Pautan Suara Sukan

Monday, December 26, 2011

Butler Bagi Kata Dua Kepada Pemain Kelantan

Baik Khairul Fahmi, S.Subramaniam, Shakir Shaari, Indra Putra Mahyudin, Norshahrul Idlan mahupun pemain import, tiada tempat dalam pasukan bagi anda meskipun berstatus pemain bintang, andai tidak berupaya menampilkan persembahan setaraf gaji besar yang diterima!


Mungkin itulah mesej yang cuba disampaikan Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler, selepas menyaksikan pasukan simpanan bimbingannya menewaskan Kuala Lumpur 2-0 sebentar tadi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

“saya tidak kisah apa status mereka, bintang atau bulan (berseloroh), import atau tempatan, jika tidak berupaya menampilkan aksi yang bagus, tiada tempat buat mereka dalam pasukan, pasukan ini dibentuk untuk muncul juara, sebab itulah kita tawarkan kontrak besar kepada pemain..pemain import juga masih memberikan masalah, Ghaddar umpamanya tidak boleh bercakap English, Melayu, susah untuk berkomunikasi dengannya walaupun saya berpendapat bolasepak adalah universal language, Zakaria masih dalam proses trial dan saya tidak tahu apa statusnya nanti, Antwi perlu mempamer sesuatu yang lebih daripada malam ini”.

“saya tegas dalam hal ini, tiada pemain anak emas, pemain yang perform akan sentiasa mendapat peluang dan untuk itu juga, saya tidak akan keberatan untuk sentiasa memberi ruang kepada bakat-bakat baru, pemain muda untuk tampil membuktikan kehebatan mereka, pada saya usia muda bukan penghalang untuk mencipta nama sebagai seorang pemain, di negara saya pemain mendapat peluang seawal usia 14, 15 tahun, tak perlu tunggu 19, 20 tahun..”.

Meskipun sekadar aksi pemanas badan, Butler yang merehatkan sebilangan besar pemain yang beraksi ketika menentang Persebaya pada Jumaat, tetap menganggap perlawanan menentang skuad warga kota sebagai perlawanan penting memandangkan ia memberi ruang untuknya membina keserasian, membentuk kombinasi dan mencuba gandingan pemain yang berkesan, selain mencuba taktikal yang dirasakan sesuai untuk diterap.

“ya, saya tidak akan berhenti mencuba formasi 4-3-3, 4-4-2, atau apa jua formasi selagi tidak mendapat ilham dan nampak hasil yang baik, kita ada barisan pemain bagus, dan saya akan memastikan setiap mereka mempunyai peranan untuk dimainkan di dalam skuad Kelantan, kita akan perbaiki apa yang dilihat masih lemah, dan percayalah kita sedang menuju ke arah itu..”. – Peter James Butler.

Kelantan akan berlepas ke Indonesia esok, 26 Disember 2011, untuk aksi timbal balik Piala Permai menentang Persebaya FC. Aksi pertama di Kota Bharu berkesudahan seri 1-1.

Friday, December 23, 2011

Temuramah Terbuka Di KOM (Jawatan Pengurus Besar)

Iskandar : Berundur Secara Kontroversi
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mengadakan sessi temuduga terbuka untuk jawatan Pengurus besar seperti maklumat berikut :

Tarikh : 30 Disember 2011 (Jumaat)
Tempat : Bilik Asia Stadium Nasional Bukit Jalil
Jawatan : Pengurus Besar (menggantikan pengurus sedia ada, Latchumanan yang tamat tempoh perkhidmatan bulan ini, serta Dr. Iskandar yang meletakkan jawatan secara kontroversi baru-baru ini).
Gaji Minima : RM 3,000 (bergantung kepada pengalaman, serta kelayakan calon)

Tiada sebarang kriteria khusus ditetapkan, sepenuhnya bergantung kepada kelayakan calon di dalam pentadbiran dan pengurusan, tidak semestinya individu itu bekas atlet atau bekas pengurus, atau pernah memegang jawatan sama di mana-mana organisasi lain.

Calon-calon yang berminat bolehlah hadir (walk-in) temuduga pada hari tersebut, dengan membawa apa yang patut dibawa ketika menghadiri temuduga, kepada yang mengganggur pun dialu-alukan.