Sunday, May 20, 2012

Kelantan Catat Sejarah Baru Bolasepak Tanah Air


Gol tunggal jaringan Mahmoud Ghaddar menerusi sepakan penalti, sudah memadai untuk Kelantan mencatat kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Sime Darby FC seterusnya menjulang Piala FA buat pertama kali di hadapan hampir 90 ribu penyokong yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

suarasukan
Selepas dua kali kempunan pada 2009 dan 2011, kemenangan pada malam ini sekaligus melengkapkan koleksi kejuaraan domestik Kelantan selepas menjulang Trofi Liga Perdana 2 pada 2000, Piala FAM pada 2005, Piala Malaysia pada 2010, Piala Sumbangsih dan Liga Super pada 2011.

Para pemain mendedikasikan kemenangan ini kepada Presiden KAFA yang digantung, Tan Sri Annuar Musa yang hadir memberikan sokongan dengan duduk di tempat penonton, dan lebih manis beliau diberi peluang untuk turut sama meraikan kemenangan bersama pasukan, apabila dibenar turun padang berarak bersama piala dan pemain.

suarasukan
Apapun, final yang dijangka menghiburkan, sekadar menyaksikan aksi hambar dari kedua-dua pasukan, tidak setanding gimik dan cakap-cakap sebelum perlawanan. Kelantan mahupun Sime Darby kurang mencipta peluang atau gerakan merbahaya, malah lebih memilih untuk beraksi dengan tempo perlahan.

Patrick Ronaldinho yang disebut-sebut bakal menjadi ancaman besar di kubu Kelantan, umpama tiada fungsi apabila sekadar menyentuh bola dua atau tiga kali, dan begitu juga al kisahnya Norsharul Idlan di kem Kelantan.

“pemain saya telah memberikan komitmen penuh, memang ada yang kata hambar, ada yang kata membosankan,  saya sendiri kata bosan, tapi pada aksi final ini selalunya terjadi. Yang penting satu sasaran kita sudah tercapai, ada ketika saya pening melihat beberapa percaturan saya terjejas dek kecederaan dialami Subra dan Daudsu, yang penting ini kejayaan berpasukan, semua telah menunjukkan kesungguhan..” – Bojan Hodak.

“Saya tidak kecewa dengan kekalahan malam ini, pemain saya telah membuktikan mereka mampu bersaing dengan mana-mana pasukan, kita hanya kalah tipis, itupun penalti, tiada apa untuk dimalukan, ini akan memberikan mereka pengalaman berguna, itu yang penting, kredit kepada semua pemain..” – Ismail Zakaria.

Kesebelasan utama :

Kelantan : Khairul Fahmi, Daudsu Jamaludin (Farisham Ismail), S.Subramaniam (Rizal Fahmi), Zairul Fitri, Indra Putra, Badri Razi, Shakir Shaari, S.Chanturu (Nurul Azwan), Mahmoud Ghaddar, Norsharul Idlan

suara sukan
Sime Darby : Azmirul Azmi (Syukur Saidin), Es Lizuan, Patrick Ronaldinho, Arif Ismail, Fairus Aziz, Shoufiq Khusaini, Leandro Santos (Razali Umar), Faiz Isa, Mohd Nor Ismail, Shazlan Alias, Redzuan Harun

No comments: