Ashaari sememangnya tidak boleh dinafikan, penjaring terbanyak Liga Super 2010 ini memiliki gaya permainan dan kawalan bola mengelirukan, dia bijak mencari ruang dan berupaya memerangkap bukan sahaja pertahanan tetapi juga penjaga gol lawan. Tidak dinafikan penulis juga amat mengemari gaya permainan bersahaja Ashaari dan sekiranya berada di TOP FORM, Ashaari bakal ‘menghadiahkan’ mimpi ngeri buat pertahanan lawan.

Manaf
Hadi pula, penjaring terbanyak Liga 2011 dengan 20 gol, satu gol mengatasi Norshahrul Idlan, pastinya mahu mengekalkan kasut emas yang dimenanginya musim lalu. Sentuhan penyudahnya cukup tajam dan tidak mustahil mampu sekali lagi menjadi duri dalam daging.

Manaf yang menjaringkan 13 gol musim lalu, juga sudah pasti mempunyai sesuatu untuk dibuktikan, sama-sama kita nantikan. Semoga pemain tempatan kita lebih menyerlah berbanding awang import.

Sunday, January 8, 2012

Butler Kesal Kesilapan Pertahanan, Azizi Tersisih 5 Minggu


Belumpun bermula saingan Liga Super 2012, Jurulatih Kelantan, Peter Butler nyata sudah mempunyai CONCERN besar yang perlu diberi perhatian serius, selepas menyaksikan anak buahnya tunduk 1-2 kepada Negeri Sembilan, sebentar tadi.

Antwi : Perlu lebih masa untuk beri impak
“ya, saya cukup kesal dengan kesilapan pertahanan kami, kesilapan mudah, dan lawan memanfaatkannya. Ia tidak harus berlaku bukan sahaja dalam perlawanan ini tetapi mana-mana perlawanan, kita leka. Saya gembira dengan permainan ditunjukkan pemain saya, mereka bermula dengan baik, meyakinkan, tetapi kemudiannya hilang fokus kerana kesilapan pertahanan. Kekalahan ini sukar diterima, dan saya tidak lagi mahu pemain melakukan kesilapan mudah seperti ini di masa akan datang, secara keseluruhan, permainan yang ditunjukkan bagus, dan kita perlu lebih banyak mencipta peluang..”. – Peter Butler.

Meskipun bermula dengan agak baik, dengan mencipta beberapa peluang jaringan, memaksa Farizal Marlias bekerja keras, dan berjaya merebut gol pendahuluan pada minit ke-19, Kelantan umpama hilang punca selepas itu, dan kerap kali membenarkan lawan mengasak.

Malah segalanya serba tidak menjadi buat The Red Warriors, di mana beberapa pemain tidak beraksi pada tahap keupayaan sebenar antaranya Norfarhan Mohd, Denny Antwi yang dikeluarkan dan digantikan oleh Badri Razi, kebuntuan idea untuk mencipta gerakan-gerakan berbahaya, termasuklah kecederaan yang dialami tonggak pertahanan Azizi Mat Rose, yang menyaksikannya digantikan Nik Shahrul Azim pada masa rehat, manakala Zamri Ramli dibawa masuk menggantikan tireless full-back, Aziz Ismail pada ketika perlawanan memasuki babak akhir.

Ditanya mengenai keputusan merombak barisan pertahanan tatkala Kelantan terdesak mencari gol penyamaan, malah masih memiliki Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu di bangku simpanan, ini reaksi Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim.

“memang kita nak cari gol, tapi kita rombak pertahanan kerana yang bermasalah adalah pertahanan, barisan depan masih berfungsi dengan baik. Kita tiada pilihan. Mengenai Azizi, saya jangka kecederaan yang dia alami serius mungkin ACL, kita dah berhubung dengan pegawai perubatan, dan segala apa yang patut sedang diuruskan. Dia mungkin tersisih sekurang-kurangnya 5 minggu, kita akan maklumkan..”. – Azman Ibrahim.

Azraai Puas Lengkap Koleksi Kejuaraan


Pertama sekali, tahniah kepada Jurulatih ‘magis’ Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah, di atas kejayaan membimbing pasukan juara Piala Malaysia 2011 itu menjuarai Piala Sumbangsih dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2012, dengan menewaskan pasukan favourite, Kelantan, 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

foto : Bernama
Lebih manis, kemenangan ke atas Kelantan, juara Liga Super musim lalu, melengkapkan koleksi kejuaraan Azraai yang sudahpun mendakap trofi Piala FA, Liga Super, dan Piala Malaysia sebelum ini, sekaligus menjadikannya antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah bolasepak tempatan.

“Alhamdulillah, seperti yg yang saya cakap semalam, nak rasa sangat-sangat satu-satunya piala yang kami tak dapat lagi, buat saya dan juga pasukan. Dan berjaya kami tunaikan malam ini, lengkap koleksi saya dan Negeri Sembilan, team ni 2012 masih lagi baru, first match pun tak main lagi, so ia pembakar semangat untuk player-player muda saya..”. – Azraai Khor Abdullah.

Azraai nyata tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya di atas kejayaan ini, apatah lagi skuad Hoben Jang Hoben bangkit daripada ketinggalan gol minit ke-19 Norshahrul Idlan Talaha, menerusi dua gol pemain importnya, Emanuel Effa Owana, yang ternyata berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan, sehingga memaksa Jurulatih Kelantan, beberapa kali merombak barisan pertahanannya.

Bagi Azraai beliau tidak mahu pasukannya terbuai dengan kejayaan menumbangkan antara pasukan yang boleh dilabel gergasi bolasepak tanah air ini, sebaliknya ia menjadi batu loncatan untuk mengharungi musim 2012 yang dijangka begitu mencabar ini dengan prestasi konsisten.

“walaupun pasukan ini muda, saya kagum mereka mampu memikul tanggungjawab dengan baik, team 2012 pasukan baru, tapi tengok malam ini, mereka menunjukkan komitmen tinggi, cukup komited. Ia satu perkara positif dalam team ini, anda boleh lihat keberkesanan gandingan, chemistry di barisan depan, menunjukkan persefahaman yang baik, mereka boleh adapt, untuk bangkit daripada ketinggalan, menentang pasukan seperti Kelantan, pada saya cukup bagus, dan insyaallah, saya tidak mahu ia terhenti di sini..”.

Saturday, January 7, 2012

Belajarlah Terima Hakikat

Sebenarnya penulis pun tak faham apa sebenarnya masalah SEGELINTIR penyokong Terengganu yang enggan menerima hakikat bahawa pasukan mereka tidak boleh beraksi tanpa pemain import, adakah mereka ni takut sangat pasukan tidak dapat memberikan cabaran dalam saingan Liga Malaysia?

Bermula dari kata blog ni reka cerita, fitnah, lepas tu mereka malu sendiri apabila memang betul cerita yang disampaikan SS, kemudian tukar pula tuduhan kepada konspirasi Hamidin, perangkap FAM, mainan politik FAM lah, hinggalah yang terbaru apabila artikel SS dan Kosmo bercanggah, mereka jadikan itu pula modal baru nak mengutuk, memaki, mencaci, dan menghina. Sekarang isu import setel, diorang nak create isu lain pulak.



Bangun pagi tadi, antara mesej yang diterima dalam inbox facebook, MATT KAYY --> kalu aku jadi ko dah lama aku selam kepala dalam lubang jamban, spesis budu sebangang-bangangnya .... FAIZ IZ --> dah jumpa, dah setel, FAM mengakui mereka silap, bukan PBSNT, lain kali siasat dulu sampai habis, jangan suka hati jer taip blog, kan dah malu sendiri+dapat dosa, blog fitnah adalah andaian saya buat .... EWAN DZULKAFLI --> nak ulas biar betol2, jangan pakai tibai jer, jgn nak jatuhkan maruah pasukan terengganu, pikir pakai otak bukan pakai lutut, kalau rasa diri tuh salah, p mohon maaf kat fan tganu...

Jawapan saya kepada Matt Kayy yang muka macam budu, Faiz Iz muka kucing dan Ewan Dzulkafli muka jambu macam ..... serta fan terengganu yang ada pemikiran tipikal macam mereka semua ni, anda sebenarnya tak faham senario, atau tak faham bahasa melayu.

Tuduhan bahawa SS fitnah --> Nak gelak guling-guling, oleh sebab takleh nak terima hakikat, mula lah tuduh macam-macam, mula-mula taknak mengaku pasal pemain import takleh daftar, bila yang tu dah kena atas muka sendiri, cari modal lain pulak.. pokok pangkalnya segala ape yang aku tulis pasal PBSNT atau terengganu, semua fitnah, sebab mereka ni semuanya betul, PERFECT, mula-mula suh Che Mat Jusoh berundur, sekarang? 

Pikir pakai lutut and minta maaf --> perlu ke? atas dasar apa pulak ni? Hebat jugak blog SS ni, penulis dia tulis dengan berfikir guna lutut, tapi artikel yang ditulis guna pemikiran kepala lutut boleh pulak mencetus sensasi sebegini? waah hebat hebat, tahniah la blog SS...artikel kepala lutut SS ni rupanya banyak jugak memberi impak kepada orang luar erk? ape yang saya tulis dan ulas, sudah cukup terperinci mengikut apa yang disampaikan Pengerusi JKPT, dan apa yang saya baca di surat pekeliling (full, bukan 4.2.2 sahaja). dan isu ini sudah diconsider tutup.Korang duk kecoh-kecoh pun bukan buleh daftar jugak, tambah dosa jer. 

Bukti, aku jumpa sendiri Dato Hamidin, ada dua repoter Sinar Harian di lokasi.
Kalau orang lain (kosmo) nak tulis benda lain dengan memetik orang lain bercakap, kenapa pula salahkan saya, dan tak perlu saya minta maaf, ada faham? bukan saya yang tulis dua artikel berbeza. esok kalau Bharian pula tulis benda lain, apa saya nak hairan? yang penting info dalam blog ini bukan direka, masa saya menemuramah Hamidin, ada dua lagi repoter dari SINAR HARIAN. so, kalau ada percanggahan, sepatutnya anda cari FAM, gi lah jumpa Hamidin, gi lah jumpa Azuddin, yang nak kecoh macam orang tak bertamadun tu kenapa? Terengganu dari awal memang banyak problem, terhegeh-hegeh cari import, last-last dapat yang berpenyakit Hepatitis dan guna passport palsu, kelakar sungguh. 

Tak habis siasat? ---> waah hebat betul saudara Faiz, awak nak suh saya siasat ape? kes Terengganu daftar pemain import yang ada hepatitis ke, pemain import yang ...... atau kes yang lagi satu? kalau nak suh siasat dan dedahkan, sekarang jugak saya dedahkan, PBSNT akan kena gantung atau denda, mahu ke saya siasat? Artikel pasal pemain import tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke pengetahuan FAM, so awak jangka, rasa-rasanya kalau saya tulis artikel pasal isu yang tidak didedahkan ni, lama ke nak sampai ke pengetahuan ramai?

Apapun, saya SALUTE sebilangan besar penyokong Terengganu yang tetap positif, dan berfikiran cool, masih boleh terima hakikat, masih menyokong penulisan saya, blog SS, serta bersikap professional. Andalah penyokong bolasepak yang sebenar. 

p/s : oleh kerana ramai sangat nak menambah dosa mengutuk, maki hamun, mencaci orang tu orang ni melalui blog SS, ruangan komen terpaksa dinyahkan buat sementara waktu.

Friday, January 6, 2012

Terengganu Akui Salah Faham, Bukan Salah FAM

Isu pendaftaran pemain import Terengganu menemui titik noktah apabila Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) mengakui mereka salah faham maksud perkara 4.2.2 sepertimana tertera di dalam Surat Pekeliling bertarikh 23 Disember 2011 yang dikeluarkan FAM. Ini sekaligus menepis tohmahan bahawa FAM bersikap tidak adil kepada PBSNT, yang mana menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan para penyokong skuas Penyu.

Malah, tanggapan bahawa berlaku Typing Error juga didapati tidak berasas, sekaligus menyaksikan kesilapan sebenarnya datang daripada PBSNT, menerusi Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh.

"Apabila diberitahu semalam, saya pada mulanya memang menyangka ada typing error, sebab tu segera panggil commitee untuk berjumpa pagi ini, kalau salah kita mengaku salah, tapi tiada perkara seumpama itu berlaku. Dalam hal ini memang PBSNT salah faham, dan kita sudah berjumpa Datuk Che Mat Jusoh sendiri, beliau pun mengaku terlepas pandang akan maksud ayat tersebut, so tiada isu timbul, tutup citer..". - Datuk Hamidin Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM.


Apa yang dimaksudkan sebagai salah faham di sini, PBSNT berpendapat mereka masih boleh mendaftarkan pemain import sehingga tarikh akhir 9 Januari 2012, berpandukan perkara 4.2.2 yang menyebut dengan jelas bahawa senarai pemain-pemain asing yang hendak didaftarkan untuk beraksi dalam Liga M 2012 hendaklah dikemuka kepada FAM sebelum atau pada 12 tgh hari Jumaat, 6 Januari bagi Kelantan, dan sebelum atau pada 12 tgh hari Isnin 9 Januari bagi Terengganu. TETAPI, cuba perhati betul-betul di dalam Perkara 4.2.2 yang sama, baris terakhir ada menyebut DENGAN MEMATUHI PERKARA 1 & 2 DI ATAS.

Ini bermakna Che Mat Jusoh hanya membaca 4.2.2, tetapi mengabaikan Perkara 1 dan 2, yang mana dengan jelas menyebut pemain import yang hendak didaftarkan haruslah datangnya dari senarai pemain yang didaftarkan sebelum atau pada 8 Disember 2011, DAN hanya berada dalam senarai 26 pemain import yang diluluskan pada 22 Disember 2011. Ada jelas? 

Terengganu dan Kelantan pula, diberi kelebihan untuk mendaftarkan lebih daripada 2 pemain import, kerana akan beraksi dalam saingan AFC, justeru itu tarikh 6 Januari dan 9 Januari itu, adalah tarikh untuk mereka memilih pemain import yang mana yang akan main dalam Liga Malaysia, dan yang mana akan main dalam Piala AFC, BUKANNYA mendaftar pemain baru. 

SO, sudah terjawab isu pemain import Terengganu. Kekhilafan itu datangnya dari PBSNT sendiri yang terlepas pandang syarat dan peraturan yang sudah jelas tertulis. Tidak perlu salahkan pihak lain. Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pasukan yang bertanding di masa akan datang. 

Thursday, January 5, 2012

Typing Error Punca Salah Faham, FAM Perlu Beri Penjelasan


Situasi : Terengganu mengumumkan senarai pemain dalam satu majlis baru-baru ini, dengan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mengumumkan dua pemain import, Francis Doe dan Erison da Silva dapat didaftarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super, bukannya kena tunggu 2 April depan.

Ini berpandukan kepada surat pekeliling yang dikeluarkan FAM bertarikh 23 Disember 2011, menyebut mereka mempunyai tempoh sehingga 12 tgh hari 9 Januari untuk berbuat demikian.

Isu ini tidak ditimbulkan oleh sesiapa sehinggalah blog SS menyiarkan entry bertajuk Terengganu salah faham, daftar import hanya untuk AFC. Jadi mulalah episode maki memaki caci mencaci penulis dan juga Datuk Hamidin Amin yang dipetik bercakap dalam entry tersebut. Ia tidak berhenti di situ, entry kedua yang memetik Datuk Azuddin bercakap semakin menghangatkan keadaan dengan ada yang berkata entry ini ditulis sebagai konspirasi untuk memerangkap Terengganu.

Rakan dari Terengganu FA kemudiannya ada memuatnaik keratan surat pekeliling yang mana dengan jelas tertulis pendaftaran untuk Liga M, bukannya Piala AFC. Justeru membuktikan Terengganu atau PBSNT berada di pihak yang benar.


Jika diperhati dan dinilai sebetulnya, dalam perenggan tersebut hanya menyebut nama Kelantan dan Terengganu (takde pula kelihatan Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan lain-lain pasukan). Ini kerana dua pasukan ini Kelantan dan Terengganu akan beraksi dalam Piala AFC. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, ini adalah TYPING ERROR oleh pihak FAM, maka FAM harus bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan.

Jadi eloklah PBSNT dan FAM selesaikan perkara ini, cukuplah saya dikritik hebat kerana menyampaikan maklumat kepada anda. Sepatutnya fan Terengganu bersyukur kerana setidak-tidaknya apa yang didedahkan blog SS sekurang-kurangnya mendapat perhatian mereka yang berkenaan, seterusnya tindakan segera dapat diambil sebelum saingan Liga Malaysia bermula minggu depan.

Kalaulah perkara ini gagal dikesan, dan Terengganu menurunkan dua import mereka pada perlawanan liga, bukankah mereka bakal berdepan hukuman denda atau tolak mata gara-gara menurunkan pemain tidak didaftar? Dalam masa sama, ia memberi ruang untuk Terengganu kembali mempersiapkan pasukan tanpa import, bukannya kelam kabut saat akhir. 

FAM pula, kesilapan seperti ini tidak seharusnya terjadi. anda harus bertanggungjawab dan clearkan situasi ini. ADAKAH YG SUDAH TERMAKTUB DALAM PEKELILING (EVEN TYPING ERROR), BOLEH DIMANSUHKAN BALIK? FAM HARUS MEMIKIRKAN KAEDAH TERBAIK UTK MENANGANI KEKHILAFAN YANG TERCETUS AKIBAT KECUAIAN SENDIRI. DALAM SESETENGAH PERKARA, AMAT SUKAR UNTUK MEWUJUDKAN GEAR REVERSE - pinjam ayat kawan.

Kepada fan Ganu, Renungkan sebelum mahu mengkritik, menghina, atau mencaci penulis, tugas saya bukan melagakan, tapi menyampaikan. di sini saya dah pun backup Terengganu. Sekian.

Senarai Lengkap Pemain - Dikeluarkan FAM (TERKINI)

Sejak 2 hari kebelakangan, blog SS yang tak berapa popular ni menjadi sasaran kritikan penyokong Terengganu kerana dikatakan menyebar cerita palsu tentang pemain import mereka, Francis Doe dan Erison Da Silva tidak boleh beraksi (rujuk 2 artikel terdahulu). Sorrylah kawan, saya ni profesional writer, profesyen dari wartawan kini editor, blogging ni setakat suka-suka jer. Ada info saya share la, takde info saya diam. Saya cuma menyampaikan maklumat, boleh pula dituduh sedemikian rupa. Ada juga yang kata blog dengki lah, aduhai bila tidak boleh terima hakikat, macam-macam dituduhnya. 

Takpelah, terima ajer kritikan. Berikut siaran media dan senarai lengkap pemain Liga Malaysia 2012, mengikut senarai yang dihantar FAM pada petang 5 Januari 2012. So, yang mengata macam-macam kat saya, silalah malu sendiri, dan kalau tak yakin dengan apa yang ditulis kat blog ni, tak perlu baca. Apapun, saya tetap menghargai setiap pembaca yang singgah ke blog saya yang tak seberapa.


PENDAFTARAN PEGAWAI DAN PEMAIN PERTANDINGAN LIGA SUPER DAN LIGA PREMIER 2012

Adalah dimaklumkan, mengenai perkara di atas, dilampirkan senarai pendaftaran Pegawai dan Pemain Liga Super dan Liga Premier 2012 dengan keterangan-keterangan berikut : 

Pegawai yang bertanda * tidak diluluskan pendaftaran kerana gagal mematuhi Perkara 4.4 dan Perkara 4.5 Peraturan Liga Malaysia 2012. 

Pasukan hendaklah menamakan Pegawai-Pegawai yang baru atau melengkapkan syarat-syarat pendaftaran Pegawai tersebut sebelum atau pada 12.00 tengahari Isnin, 9 Januari 2012. 

Pemain Asing yang boleh bermain dalam Liga Malaysia adalah seperti di lampiran iaitu sebagaimana yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan. Pemain Asing yang bertanda # masih tidak boleh dikeluarkan lesen atau bermain dalam Liga Malaysia kerana masih gagal mematuhi perkara-perkara berikut iaitu samada ITC/Perubatan/Deposit sebanyak tiga bulan gaji. 

Jika kesemua perkara tersebut telah diselesaikan, maka Pemain-Pemain tersebut bolehlah bermain dengan Pasukan setelah dimaklumkan oleh pihak FAM.

Bagi pendaftaran Pemain-Pemain Tempatan, semua Pasukan hendaklah menyemak dan jika terdapat masalah pendaftaran Pemain hendaklah merujuk kepada FAM untuk diselesaikan. FAM akan menyelesaikan semua masalah pendaftaran Pemain sebelum jam 12.00 tengahari, Isnin, 9 Januari 2012. 

Pemain tempatan bertanda @ bermakna masih gagal menyelesaikan pertikaian mengenai pendaftaran Liga Malaysia. Dalam kes ini, PB Kedah dan PB Terengganu PBDKT/T-Team hendaklah menyelesaikan isu ini sebelum atau pada Isnin, 9 Januari 2012.


SENARAI PEMAIN (MENGIKUT SENARAI DIHANTAR FAM, 5.10 PTG, 5 JANUARI)



KETUA JURULATIH : PETER BUTLER

MOHD SHAHRIZAN ISMAIL
AZIZI BIN MATT ROSE
S.SUBRAMANIAM
OKINE EMMANUEL AYAAH (AFC)
NIK MOHD SHAHRUL AZIM
MOHD FARISHAM ISMAIL
MUHAMMAD RAMZUL ZAHINI ADENAN
MOHD SHAKIR SHAARI
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
MOHD NOR FARHAN MUHAMMAD
MOHAMMAD AB. AZIZ ISMAIL
MOHD NURUL AZWAN ROYA
INDRA PUTRA MAHAYUDDIN
MOHAMAD ZAMRI RAMLI
MOHD DAUDSU JAMALUDIN
MOHD BADHRI MOHD RADZI
MOHD RIZAL FAHMI AB. ROSID
ANTWI DENNIS AGYARE #
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
MUHAMAD SYAZWAN YUSOFF
MOHD FAKRUDIN HUSSIN
MUHAMAD GHADDAR #
S.CHANTHURU
ZAIRUL FITREE ISHAK
AZLAN ISMAIL

KETUA JURULATIH : WAN JAMAK WAN HASAN

MOHD HELMI ELIZA ELIAS - PG
MOHD FAUZIE NAN
MOHD BASHAHRUL ABU BAKAR
MOHD SANY MAT ISA
DANILO RAFAEL DOS SANTOS #
AZMIZI BIN AZMI @
BADDROL BAKHTIAR
AMAR ROHIDAN
ABDUL LATIFF SUHAIMI
DANIEL SOARES NEVES #
MOHD FIQKRY MD ISA
SEE KOK LUEN
KHAIRUL HELMI JOHARI
MOHD KAMAL AZIRA ABD MANAH
MOHD FAZLIATA TAIB
V. THIRUMURUGAN
MOHD KHYRIL MUHYMEEN ZAMBRI
MOHAMAD FAIZAL ABU BAKAR
AHMAD BASRI ABDUL WAHID
MOHD SABRE MD ABU
MOHAMAD MUHAIMIN MOHAMAD - PG
ABDUL HADI ABDUL HAMID – PG



KETUA JURULATIH : MAT ZAN MAT ARIS

MOHD SHAHRIL SA'ARI (PG)
MOHAMAD MUSLIM AHMAD
MOHD MUHAIMIN OMAR
SHAMSUL KAMAL MOHAMAD
NIK ZUL AZIZ BIN NAWAWI
REESHAFIQ ALWI
MOHD AILIM FAHMI  KAMARUDDIN
MOHAMADOU SUMAREH
ISMAIL FARUQI ASHA'RI
ABDUL MANAF MAMAT
JOSEPH KALANG TIE
HASMIZAN KAMARODIN
ABDUL HADI YAHAYA
MAZLIZAM MOHAMAD
MUHAMMAD ZUBIR MOHD AZMI
MOHD MAZUKI YUSOF
AHMAD NORDIN ALIAS
ABDUL SHUKUR JUSOH
HARIRI  MOHD SAFII
MOHAMAD ASHARI SAMSUDIN
MOHD FAIZAL MUHAMAD
MOHD SHAMIRZA YUSOFF (PG)
SHARBINEE ALLAWEE RAMLI (PG)

KETUA JURULATIH : IRFAN BAKTI

MOHD FAIRUL AZWAN SHAHRULLAI (GK)
MD HASMARUL FADZIR HASSAN
MOHD RAZMAN ROSLAN
MOHD ASRARUDDIN PUTRA OMAR
RAMEZ JAMAL DAYOUB #
MOHD NASRIQ BAHAROM
ADIB AIZUDDIN AB LATIF
SAFIQ RAHIM
SOLIHIN KANASIAN
BLAISE LELO MBELE #
FAMIRUL ASRAF SAYUTI
MOHD BUNYAMIN UMAR
K. GURUSAMY GOVANDAR
P. GUNALAN
KHAIRIL ANUAR KHALID
MOHD AMRI YAHYAH
AZIDAN SARUDIN
WAN MOHD HOESNE WAN HUSSAIN
MOHD AMIRULHADI ZAINAL
NORAZLAN RAZALI                          (GK)
G. JEEVANANTHAM (GK)
R. SURENDREN
MOHD FITRI SHAZWAN RADUWAN
MOHD FAZILIDIN KHALID



KETUA JURULATIH : NORIZAN BAKAR

KHAIRUL AMRI SALEHUDDIN
CHAN WING HOONG
MOHD KHAIRI  ZAINUDIN
MUHAMMAD SHAHROM ABD KALAM
MOHD SYAZWAN ROSLAN
FAHRUL RAZI KAMARUDDIN
SHAHRULNIZAM MUSTAPA
LAZAR POPOVIC
MUHAMMAD NAZRI MOHD KAMAL
MOHD BADRUL AZAM MOHD ZAMRI
MOHD FAILEE MOHD GHAZALI
WAN HOSSEN WAN ABD. GHANI
AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI
MOHD KHALIS IBRAHIM
MOHAMAD FAZRUL HAZLI
K. NANTHAKUMAR
MUHAMMAD SHAFIQ JAMAL
MOHD NOOR HAZRUL MUSTAFA
MUHAMMAD RAFIUDDIN RODDIN
KAMARUL EFFANDI ABD. RAHIM
ISMA ALIF MOHD SALIM
MOHD NASRIL MAT NOURDIN
MOHD HISYAMUDIN MOHD SHA'ARI
MICHAL KUBALA

KETUA JURULATIH : AZRAAI KHOR ABDULLAH

MOHAMAD KAHARUDDIN ABD RAHMAN
TENGKU QAYYUM UBAIDILLAH
MOHD. FIRDAUS AZIZUL
NORHAFIZ ZAMANI MISBAH
MOHD. ZULFAIZHAM KAMIS
S. KUNANLAN
NORISMAIDHAM ISMAIL
SHAHURAIN ABU SAMAH
JEAN EMMANUEL EFFA OWONA
MOHD. SHAFFIK ABDUL RAHMAN
MUHAMMAD SHUKOR ADAN
G. MAHATHEVAN
RASHID MAMUD
QHAIRUL ANWAR MOHAMAD ROSLANI
IDRIS ABDUL KARIM
MUSZAKI ABU BAKAR
V. PARAMESWARAN
ABDUL HALIM ZAINAL
AHMAD SHAKIR MD. ALI
BADRUL ZAMAN ABD. HALIM
MOHD. NAZRIN MOHD. NAWI
MOHD. ALIF SAMSUDIN
MOHD. FARIZAL MARLIAS


**akan dikemaskini pasukan lain**