Pautan Suara Sukan

Thursday, July 5, 2012

Mental Kelantan Menakjubkan, Apa Jadi Kes Shokri Nor?

Berpeluang menyaksikan pertemuan Liga Super antara Kelantan dan Selangor minggu lalu, tidaklah mengejutkan untuk menyaksikan Kelantan mengutip 3 mata pada perlawanan itu. Mereka lebih dari segala aspek – kualiti permainan, kekuatan pasukan, sokongan peminat, dan paling penting, MENTAL yang kuat!

foto : theredwarriors.com
Mana tidaknya, kalau bukan kerana mental yang kuat, saya yakin Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pastinya sudah menjadi saksi kepada perlawanan gusti atau muay-thai, bukannya perlawanan bolasepak – mental dan disiplin tinggi pemain tuan rumah cukup menakjubkan dan wajar diberi pujian, di sebalik provokasi hebat dari pemain Selangor, ‘dibantu’ pula pengadilan yang ‘cukup mantap’ oleh Jeffery Zolkifli.

Pemain Selangor, malah pengadil sendiri boleh dikatakan bernasib baik, kerana Kelantan pada hari ini berbeza dengan Kelantan yang cukup dikenali dengan sikap panas baran suatu masa dahulu, pantang diprovoke, pasti ada yang sudah bertindakbalas, pasti tangan sudah naik ke muka - kalau-kalau ada yang masih ingat kes Hashim Mustapha, Zahasmi Ismail, Akmal Ahmad Tabrani, atau Halim Napi, pastinya hakikat itu diakui.

Mungkin Irfan Bakti tersilap mencatur strategi, dengan andaian bahawa jika pemain Kelantan diserang dari segi psikologi, mereka akan mudah diperangkap sepertimana Irfan melakukan perkara sama ketika membimbing Terengganu menewaskan Kelantan di suku akhir Piala Malaysia tahun lalu – ketika itu serangan psikologi Irfan berhasil dengan dua pemain Kelantan, Daudsu Jamaludin dan Shakir Shaari diperintah keluar padang.

Namun, jerangkap samar itu tidak berkesan kali ini – deretan aksi kasar yang tidak diendahkan atau ‘tidak dikesan’ Jefferi membuatkan pemain Selangor bermaharajalela BERMAIN GUSTI di atas padang, tatkala Kelantan di gelanggang keramat mereka, merelakan diperlakukan sedemikian, kerana bagi mereka apa yang penting, tonjolkan kredibiliti dan perwatakan sebagai juara – itu sudah cukup untuk memastikan lawan pulang berputih mata.

Apapun, mutu pengadilan pastinya tidak terlepas dari diketengahkan di sini. Apakah FAM telah melantik pengadil yang benar-benar bertauliah untuk mengendalikan perlawanan yang begitu penting di dalam kalendar Liga Super musim ini, atau sekadar main tangkap muat?

Di manakah terjemahan perkataan INTEGRITI yang terpampang di dada baju, di lilitan lengan atau yang hebat dicanang dalam laungan ikrar? Atau pengadil-pengadil ini hanya berprestasi sedemikian untuk ‘perlawanan-perlawanan tertentu’ yang sudah ditetapkan pihak tertentu?

Ghaddar berulang kali menjadi sasaran serangan Irfan Bakti
Kenapa boleh ada dua peraturan berbeza untuk satu kesalahan yang sama? Sebagai contoh nyata, mengapa ketika Nurul Azwan menarik baju Bosko Balaban, dia dilayangkan kad kuning, tetapi ketika Razman Roslan menarik Ghaddar (exactly sama seperti kesalahan Azwan), bukan sahaja tiada kad, tetapi ianya tidak langsung dilihat sebagai kesalahan. Yang arif mohon jawab.

Apa yang dilakukan Amri Yahyah tidak perlu saya ulas, dan pengadil mungkin boleh kata kejadian itu tidak dikesan kerana ia berlaku terlalu pantas, tetapi bagaimana pula kekasaran Bunyamin Umar ke atas Ghaddar? Pengadil menghentikan permainan untuk mendapatkan penjelasan dari dua pembantunya, sekadar untuk meneruskan permainan sebarang tindakan?

Bagaimana pula dengan sepakan tepat ke muka Ghaddar oleh Nasriq, yang disifatkan pengulas pada malam itu bahawa ia sepatutnya layangan kad merah?

Bukti : kat mana bola sebenarnya, kat muka Ghaddar? foto : gawang.my
Tujuan saya bukan mahu mencetus provokasi, malah kalau saya melihat perkara sama berlaku dalam perlawanan lain, akan tetap saya suarakan, tetapi pointnya di sini, inikah kualiti pengadilan kita?

Oleh kerana pengadil tidak tegaslah, maka pemain lebih berani untuk bertindak sedemikian - saya yakin kalau Ghaddar atau pemain Kelantan yang lain bertindak balas, layangan kad merah pastinya sudah menyusul namun apakah tindakan kepada pemain yang memulakan? Terlepas kerana pengadil tidak nampak?

Saya masih ingat bagaimana insiden antara pemain QPR, Joey Barton yang mengasari Carlos Tevez pada perlawanan terakhir menentang Manchester City, pengadil tidak mengesan insiden itu, namun selepas mendengar dari pembantunya, Barton dilayangkan kad merah. Situasi itu jarang berlaku di Malaysia, dan sampai bila kita nak merungut tentang mutu pengadilan yang kritikal ini, terus menjadi satu persoalan.

Dan, apa pula yang berlaku kepada kes Shokri Nor dan S.Thanasegar, dua individu yang ditahan dibicarakan di mahkamah Singapura? Kenapa kes ini mulanya begitu hangat, tetapi selepas 31 Mei tiada update tentang kesudahan kes mereka? Apa terjadi? Kenapa ia ditutup begitu sahaja? Apakah ada ‘tangan ghaib’ yang menyelamatkan mereka? Atau sekiranya saya ketinggalan, sila update kepada saya.

Selebihnya, saya akan mendapatkan pandangan pengerusi jawatankuasa pengadil, Datuk Astaman pada Kongres FAM yang berlangsung Sabtu ini.

21 comments:

  1. terbaik bro...ulasan yg terbaik ...n full cover....

    kawe tengok game mlm tu pun sakit ati...cilakak betul amri yahya...kalu Halim napi masih dlm team, sudah pasti pecah muka amri yahya tu...setakat badan kecik mcm tu jek...berani dia tumbuk kon*K gaddarrr...Ptuuuiiihhhh

    ReplyDelete
  2. kawe stju yg ianya taktikal irfan bakti.. ianya menjadi2 bila msuk second half..

    Irfan bakti snggup ketepikan maruah diri n smngt ksukanan demi nama diri dan pasukannya..

    What a shame kelantanese like him..

    -ZP

    ReplyDelete
  3. Sbnarnya Klate menang berganda!!! Pertama mng dgn mendapat 3 mata mengalahkan Slangok dan kedua mng krn dapat mengawal emosi dr tercetusnya pergaduhan. Nsib baik player klate x mlayan provokasi player team teloq.....klu tidak memang kecoh stadium SSM1V. Apa la coach Selangok ni??? Dia ingat taktik lapuk ms lwn Ganu masa suku akhir PM musim lalu boleh dgunakan lagi..... Seandainya TRW lyn rsanya berkepuk kepuk kad merah dilayangkan. Sudah tntunya Klate jg yg rugi.... Memang menakjubkan tiada tindak balas dr player Klate!!! Mutu pengadilan pulak teramat amat amat 'tiptop' sekali dr pengadil FAM. Klu cm2 cara pengadilannya orang buta, bisu dan pekak pn boleh jd pengadil!!!!!

    ReplyDelete
  4. Suruh Amri tumbuk konek irfan bakti pulak...

    ReplyDelete
  5. Melaung sudah menjerit sudah tetapi hasilnya itulah juga... khabarnya kongress FAM akan berlangsung Sabtu ini,Datuk2 serta Tuan2, demi atas sifat tanggung jawab saya selaku peminat bolasepak diperingkat bawahan ingin menyeru Datuk2 dan Tuan2 JANGAN takut dan gentar untuk berkata benar walu pun ianya pahit, kerana tiap2 yang benar itu datangnya dari ALLAH, sedarlah FAM sudah jauh tergelincir dari landasan, Datuk2 dan Tuan2 WAJIB meletakan nya balik keatas landasan yang sebenar, perbetulkan lah FAM tanpa mengira pangkat dan darjat. Sebenarnya kami sayangkan FAM dan bolasepak negara

    ReplyDelete
  6. berkat tarbiah professionalisma presiden yang berpandangan jauh..

    ReplyDelete
  7. Padan muka selangok x mng lwn kedah. Dh kena tulah kelantan. Dulu dh kena masa final pm2011 dgn gol bodoh. Irfan bakti cukuplah dgn taktik kotor tu. Tlgla jd gentleman skit, jgn jadi gentel man mcm amri udah.

    ReplyDelete
  8. Berita Astro Arena trutamanya wartawan sukan Fina Nasrom suka menegakkan benang yg basah, perkara dah terang dan jelas perbuatan kasar pemain Selangor terhadap Ghaddar masih nak menafikan yg Ghaddar pulak cuba berlakon..

    ReplyDelete
  9. aku dah lama anti irfan bakti..dia tak pernah puji kehebatan TRW...dari piala fa samapai kehari ni..

    ReplyDelete
  10. Bro..patutlah bro dpt anugerah blog sukan terbaik astro tempoh hari..
    ulasan bro jelas dan menyeluruh..
    mmg hakikat player selangor main kasar tp mana peranan pengadil perlaawanan??
    mkn gaji buta??takut dgn sesetengah pihak??
    tolonglah FAM,,,berubah...jgn hanya tahu seru penyokong utk berubah dgn dtg ke stadium dan jaga tingkah laku..
    FAM sendiri jgn hipokrit..mereka2 yg ada dlm FAM bukan muda lagi..dah tua.
    bwk2 la bertobat..pergi wat haji...
    Jdi,,bro teruskn bersuara perbetulkn kepincangan..suara blog Bro didengari ramai..plez bro keep on writting!!

    ReplyDelete
  11. klu xkerna klntn dlm liga m'sia dah lama aku boikot bola m'sia ni.. semuanya sbb individu dlm fam..

    -ZP

    ReplyDelete
  12. Fina Nasron U tlg bagi tahu Irfan dia punya coaching kualiti sekarang sudah below par maknya zero, dan kau sendiri buat homework dulu sebelum bercakap, jangan nak jaga periok nasi saja....

    ReplyDelete
  13. Ulasan demo memang mantap kita nanti ulasan dr fam pulak lps ni...teruskan utk memartabatkan bolasepak malaysia

    ReplyDelete
  14. pengadil malaysia???????? siapa pengadil malaysia??????????????? la sy ingat yang mengadili perlawanan piala fa dan liga super pengadil sekolah rendah,bukan sekolah rendah ooooooo pengadil sek tadika rupanya,utk pengadil piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiilah mabuk,

    ReplyDelete
  15. Klu tgk balik semuanye ghadar yg mulakan dulu..kes amri ghadar pijak kaki amri dulu.kes bunyamin,ghadar siku bunyamin dulu..kes nasriq,ghadar siku nasriq dulu sblm insiden tu..ghadar mmg pelakon yg hebat dan pandai menagih simpati

    ReplyDelete
  16. klu pijak kaki balasnya knp tak cedera pula si amri.klu betul pijak kaki balasnya penumbuk ditelur.Tak de pemain pro didunia ni balas penumbuk kat telur itu namanya tak profesional.knp tak report kat referee je.Semua ni provokasi murahan.sapa tak kenal irfan bakri dari tahun lepas lagi menang dgn kelantan kerana provokasi.manusia sekarang dah tahu membeza mana yg betul dan mana yang salah

    ReplyDelete
  17. Alasan paling bodoh pnh dibuat. Ghaddar provok pijak kaki? Tembus ke kaki tu kna stud? Ada patah ke kaki tu? Yg aku tau elok jer melompat2 lps picit bola org. Dhla. Biasa la klu ada contact kaki tu. Nma pun bola sepak. Bukannya bola picit.

    ReplyDelete
  18. Setuju dengan mutu pengadilan yang teruk. Lihat sahaja perlawanan Negeri Sembilan-Kelantan baru-baru ni yang jelas pengadil melebih-lebihkan Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mutu pengadilan ns-kelantan masih lg blh dianggap ok mmandangkn kputusan pengadil berdasarkan situasi 50-50. Yg jlas mutu pengadilan yg teruk adalah dlm game kltn-sngr & tgnu-klntn yg mana keputusan pengadil di atas kekasaran on/off the ball yg nyata berat seblh.

      Delete
  19. pngadil nga pmain&jruletih slangok srupo ore xdk tamadun

    ReplyDelete